TNB Energy Services
Anak syarikat Tenaga Nasional From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
TNB Energy Services Sdn. Bhd. ialah anak syarikat perkhidmatan tenaga milik konglomerat utiliti elektrik Tenaga Nasional Berhad.[1]
Ditubuhkan pada Mac 1997 sebagai Tenaga SPL Sdn. Bhd. dengan modal berbayar sebanyak RM1 juta dan modal dibenarkan sebanyak RM10 juta. Pada Mac 2000, Tenaga SPL Sdn Bhd menjadi anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Berhad. Skop perniagaan telah dilanjutkan di luar TNB dan telah diberikan teras oleh syarikat induknya untuk membangunkan Sistem Kuasa Hibrid Suria.[1][2]
Pada tahun 2003, Tenaga SPL Sdn Bhd, bertukar nama kepada TNB Energy Services Sdn Bhd. Perniagaan utamanya difokuskan dalam menyediakan penyelesaian untuk sektor perkhidmatan tenaga dan Pembekal Penyelesaian Tenaga Hijau. Sejak itu, TNBES memainkan peranan utama dalam mempromosikan dan membangunkan Tenaga Hijau di Malaysia. TNB Energy Services diuruskan secara bebas sebagai organisasi perniagaan dalam struktur korporat kumpulan TNB. Ia juga memainkan peranan sebagai saluran utama Tenaga Nasional dalam mempromosikan dan menyediakan penyelesaian dalam Tenaga Hijau dan Kecekapan Tenaga kepada para pelanggan.[1][3]
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads