Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim

Lapangan Terbang di Alor Setar dan Kedah, Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim
Remove ads

Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Halim (IATA: AOR, ICAO: WMKA), ialah sebuah Lapangan Terbang Domestik di Malaysia, yang terletak di Kedah. lapangan terbang tersebut terletak di Alor Setar, bandar raya di Kedah, Malaysia. Lapangan terbang ini ini dinamakan sempena Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman.

Fakta Segera Sultan Abdul Halim Airport, Maklumat umum ...

Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Halim terletak 13 km dari bandar, boleh menampung 800,000 penumpang. Terminal baru ini sedia beroperasi pada 5 Mei 2006. Lapangan Terbang ini berkeupayaan untuk menerima operasi pesawat Airbus A330,A320,B737 serta saiz pesawat seumpamanya . Landasannya dipanjangkan dari 1,963 meter panjang dan 45 meter lebar ke 2,745 meter panjang and 45 meter lebar. Pada 2005, lapangan terbang ini telah mangendalikan 323,669 penumpang bersama 3,267 pergerakan kapal terbang. Tahun 2011 peningkatan kepada 407,717 penumpang dan 19,261 kendalian pesawat. Bangunan terminal mempunyai dua tingkat dimana tingkat bawah untuk ruang Ketibaan dan tingkat atas untuk Perlepasan. Terdapat dua jejambat pesawat "aerobridge" iaitu Gate 1 dan Gate 2. Ianya hanya digunakan Penerbangan Malaysia (MAS) untuk pesawat B737 tetapi penerbangan tambang murah airasia pesawat A320 menggunakan tangga merah beroda buatan sendiri. Pengguna harus berhati-hati semasa menggunakan tangga ini terutamanya kanak-kanak,warga OKU dan warga tua.

Pengkalan Latihan Tentera Udara Diraja Malaysia juga terletak dan menggunakan landasan dan lapangan terbang yang sama.

Remove ads

Terminal

Terminal baharu Lapangan Terbang Alor Setar sedia beroperasi pada 5 Mei 2006.

Alamat :-

  • Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Halim,
  • 06550 Alor Setar, Kedah,
  • MALAYSIA.
  • Tel: +604 714 2994
  • Fax: +604 714 5345

Pengangkutan sambungan darat

Lapangan terbang Alor Setar berdekatan stesen kereta api Anak Bukit dalam masa 5 hingga 8 minit dengan teksi.

Stesen kereta api

Stesen ini disambungkan ke bandar dan pekan utama di Kedah dan Perlis seperti Alor Setar, Gurun, Sungai Petani, Kangar, Arau dan Padang Besar.

AirAsia mempunyai van berulang dari lapangan terbang ke Hat Yai, Thailand.

Teksi

- Teksi Lapangan Terbang serta teksi PERTEK Alor Setar.[3]

Bas

- Perkhidmatan bas awam di SHABAB perdana [4]

Remove ads

Penerbangan bersama destinasi

Pentadbiran di Lapangan Terbang, Syarikat Penerbangan menguruskan daftar masuk dan bagasi penumpang serta kargo, Kendalian Keselamatan Terminal, Bomba dan pasarana diuruskan oleh Malaysia Airports Sdn Berhad, Kawalan Traffik Udara dikendalikan oleh Jabatan Penerbangan Awam, Maklumat Cuaca diuruskan Jabatan Meteorologi Malaysia

Penumpang

Thumb
Syarikat Penerbangan Firefly dengan liveri Kedah FA di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim

Statistik

Maklumat lanjut Tahun, Kendalian Penumpang ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads