Sultanah Haminah Hamidun

Sultanah Kedah From Wikipedia, the free encyclopedia

Sultanah Haminah Hamidun
Remove ads

Che Puan Besar Hajjah Haminah binti Haji Hamidun, dahulunya dikenali sebagai Sultanah Hajjah Haminah (lahir Haminah binti Hamidun; 15 Julai 1953) ialah suri kedua kepada Sultan Negeri Kedah Darul Aman ke-28, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Fakta Segera Che Puan Besar Haminah ...

Baginda merupakan Sultanah Negeri Kedah Darul Aman semenjak kemangkatan suri pertama paduka suami baginda, Sultanah Bahiyah pada tahun 2003 sehinggalah kemangkatan suaminya pada tahun 2017. Baginda juga adalah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke-14 apabila paduka suami baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia buat kali kedua pada tahun 2011.

Remove ads

Kehidupan peribadi

Dilahirkan sebagai orang kebanyakan pada 15 Julai 1953 di Bagan Serai, Perak Darul Ridzuan, baginda mula dikenali pada 25 Disember 1975 apabila baginda mengahwini Sultan Kedah ketika berusia 22 tahun dan menjadi isteri kedua kepada paduka suaminya. Che Puan Haminah binti Hamidun kemudian dikurniakan gelaran Yang Teramat Mulia Che Puan Kedah. Maklumat tentang baginda pada ketika itu tidak banyak diketahui walaupun baginda sering mengiringi paduka suaminya.[1]

Remove ads

Latar belakang

Tuanku Hajah Haminah berasal dari Kampung Matang Jelutong, Bagan Serai, Perak. Baginda memulakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Matang Jelutong dan kemudianya di Sekolah Menengah Inggeris Bagan Serai.

Hobi

Tuanku Hajah Haminah merupakan seeorang yang sangat aktif bersukan dan antara hobi baginda ialah bermain golf. Baginda juga merupakan antara kerabat diraja yang paling banyak menerima anugerah dan pengiktirafan antarabangsa dalam lapangan sukan terutamanya sukan Golf.

Pertabalan sebagai Sultanah Kedah

Berikutan kemangkatan Sultanah Bahiyah pada tahun 2003, Istiadat Pertabalan Kebawah DYMM Tuanku Sultanah Negeri Kedah Darul Aman yang baharu telah diadakan dengan penuh adat istiadat diraja Kedah di Balairong Seri Istana Anak Bukit, Alor Star pada 9 Januari 2004.

Adat Istiadat dimulakan dengan paluan nobat dan keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah dan Yang Teramat Mulia Che Puan Haminah binti Haji Hamidun ke Balairong Seri.

Selepas bacaan doa dan pengisytihraan Sultanah Kedah yang baharu oleh Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Syed Razak Syed Zain, Sultan Kedah berkenan memakaikan tiara kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Haminah sebagai tanda simbolik pertabalan isteri baginda sebagai Sultanah Kedah yang baharu.[2]

          
  Potret sebagai Sultanah Kedah
Remove ads

Raja Permaisuri Agong XIV

Thumb
Tuanku Hajah Haminah bersama Catherine, Duchess Cambridge.

Baginda ditabalkan sebagai Raja Permaisuri Agong ke-14 pada 11 April 2012. Baginda sering mengiringi Sultan Abdul Halim dalam beberapa urusan rasmi di dalam dan luar negara.

Selepas kemangkatan Sultan Kedah

Berikutan kemangkatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Sultan Kedah yang ke-29 iaitu Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan mengurniakan gelaran Yang Maha Mulia Che Puan Besar Negeri Kedah Darul Aman bersama dengan Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah kepada Tuanku Hajah Haminah sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan rasmi Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah yang ke-76 di Istana Anak Bukit pada 21 Januari 2018.[3][4]

Remove ads

Minat

Tuanku Hajah Haminah diketahui meminati aktiviti-aktiviti sukan seperti golf, tenis dan badminton. Baginda juga gemar mendengar muzik.[5] Baginda telah menyertai pelbagai kejohanan sukan golf di Kedah dan memulakan kejohanan sukan gold wanita amatur seperti Kedah International Red Tee Invitational di Langkawi.[6]

Terasul, gelaran, kurniaan dan lambang

Fakta Segera Gaya bagi Che Puan Besar Hajah Haminah, Rujukan gaya ...

Terasul dan gelaran

  • 15 Julai 1953  25 Disember 1975: Cik Haminah binti Hamidun
  • 25 Disember 1975  21 November 2003: Yang Teramat Mulia Che Puan Haminah binti Haji Hamidun, Che Puan Kedah
  • 21 November 2003  12 Disember 2011: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Hajah Haminah, Sultanah Negeri Kedah Darul Aman
  • 13 Disember 2011  12 Disember 2016: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong XIV Tuanku Hajah Haminah
  • 12 Disember 2016  11 September 2017: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Hajah Haminah, Sultanah Negeri Kedah Darul Aman
  • 11 September 2017  21 Januari 2018: Yang Maha Mulia Sultanah Hajah Haminah, Sultanah Balu
  • 21 Januari 2018  kini: Yang Maha Mulia Che Puan Besar Hajah Haminah binti Haji Hamidun, Che Puan Besar Negeri Kedah Darul Aman

Kurniaan

Baginda telah dikurniakan darjah berikut:[7]

Darjah kebesaran Kedah

  • Ahli Darjah Kerabat Yang Amat Mulia Kedah (DK, 9.1.2004).
  • Ahli Darjah Kerabat Halimi Yang Amat Mulia Kedah (DKH, 15.7.2008).[8]
  • Ahli Darjah Utama Sri Mahawangsa Yang Amat Dihormati (DMK, 20.1.2017).[9]

Darjah kebesaran Malaysia

Darjah kebesaran luar negara

  •  Jepun : Dame Grand Cordon of the Order of the Precious Crown (2013).[note 1]
  •  Thailand: Dame Grand Cross of the Order of Chula Chom Klao (2.9.2013).[13]

Kurniaan Ijazah Kehormat

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads