Strawberi Cinta
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Strawberi Cinta merupakan sebuah filem komedi romantik Malaysia 2012 arahan Rusli Khadri.[1] Ia berkisarkan tentang seorang gadis Jepun melancong ke Malaysia dengan harapan ingin mencari ibu kandungnya. Filem ini ditayangkan pada 6 Disember 2012.[2]
Remove ads
Sinopsis
Mengisahkan perjalanan seorang pelancong Jepun bernama Ichigo Yamada yang datang melawat Malaysia bersama rombongan pelancong senegaranya yang lain melalui sebuah pakej pelancongan Strawberry Vanilla Travel & Tours dan bertemu dengan Hakimi seorang pemandu pelancong.
Apabila berada di Malaysia dia berasa tertarik dengan kepelbagaian budaya serta agama penduduk Malaysia dan berasa kagum dengan keharmonian yang dikecapi Malaysia selama ini. Pada masa yang sama Ichigo mengupah penyiasat untuk mencari ibu kandungnya. Apabila Ichigo melihat beberapa tempat yang dilawatinya, dia segera akan teringat kenangan bersama ibunya dahulu. Hakimie sebagai pemandu pelancong dapat mengesan bahawa tujuan Ichigo lain dengan pelancong-pelancong yang pernah dia jumpa. Ichigo pula merahsiakan tentang tujuannya yang sebenar di Malaysia. Sehinggalah satu kejadian yang menimpa Ichigo dan di situlah segalanya terbongkar.
Remove ads
Pelakon
- Yana Samsudin sebagai Ichigo Yamada / Fatimah Zahrah
- Pierre Andre sebagai Hakimi
- Diana Amir sebagai Shafiqa
- Fiffy Natasha sebagai Bella
- Along Eyzendy sebagai Naruhundo / Muhamad Nur
- Gbob Raja Lawak sebagai Rahim
- Liza Abdullah sebagai Ibu Hakimi dan Alia
- Dian P. Ramlee sebagai Rozita
- Siti Aziz sebagai Alia
- Puteri Balqis sebagai Ichigo kecil
- Nevin Hiong sebagai Hiroshi Yamada
- Sinja Chin sebagai Pelancong Jepun
- Jin Hui sebagai Orang kimpalan
- Cow Law sebagai Pelancong Jepun baju koyak
Remove ads
Penerbitan
Strawberi Cinta merupakan filem ke-70 terbitan Metrowealth Pictures dan diarahkan oleh Rusli Khadri yang sebelum ini menggalas tanggungjawab sebagai pereka penerbitan untuk beberapa filem terbitan Metrowealth. Untuk menjayakan watak Ichigo,[3][4] Yana mengikuti kursus mempelajari bahasa Jepun.[3][5] Penggambaran dijalankan di Kuala Lumpur, Melaka dan Putrajaya, sebanyak 20% dialog bahasa Jepun digunakan dalam filem ini, manakala 70% dialog lagi dalam bahasa Melayu.
Keluaran dan sambutan
Strawberi Cinta dikeluarkan pada 6 Disember 2012 di pawagam seluruh Malaysia, ia merupakan kegagalan komersial apabila hanya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM0.59 juta. Slogan filem ini ialah Tanya Sama Hati, Ada Rasa Cinta.
Yana Yassin dalam ulasannya berkata beliau tertarik dengan gandingan Pierre dan Yana, sambil mengulas: "Filem yang boleh di tonton, dengan pengajaran di sebaliknya jangan serkap jarang, nanti menyesal."[6]
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads