Firefly
Syarikat penerbangan serantau Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Firefly adalah syarikat penerbangan tambang murah di bawah subsidiari Penerbangan Malaysia. Ia memulakan operasinya ke enam destinasi dari hab penerbangan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Pulau Pinang, Malaysia.

Firefly menyediakan penerbangan harga murah ke destinasi pelancongan di Thailand dan Malaysia dengan menawarkan harga tiket yang rendah. Pengarah Urusan Penerbangan Malaysia, Idris Jala di awal penubuhannya berkata harga tiket bermula daripada RM9.00 (USD3.60). Idris Jala berkata Firefly mahu dilihat sebagai syarikat penerbangan komuniti dengan asas penerbangan kos rendah.
Remove ads
Status Syarikat dalam Pakatan Oneworld
- Ahli Gabungan kepada Syarikat Malaysia Airlines
Tarikh Bergabung
- 1 Februari 2013 (Malaysia Airlines) [6]
Data Kod
Slogan Syarikat Penerbangan Firefly
- Beyond Convenience
di luar kemudahan
Nama Syarikat Penerbangan dalam Beberapa Bahasa
Peta Hab
Hab Firefly
Remove ads
Sejarah


Firefly ialah syarikat penerbangan Malaysia yang mengendalikan penerbangan di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand. Ia adalah anak syarikat Malaysia Airlines dan mempunyai ibu pejabat di Petaling Jaya, Selangor.[7] Firefly beroperasi dari hab utamanya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang Jaya dan dari hab sekundernya di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
2007: Sejarah Awal
Penerbangan pertama syarikat penerbangan itu adalah pada 3 April 2007, dari Pulau Pinang ke Kota Bharu. Slogan syarikat ialah Beyond Convenience.
2022 - Sekarang: mendapat Keuntungan pada Operasi
Kumpulan Penerbangan Malaysia (“MAG” atau “Kumpulan”) menandakan salah satu prestasi suku terbaiknya sejak dua dekad lalu disebabkan oleh permintaan yang kukuh, hasil yang lebih tinggi merentas segmen perniagaan penumpang dan kargo serta pengurusan kos yang berkesan dan pengoptimuman aliran tunai, walaupun harga bahan api dan kos buruh yang lebih tinggi, ringgit yang lebih lemah (MYR) dan lebih rendah daripada tahap kapasiti penerbangan pra-pandemi. MAG mencapai rekod keuntungan bersih selepas faedah dan cukai sebanyak RM1.146bil pada Q422. Bagi tahun penuh 2022, Kumpulan mencatatkan keuntungan operasi bersih sebanyak RM556 juta, manakala kerugian bersih selepas faedah dan cukai bagi tahun tersebut berkurangan 79% kepada RM344 juta daripada RM1.65 bilion setahun lalu. Baki tunai berjumlah RM4.6bil pada akhir 31 Dis 2022.[8][9][10]
2023: Hab Baharu
pada bulan April tahun 2023, beberapa akhbar Tempatan Malaysia, seperti "Sabah Media", "The Borneo Post", "The Star", dan "Daily Express", ada memberitakan bahawa, syarikat Penerbangan Firefly, ada merancang dan menetapkan KKIA (Kota Kinabalu International Airport), sebagai hab utama yang ketiga selepas PIA (Penang International Airport) dan Subang (SZB), yang akan terwujud pada Bulan Mei 2023 [11], dengan perancangan itu, syarikat penerbangan Firefly, juga akan mengambil alih 3 laluan domestik dalam Malaysia [12], dengan sebagai berikut:
- Kota Kinabalu - Kuching [12][13],
- Kota Kinabalu - Sandakan [12][13], dan
- Kota Kinabalu - Tawau [12][13].
selain itu juga akan mengambil alih laluan Kuching - Miri [13], kesemua 4 laluan tersebut akan dilayani oleh syarikat penerbangan Firefly bermula 16 Mei 2023 [13].
selain laluan domestik, syarikat penerbangan Firefly juga, merancang untuk membuka laluan musiman, antara Sabah dengan China, seperti Kota Kinabalu - Xiamen, dan laluan musiman itu, hanya boleh dibuka, selepas menetapkan Kota Kinabalu, sebagai hab Firefly yang ke 3 [14][15], dan ditekankan bahawa
“Penerbangan terus China ke Sabah hanya akan bermula sebaik sahaja kita mempunyai Firefly Hub di Kota Kinabalu. Kami kemudiannya akan mempunyai lebih banyak hubungan langsung dengan China dan Asia Pasifik Utara,”
2023-kini: Destinasi Baharu
pada Bulan Mei 2023, di Laman aeroroutes.com, ada diumumkan bahawa, Syarikat Penerbangan Firefly, telah merancang untuk menyambung semula laluan antara Pulau Pinang (PEN) dengan Kuantan (KUA), dimana laluan itu akan dimulakan pada 31 Mac 2024, dengan menggunakan armada siri ATR 72, dengan kekerapan penerbangan 4 kali seminggu.[18]
Pada 16 Mei 2023, Syarikat Penerbangan Firefly secara rasmi memulakan penerbangan tanpa henti antara Kota Kinabalu dan Sandakan [19], dan pihak Presiden Persatuan Pelancongan Sandakan Teo Chee Kim berkata,
Kami percaya bahawa ini (penerbangan Firefly) adalah perkembangan yang baik, dan diharapkan syarikat penerbangan itu akan meningkatkan kekerapan penerbangannya dalam masa terdekat.
[20], selain Sandakan, Syarikat Penerbangan Firefly juga mengoperasikan laluan Kota Kinabalu - Tawau, Kuching - Miri dan Kota Kinabalu - Kuching, kesemua laluan ini telah menggantikan operasi penerbangan bagi syarikat Induk Malaysia Airlines, dalam perkhidmatan intra Borneo [21].
dengan laluan KK - Kuching, Sandakan dan Tawau, juga laluan Kuching - Miri, yang sudah mula beroperasi pada 16 Mei 2023, ia menggunakan armada Boeing 737-800, dengan operasi pergi balik setiap hari [22].
pada bulan Oktober 2023, di laman aeroroutes, ada diumumkan bahawa, Syarikat Penerbangan Firefly, ada merancang untuk membuka destinasi antarabangsa baharu ke Thailand, dengan laluan tanpa henti antara Pulau Pinang dan Bangkok/Don Mueang yang akan dimulakan pada 3 November 2023 [23].
pada penghujung Mei 2024, Firefly telahpun merancang untuk menambah destinasi baharu antarabangsa ke Republik Rakyat China, dengan memulakan laluan tanpa henti antara Kuala Lumpur/KLIA dan Nanjing, yang akan dimulakan pada 20 Jun 2024, dengan kekerapan penerbangan iaitu 2 kali seminggu, dan ditambah menjadi 3 kali seminggu bermula 29 Jun 2024, menggunakan Boeing 737 [24].
pada penghujung Jun 2024, di laman aeroroutes, Firefly telahpun menetapkan untuk menambah laluan secara langsung antara George Town (Pulau Pinang) dan Kuala Lumpur/KLIA (sebagai sambungan kepada Kuala Lumpur - China), yang sudahpun dimulakan pada 16 Jun 2024, dengan kekerapan penerbangan 2 kali seminggu, dan ditambah menjadi 5 kali seminggu bermula 21 Julai 2024 [25].
Pada bulan Julai 2024, di laman aeroroutes ada diumumkan bahawa, Firefly telahpun merancang untuk menambah destinasi antarabangsa baharu ke Republik Rakyat China, dengan laluan tanpa henti antara Tawau dan Makau, yang akan dimulakan pada 20 Julai 2024, dengan kekerapan penerbangan 4 kali seminggu [26].
Juga di bulan dan di laman yang sama, ada diumumkan bahawa Firefly telahpun merancang untuk menambah destinasi antarabangsa baharu secara bermusim ke Republik Rakyat China, dengan laluan tanpa henti antara George Town+Kuala Lumpur dan Chongqing, yang masing-masing akan dimulakan pada 22 Julai 2024 dan 20 Julai 2024, dengan masing-masing bermula setiap 4 hingga 5 hari sekali, dan 3 kali seminggu [27].
selain destinasi antarabangsa, Firefly juga telahpun merancang untuk mengembangkan destinasi domestik dalam Malaysia, dengan melancarkan laluan antara Kuala Lumpur/Subang dan George Town (Pulau Pinang) dan Kota Kinabalu [28][29], yang masing-masing akan dimulakan pada 29 Ogos 2024, kedua-dua laluan domestik tersebut menggunakan Boeing 737 [30] untuk laluan Subang - Pulau Pinang, operasi Boeing 737 ialah sebagai pelengkap kepada 9 penerbangan harian menggunakan ATR72 [31], menjadi 10 penerbangan sehari secara keseluruhan [32].
pada tahun 2024 kedua-dua unit Malaysia Aviation Group (MAG) iaitu Syarikat Induk Malaysia Airlines dan Anak Syarikat Firefly, telah mencapai pendaftaran dalam Audit Keselamatan Operasi (IOSA) Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), pada Julai 2024. Audit untuk kedua-dua syarikat penerbangan telah dijalankan pada Jan dan Feb 2024, juga Audit tersebut ada meliputi lapan bidang operasi termasuk sistem pengurusan organisasi dan keselamatan, operasi penerbangan, penghantaran penerbangan, kejuruteraan dan penyelenggaraan pesawat, operasi kabin, pengendalian darat, operasi kargo dan keselamatan operasi [33].
Remove ads
Maklumat Singkat mengenai Firefly
Syarikat Penerbangan Firefly beroperasi di hab Pulau Pinang dan Subang. Ia menyediakan sambungan ke pelbagai titik di Malaysia, Thailand Selatan, Singapura dan Sumatera (Indonesia). Syarikat penerbangan ini bertujuan untuk mendekatkan masyarakat dengan mengatasi kekangan geografi melalui rangkaian penerbangan dari titik ke titik. Menghubungkan dunia dengan masyarakatnya.
Tipe Perniagaan: Komuter Bandar
Tarikh Penggabungan: 13 Jun 1995
Jumlah Pekerja: 800
Destinasi: 12
Wilayah Tumpuan:
Domestik MY (Malaysia)
Asia Tenggara (Singapore, Indonesia, and Thailand)
Jumlah Armada:
ATR-72 500: 12
Hab: Subang (SZB)
Pemimpin: Philip See [34]
Remove ads
Pengurusan dan Operasi

Firefly akan diuruskan oleh FlyFirefly Sdn Bhd. Walaupun Firefly adalah syarikat milik penuh Penerbangan Malaysia, Firefly akan diuruskan oleh satu kumpulan pengurusan yang berasingan. Khidmat penerbangan akan dimulakan menggunakan 2 buah pesawat Fokker 50 menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas sebagai hab operasi. Pada 13 Jun 2007, Kerajaan Malaysia telah membenarkan Firefly untuk beroperasi di Terminal 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Subang juga dikenali sebagai Terminal Skypark Subang. Skypark menggantikan Pulau Pinang sebagai hab utama yg beroperasi menggunakan pesawat jenis ATR 72. Kini syarikat penerbangan ini mempunyai 12 buah pesawat ATR.
Firefly pernah mengembangkan operasi dengan menggunakan pesawat jet Boeing 737-400 dan B737-800 tetapi ditutup operasinya setelah ada campur tangan pengurusan Air Asia dalam Penerbangan Malaysia dalam bencana "share swap" antara Khazanah dan AirAsia. Malapetaka tersebut mengakibatkan MAS diistiharkan Muflis dan ditutup pada tarikh kemerdekaan Malaysia iaitu pada 31 Ogos 2014.
Remove ads
Perkhidmatan Kargo
Firefly juga turut menawarkan perkhidmatan penghantaran kargo dengan menggunakan pesawat Fokker 50. Ia mampu memuatkan hampir 500kg dan maksium kargo dimensi adalah 54 x 39 x 34 cm. Firefly juga telah menjalinkan pakatan perniagaan dengan syarikat penghantaran Natiowide dan memperkenalkan servis Super Express B4 6. Penghantaran itu perlu dibuat sebelum pukul 10 pagi dan ia akan tiba sebelum enam petang hari yang sama
Galeri Destinasi dan Armada Syarikat Penerbangan Firefly (FY)
- Laluan domestik Firefly setakat Januari 2008
- Laluan domestik Firefly setakat Julai 2010
- Firefly ATR 72-500 di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi
- sebuah pesawat Firefly Boeing 737-800 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Firefly mengkawal pesawat jet di 2011 dengan hab di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
Destinasi



Firefly terbang dari dua hab, Pulau Pinang dan Subang di Kuala Lumpur. Penerbangan domestik dari Pulau Pinang ialah Langkawi, Kota Bharu, Subang, Kuala Terengganu dan Kuantan 14 kali setiap minggu serta Ko Samui dan Phuket di Thailand tujuh kali seminggu. Penerbangan dari Subang ialah Pulau Pinang, Langkawi, dan Kota Bharu.
Firefly menawarkan penerbangan domestik dari Pulau Pinang ke Langkawi, Kota Bharu, Subang, dan ke destinasi antarabangsa Banda Aceh di Indonesia dan Phuket di Negara Thai. Penerbangannya dari Subang melayani Pulau Pinang, Langkawi, Alor Setar, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan Singapura.[35][36]
Syarikat penerbangan itu secara ringkas mengendalikan pesawat jet pada tahun 2011, menawarkan penerbangan ke Kota Kinabalu, Kuching, Sandakan dan Sibu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan antarabangsa ke Bandung dan Surabaya melalui Johor Bahru. Di dalam negara, syarikat penerbangan ini sebelumnya mempunyai sambungan intra-semenanjung yang luas dari hab sekundernya di Pulau Pinang ke kebanyakan bandar utama di Semenanjung Malaysia. Ia menghentikan penerbangan ke Kerteh, Kuantan, Ipoh dan Melaka dari Subang dan Singapura. Ia juga menghentikan perkhidmatan ke destinasi di Sumatera (Pekanbaru, Medan, Padang, Kota Batam) dan ke Semenanjung Thailand (Ko Samui, Hua Hin, Hat Yai dan Wilayah Krabi). Syarikat penerbangan menghentikan pengembangannya yang dirancang ke Bengkulu, Jambi dan Pangkal Pinang.
Pada tahun 2019, syarikat penerbangan telah mengumumkan minatnya untuk memulakan operasi baru ke Betong, Thailand dari pusatnya di Kuala Lumpur[37][38][39]
Firefly mengendalikan satu-satunya penerbangan penumpang yang dijadualkan dari Lapangan Terbang Seletar Singapura, yang terbang ke hab Subang dengan menggunakan pesawat turboprop.
Remove ads
Destinasi (Versi Lain)

Firefly menawarkan penerbangan domestik dari Pulau Pinang ke Langkawi, Kota Bharu, Subang Jaya, dan ke destinasi antarabangsa Banda Aceh di Indonesia dan Phuket di Thailand. Penerbangannya dari Subang melayani Pulau Pinang, Langkawi, Alor Setar, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan Singapura.
Syarikat penerbangan itu mengendalikan pesawat jet secara ringkas pada 2011, menawarkan penerbangan domestik ke Kota Kinabalu, Kuching, Sandakan dan Sibu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan antarabangsa ke Bandung dan Surabaya melalui Johor Bahru. Bertindak sebagai cabang kos rendah untuk Malaysia Airlines, syarikat penerbangan itu merancang untuk memasukkan destinasi di Vietnam, Kemboja, Laos, Filipina, Republik Rakyat China, India dan Taiwan menjelang 2015.[40]
Di dalam negara, syarikat penerbangan itu sebelum ini menyediakan sambungan intra-semenanjung yang luas dari hab menengah turbopropnya di Pulau Pinang dan Johor Bahru ke kebanyakan bandar utama di Semenanjung Malaysia. Namun begitu, berikutan penstrukturan semula utama syarikat itu, syarikat penerbangan itu memutuskan untuk menghentikan operasi jetnya menjelang akhir 2011 dan menghentikan rancangan pengembangan turbopropnya ke Bangkok–Don Mueang (melalui Kota Bharu),[41] (Bengkulu, Jambi dan Pangkal Pinang).
Firefly mengendalikan satu-satunya penerbangan penumpang berjadual dari Lapangan Terbang Seletar Singapura sejak 2019, terbang ke hab Subangnya menggunakan pesawat turboprop.[42][43] Pada tahun yang sama, syarikat penerbangan itu telah mengumumkan minatnya untuk memulakan operasi baharu ke Betong, Thailand dari Kuala Lumpur-Subang.[44][45][46]
Pada Oktober 2020, syarikat itu telah mengumumkan penyambungan semula perkhidmatan jetnya mulai Januari 2021. Menumpukan laluan sekunder dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, syarikat penerbangan itu memilih Kota Kinabalu, Kuching dan Johor Bahru sebagai destinasi perintisnya.
Pada Mac 2022, Firefly telah mengumumkan bahawa mereka akan terbang dari Pulau Pinang ke Kota Kinabalu dan Kuching menggunakan pesawat B737-800 mereka mulai April 2022. Selain itu, Firefly berkata mereka juga mempunyai rancangan untuk membuat Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sebagai hab sekunder mereka pada masa hadapan.[47]
Pada 4 Mac 2022, Syarikat Penerbangan Firefly akan Memulakan Laluan dari Penang, ke Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu, dengan menggunakan Armada siri Boeing 737, Yang akan dimulakan pada Tarikh 11 April 2022 [48][49][50]
Pada awal Februari tahun 2023, pada Laman web aeroroutes.com ada dilaporkan Syarikat Penerbangan Firefly menyambung semula perkhidmatan antara Pulau Pinang (PEN) dan Medan (kini KNO), yang dimulakan pada 17 Februari 2023, dengan menggunakan armada siri Boeing 737, diketahui dahulu syarikat penerbangan itu pernah menghentikan operasi pada Februari tahun 2015, semasa menggunakan ATR 72.[51]
pada Mac 2023, Syarikat Penerbangan Firefly, ada membuka laluan tanpa Henti antara Pulau Pinang (PEN) dan Singapura-Changi (SIN), yang akan dimulakan pada 26 Mac 2023, ini akan menjadi laluan tanpa henti yang kedua antara Malaysia dan Singapura kepada firefly, selepas Kuala Lumpur-Subang (SZB) dengan Singapura-Seletar (XSP), dan akan menggunakan Armada siri Boeing 737 [52], dengan kekerapan penerbangan 2 kali dalam sehari [53], dengan melalui Terminal 2 di Lapangan Terbang Changi [54], dan dari Pihak Firefly berkata
“Perkhidmatan baharu itu menandakan satu lagi kejayaan dalam strategi pengembangan rangkaian syarikat penerbangan itu dan perkhidmatan keduanya ke bandar Singa selepas menyambung semula penerbangan dari Lapangan Terbang Seletar (XSP) dan Lapangan Terbang Subang (SZB) pada Jun 2022,”
[55].
dan selepas perluaskan operasi ke Sarawak dan Sabah, Firefly merancang untuk mengambilalih laluan KK - Kuching, Sandakan dan Tawau, dari Malaysia Airlines.[12]
Pihak Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) telahpun menghantar kertas cadangan kepada pihak kerajaan untuk menambah laluan Syarikat Penerbangan Firefly. Antara destinasi yang dimohon ialah Ipoh, Subang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Singapura, dan Indonesia.
pada Mei 2023, ada dirancangkan bahawa Laluan Pulau Pinang - Kuantan akan dimulakan semula, pada 31 Mac 2024.[18]
Perjanjian perkongsian kod
Firefly menjalin perkongsian kod dengan syarikat penerbangan berikut:
Destinasi Firefly Airlines (FY)
Firefly terbang ke destinasi berikut setakat tahun 2024 [60][61][62][63].
Hab utama dan Hab sekunder |
Pesawat-pesawat
Berikut adalah pesawat Firefly:
Armada
Ogos 2019
Sehingga Ogos 2019, armada Firefly terdiri daripada pesawat ATR berikut:[114][115][116]
Mac 2022
Setakat Mac 2022, armada Firefly terdiri Pesawat sebagai berikut:[117]
Sejarah Armada

Firefly memulakan operasi dengan dua pesawat 50-tempat duduk Fokker 50. Ia juga mengambil pesawat Fokker 50 yang disewa ketiga untuk memperluas perkhidmatannya.
Pada 26 Jun 2007, Malaysia Airlines menandatangani perjanjian untuk memperoleh sepuluh pesawat ATR 72-500 dengan pilihan untuk sepuluh pesawat lagi (yang telah dilaksanakan), untuk menggantikan Fokker 50-an.[118] Pesawat mula tiba dari 11 Ogos 2008,[119] dengan lima dihantar pada tahun 2008, lima pada tahun 2009, empat pada tahun 2010 dan selebihnya pada tahun 2011.[120] Semua Fokker F50 telah bersara pada akhir tahun 2008.
Pada 25 Ogos 2010, Firefly mengumumkan bahawa ia akan mengambil empat ATR 72 dalam klausa pilihan perjanjian pembelian.[121] Pada 8 November 2010, Firefly mengumumkan pesanan untuk 30 pesawat Boeing 737-800 dari akhir tahun hingga 2015 sebagai sebahagian dari pengembangannya ke Malaysia timur pada awalnya, dan ke pasaran serantau pada masa depan. Boeing 737-800 pertama Firefly tiba pada bulan Disember 2010 dan mula beroperasi pada 15 Januari 2011.[122][123]
Pada 16 Ogos 2011, Firefly mengumumkan bahawa ia hanya akan mengoperasikan pesawat ATR dari Subang dan Pulau Pinang, dan menghentikan penerbangan Boeing 737-800 dan Boeing 737-400.[124] Operasi jet dihentikan sesuai dengan perjanjian penstrukturan semula perkhidmatan yang dibuat antara Malaysia Airlines (syarikat induk Firefly) dan AirAsia. Pada 16 September 2011, Firefly menghentikan laluan Johor Bahru - Kuching. Perkhidmatan Boeing 737 lain, termasuk Kuala Lumpur - Kuching, Kuala Lumpur - Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur - Jakarta, telah dipindahkan ke Malaysia Airlines pada Oktober 2011.[125]
Pada 18 Disember 2012, syarikat induk MASwings, Malaysia Airlines, memerintahkan 36 ATR 72-600s untuk anak syarikatnya. Dua puluh pesawat yang dipesan akan dihantar ke Firefly sementara enam pesawat lagi akan beroperasi dengan MASwings.
Pada Oktober 2020, kumpulan Penerbangan Malaysia (MAG) telah mengumumkan bahawa syarikat penerbangan itu akan memulakan operasi jet pada suku pertama 2021. Akan ada sepuluh jet dalam armada, bagaimanapun, jenis pesawat itu tidak diketahui buat masa ini.[126][127]
Penambahan Armada Pesawat
Firefly tambah 10 Pesawat
SYARIKAT penerbangan tambang rendah, Firefly menambah 10 pesawat berbadan sempit secara berperingkat mulai suku pertama 2021.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Aviation Group (MAG), Kapten Izham Ismail berkata,
pertambahan itu bagi membolehkan anak syarikatnya itu mempertingkatkan penerbangan domestik, Asean dan Asia Pasifik dari pangkalan baharunya di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
Beliau berkata,
penyediaan operasi pangkalan Firefly di Pulau Pinang itu memerlukan pelaburan minimum MAG pada tahun depan dengan jangkaan peningkatan pengeluaran serta kapasiti tempat duduk setiap kilometer (ASK) sebanyak 36 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang.
Anugerah
Anugerah Perjanjian Penstrukturan Semula
Malaysia Aviation Group (MAG) telah muncul sebagai entiti pemenang untuk 'Restructuring Deal of the Year' di Ekonomi Syarikat Penerbangan' The Aviation 100 Deals of the Year Awards 2022 berikutan kejayaan penstrukturan semula, yang menyaksikan Kumpulan mengurangkan liabilitinya lebih RM15 bilion dan menghapuskan RM10 bilion hutang yang terkumpul daripada terbitan selama beberapa dekad lembaran imbangannya.
'Anugerah Tawaran Tahun Ini' menyerlahkan kejayaan transaksi kewangan dan pemajakan penerbangan yang dilakukan di seluruh dunia, dengan edisi 2022 menerima lebihan 150 pencalonan; menyerlahkan tahap rekod syarikat penerbangan sokongan kewangan dan pemberi pajak telah diterima semasa ia menjalani sepanjang dan perjalanan pemulihan industri yang berliku.[129]
Insiden
pada 31 Januari 2023, Penerbangan 3124 Firefly, yang membawa sebanyak 66 Penumpang, dan 4 Awak Kabin, dialihkan ke LTAS (Lapangan Terbang Antarabangsa Senai), Johor [130], pada laluan Penerbangan dari Kuala Lumpur-Subang ke Singapura-Seletar [131], dengan dua kali gagal untuk mencuba mendarat di Seletar, dengan tidak dibenarkan untuk mendaratkan, yang berpunca dari cuaca buruk, selepas 2 Jam di Senai, penerbangan itu dilanjutkan dan tiba di Seletar dengan penhitungan semula iaitu sebanyak 72 Penumpang dan tiada korban jiwa atas insiden tersebut. [132]
Pautan luar
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Firefly |
- www
.airlineratings .com /ratings /firefly / - www
.fireflyz .com .my - booking
.fireflyz .com .my /Search .aspx - Laman rasmi
- Jadual Firefly terkini
- Informasi pesawat
- Masa ketahanan pesawat
- www
.fireflyz .com .my /firefly-story - www
.fireflyz .com .my /about /company-profile - www
.fireflyz .com .my /community /why-firefly - www
.fireflyz .com .my /my /flights /routes-schedules - www
.fireflyz .com .my /my /flights /destinations - www
.fireflyz .com .my /fireflyz /emagazine - www
.msn .com /en-my /news /berita /firefly-tambah-10-pesawat /ar-BB1a77Np - beritatrans
.com /2020 /10 /18 /firefly-akan-operasikan-pesawat-jet-dan-siap-ekspansi-ke-pasar-indonesia / - www
.malaysiaairlines .com /my /en /news-article /2020 /firefly-to-launch-jet-operations-1Q21 .html - www
.fireflyz .com .my /introducing-firefly-express-meal - www
.fireflyz .com .my /firefly-and-circle-k-launches-firefly-express-meal - www
.fireflyz .com .my /complimentary-flight-refreshments-onboard-firefly - economytraveller
.com /new-firefly-meals-menu-with-kampong-kravers / - www
.nst .com .my /business /2020 /10 /632623 /firefly-operate-jet-penang-airport-beginning-q1-2021 - www
.ch-aviation .com /portal /news /107263-malaysias-firefly-to-resume-b737-ops-in-1q22 - www
.astroawani .com /berita-malaysia /firefly-lancar-penerbangan-terus-dari-p-pinang-ke-kuching-356335
Rujukan
Lihat juga
Pautan Luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads