Syed Azman Syed Ibrahim

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Brigedier Jeneral (K.) (B.) Tan Sri Dato' Seri Dr. Syed Azman bin Syed Ibrahim (lahir 23 Mac 1960) ialah seorang ahli perniagaan dan antara jutawan Melayu terkaya Malaysia. Beliau merupakan Pengarah Urusan Kumpulan Weststar Group.

Fakta Segera Kelahiran, Warganegara ...
Remove ads

Kehidupan dan pendidikan awal

Syed Azman dilahirkan pada 23 Mac 1960 di Sungai Petani, Kedah. Beliau mendapatkan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Ibrahim dan seterusnya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim sebelum menyertai Angkatan Tentera Malaysia pada tahun 1981. Sejurus berjaya menamatkan latihan Pegawai Kadet, beliau terpilih untuk menyertai KRD dan memulakan perkhidmatan di Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP). Penugasan beliau kemudiannya lebih menjurus kepada tugas-tugas selaku Pegawai Perisikan Tentera (MIO) Negeri sebelum menamatkan perkhidmatan pada tahun 1995.[1]

Remove ads

Kerjaya perniagaan

Pada tahun 1993, setelah berhenti dari tentera, Syed Azman dan isteri memulakan perniagaan kereta terpakai. Beliau kemudiannya mula berulang-alik ke London untuk membeli kereta terpakai sebelum menjualnya di Malaysia. Pada masa itu, beliau tidak memiliki AP namun dia berkongsi AP dengan rakan-rakan yang memiliki permit tersebut. Lama kelamaan beliau berjaya memiliki AP dari kerajaan dan perniagaan keretanya semakin menjadi sebutan.

Kemudian kerajaan mengambil keputusan memberhentikan pemberian AP terbuka dan hanya menawarkan franchise AP. Untuk mendapatkan franchise AP, Syed Azman perlu dilantik oleh syarikat kereta asing sebagai pengedar kemudian barulah permit itu dianugerahkan kepadanya. Nasib menyebelahinya apabila beliau berjaya mendapatkan kepercayaan daripada Honda untuk melantiknya sebagai pengedar beberapa jenis kereta tersebut di Malaysia antaranya Honda Jazz. Kemudian Syed Azman mendapat hak untuk mengedar pula Chevrolet dan Suzuki.

Dalam satu temubual dengan akhbar The Star, Syed Azman berkata, selama menjalankan urusan perniagaan, beliau bosan kerana masanya banyak habis di jalan lalu rakannya mencadangkan beliau membeli helikopter saja untuk ke sana dan ke sini.

Pada tahun 2003, beliau membeli sebuah helikopter dengan harga US$1.5 juta bagi kegunaan hariannya, bila helikopter itu tidak digunakannya, beliau sewakan pada mereka yang berminat. Ketika itulah beliau sedar yang permintaan untuk helikopter ini tinggi di Malaysia. 5 tahun kemudian, beliau berjaya mendapatkan kontrak pertama untuk menyediakan perkhidmatan helikopter untuk membawa pekerja sektor minyak dan gas ke pelantar.

Syed Azman merupakan pemilik syarikat perkhidmatan helikopter, Weststar Aviation Services Sdn Bhd (WAS) yang memberi tumpuan kepada sektor O&G. Antara syarikat-syarikat yang menggunakan perkhidmatannya ialah Petronas Carigali, Shell dan Tullow Oil.

Remove ads

Penghargaan

Rujukan

Loading content...
Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads