Sultanah Maliha

From Wikipedia, the free encyclopedia

Sultanah Maliha
Remove ads

Sultanah Maliha binti Almarhum Tengku Ariff (diputerakan 13 April 1949) ialah Sultanah Negeri Kedah Darul Aman menggantikan biras baginda, Sultanah Haminah Hamidun. Baginda Sultanah dimasyhurkan sebagai Sultanah Kedah pada 30 April 2018 dengan penuh adat istiadat.[1] Baginda merupakan permaisuri kepada Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah serta bonda kepada Tengku Sarafudin Badlishah dan Tunku Shazuddin Ariff.

Fakta Segera Tempoh, Pemasyhuran ...
Remove ads

Kehidupan awal

Tengku Maliha ialah anakanda ketiga daripada tujuh adik beradik kepada Tengku Sri Jaya Raja Tengku Ariff bin Tengku Long Abdul Rahman dengan Cik Puan Sri Jaya Raja Cik Puan Rokiah binti Sulaiman.[2] Tengku Maliha merupakan ahli kaum kerabat diraja Negeri Kelantan dengan Raja Perempuan Zainab II, permaisuri Sultan Yahya Petra sebagai paduka nenda saudaranya, manakala anakanda baginda, Sultan Ismail Petra adalah ayahanda saudaranya (walaupun sebaya umur dan tahun lahir) dan cucunda baginda, Sultan Muhammad V adalah sepupunya (dengan jarak usia 20 tahun lebih muda, manakala baginda 20 tahun lebih tua daripada Sultan Kelantan sekarang).[3]

Baginda mendapat pendidikan awal di SK St Mary, Sentul dan seterusnya di SK dan SMK Assunta, Petaling Jaya ketika ayahanda baginda berkhidmat di KLM iaitu sebuah syarikat penerbangan Belanda.[4] Pada tahun 1960, Sultanah Maliha bersama kerabat baginda berangkat pulang dan bersemayam di Kota Bharu, Kelantan kerana pada waktu itu ayahanda baginda diperkenankan untuk bertugas sebagai juruiring kepada Sultan Yahya Petra, Sultan Kelantan ke-27.

Sekembalinya di Kota Bharu, Sultanah Maliha mendapatkan pendidikan di Sekolah Menengah Sultanah Zainab, Kota Bharu dan sangat aktif dalam pelbagai aktiviti di peringkat sekolah seperti sukan hoki dan mengambil bahagian dalam persatuan perbahasan di sekolah.[5] Tengku Maliha pernah mewakili sekolah dalam pertandingan debat bahasa Inggeris.

Remove ads

Minat

Sultanah Maliha dilantik sebagai penaung English Literacy and Computer Programme (COMEL) diurus oleh Jabatan Pendidikan negeri dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Sultanah Maliha juga menyayangi kucing dan gemar memasak terutamanya masakan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.[6]

Sultanah Kedah

Sultanah Maliha dijadikan Sultanah Kedah apabila paduka suami baginda dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah yang baharu berikutan kemangkatan paduka kakanda ipar baginda pada bulan September 2017. Baginda Sultanah dimasyhurkan sebagai Sultanah Kedah pada 30 April 2018 dengan penuh adat istiadat di Balairung Seri, Istana Anak Bukit, Alor Setar. Istiadat bermula jam 11 pagi dengan keberangkatan tiba Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Sultanah Maliha ke Balairung Seri, diiringi pembawa peralatan istiadat iaitu cogan agama, cogam alam, cokmar, pedang dan lembing.[7] Sejurus keberangkatan masuk pasangan diraja ke Balairung Seri, payung istiadat dikembangkan, disusuli paluan nobat. Watikah pemasyhuran Sultanah Kedah dibacakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah di hadapan Sultan Kedah sebelum Sultanah Maliha bangkit mengucup tangan Sultan Kedah sebagai tanda istiadat menjunjung duli, disusuli 21 das tembakan meriam dengan paluan nobat. Pada istiadat itu, Sultan Kedah turut berkenan mengurniakan Darjah Seri Setia Sultan Sallehuddin (SSSK) kepada Sultanah Maliha. Ahli kaum kerabat diraja Kedah dan Kelantan yang lain turut berangkat menghadiri istiadat pemasyhuran Sultanah Kedah.

Terasul, gelaran, kurniaan dan lambang

Fakta Segera Gaya bagi, Rujukan gaya ...

Terasul dan gelaran

  • 13 April 1949 – 28 November 1981: Yang Mulia Tengku Maliha binti Tengku Ariff
  • 28 November 1981 - 1996: Yang Teramat Mulia Datin Seri Diraja Puan Sri Tengku Maliha binti Tengku Ariff, Toh Puan Laksamana Kedah
  • 1996 - 2001: Yang Teramat Mulia Datin Seri Diraja Puan Sri Tengku Maliha binti Tengku Ariff, Toh Puan Temenggong Kedah
  • 2001 - 12 Disember 2011: Yang Teramat Mulia Datin Seri Diraja Puan Sri Dato' Tengku Maliha binti Tengku Ariff, Toh Puan Temenggong Kedah
  • 12 Disember 2011 - 15 Disember 2016: Yang Teramat Mulia Datin Seri Diraja Puan Sri Dato' Seri Tengku Maliha binti Tengku Ariff, Toh Puan Temenggong Kedah
  • 15 Disember 2016 – 12 September 2017: Duli Yang Teramat Mulia Tengku Maliha binti Almarhum Tengku Ariff, Raja Puan Muda Kedah Darul Aman
  • 12 September 2017 – kini: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha binti Almarhum Tengku Ariff, Sultanah Negeri Kedah Darul Aman

Kurniaan

Kurniaan negeri

  • Darjah Kerabat Yang Amat Mulia Kedah (DK) (21 Januari 2018)[8]
  • Darjah Seri Setia Sultan Sallehuddin (SSSK) (30 April 2018) membawa gelaran Dato' Seri Diraja[9]
  • Darjah Yang Mulia Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (SHMS) (15 Januari 2017) membawa gelaran Dato' Seri Diraja[10]
  • Darjah Seri Setia Diraja Kedah Yang Amat Dihormati (SSDK) (12 Disember 2011) membawa gelaran Dato' Seri [11]
  • Dato' Setia Diraja Kedah (DSDK) (2001) membawa gelaran Dato'
  • Setia Diraja Kedah (SDK)
  • Pingat Jubli Perak Sultan Abdul Halim (1983)
  • Pingat Jubli Emas Sultan Abdul Halim (2008)
  • Pingat Pertabalan Sultan Sallehuddin (2018)

Eponim

Remove ads

Anakanda

Sultanah Maliha dikurniakan dua orang putera atas hasil perkahwinan dengan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin.[13] Pada 26 November 1965, baginda melangsungkan perkahwinan dengan Sultan Sallehuddin yang pada ketika itu bertugas sebagai pegawai tentera di Kem Batalion 2 Rejimen Askar Melayu Diraja Pengkalan Chepa, Kelantan.

Maklumat lanjut Nama, Keputeraan ...
Remove ads

Keturunan

Maklumat lanjut Keturunan Sultanah Maliha ...
Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads