Syanie

Pelawak dan pelakon wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Syaniza Hisham (lahir 7 Mei 1974) lebih dikenali sebagai Syanie merupakan seorang pelakon dan pelawak wanita Malaysia, terkenal dengan karyanya yang berbentuk komedi. Beliau merupakan anak kepada penerbit televisyen terkenal, Ruhani Abdul Rahman.[1]

Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...
Remove ads

Kerjaya

Syanie telah memulakan kerjaya lakonan ketika berusia 17 tahun dan sering muncul dalam mana-mana drama dan telefilem tempatan. Antara filem-filem lakonan beliau ialah XX Ray (1992), Senario The Movie (1999), Senario Lagi (2000), MX3 (2003), Buli Balik (2006) dan Kembar Siang (2011). Drama dan telefilem yang dibintanginya termasuk Bedah Tong Gas dan Cinta Irama Klasik.[2]

Syanie pernah merakamkan album solo bertajuk Kerananya pada 2005 namun gagal menerima pujian setelah dikeluarkan.[3][4]

Beliau bersama Dina Nadzir pernah mengambil bahagian dalam rancangan The Biggest Loser Asia pada 24 November 2009.[5]

Remove ads

Kehidupan peribadi

Syanie telah berkahwin sebanyak tiga kali dan tidak dikurniakan cahayamata. Beliau berkahwin dengan Mohd Attimidi Abdul dari 1996 dan bercerai pada 2002. Beliau kemudiannya berkahwin dengan Nadi Putera pada 2014[6] dan memfailkan perceraian pada 2016.[7][8]

Syanie juga telah mengurangkan berat badan.[9] Di luar kerjaya lakonan, beliau juga menguruskan katering dan menganjurkan acara.[10][11]

Pada 29 April 2020, beliau menjalani pembedahan membuang rahim dan ovari yang mengambil masa hampir tujuh jam.[12][13]

Pada 20 Februari 2021, beliau mengambil keputusan untuk berumah tangga semula buat kali yang ketiga bersama Zahril Hafiz Mohammed Nor.[14]

Remove ads

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Diskografi

Single

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk lagu ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads