Talha Harith
Pelakon lelaki Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Talha Amir Harith (Jawi: طلحة حارث; lahir 11 Februari 1989) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia. Drama lakonan Talha yang mendapat reaksi positif dan mencapai populariti adalah seperti Juvana , Setia Hujung Nyawa , Menjinak Ombak dan banyak lagi. Pada tahun 2017, beliau telah muncul dalam dua buah drama di TV3 iaitu Andainya Takdir dan Menantu Bilal manakala telemovie ialah Alim - Alim Kucing di TV1 , Menantu Second Class di TV9 dan Roda Ceketeng di TV2.
Remove ads
Kehidupan awal
Talha dilahirkan pada Hari Sabtu 11 Februari 1989 bersamaan 5 Rejab 1409 dan berasal dari Johor Bahru, Johor. Beliau mendapat pendidikan peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Johor Bahru. Beliau mempunyai pendidikan dalam jurusan Diploma Teater di Akademi Seni Warisan dan Budaya Kebangsaan (Aswara).
Kerjaya
Selain melibatkan diri dalam bidang lakonan, Talha juga bekerjaya sebagai seorang pensyarah yang mengajar asas lakonan. Namun, disebabkan minat mendalam dalam bidang lakonan, jadi beliau lebih ke arah berlakon. [2]
Talha memulakan karier beliau pada tahun 2010 dengan membintangi drama Habil dan Qabil di TV3 dan telemovie Tetangga di TV1. Nama Talha, mula dikenali selepas membintangi drama Tudung Ekspres dan drama Juvana [3] serta drama bersiri keagamaan iaitu Selain itu, drama Menjinak Ombak juga menaikkan nama beliau kerana impak populariti drama tersebut.
Pada tahun 2012, Talha pernah menjadi tunggak utama dalam sebuah drama di Slot Azalea di TV3 bertajuk Darjat bersama pelakon lain seperti Syazwan Zuklifly dan Ika Nabila. Drama ini mengisahkan percintaan antara dua darjat. [4] Di samping itu, beliau juga turut berlakon dalam drama Setia Hujung Nyawa memegang watak sebagai Hadi seorang antagonis. [5]
Pada Jun 2017, Talha akan membintangi sebuah drama terbitan Enuja Production Sdn Bhd yang akan mula bersiaran di TV3 pada 2 Jun 2017. Beliau yang memegang watak sebagai Rashdan, anak kepada Bilal Brahim dan Mak Esah yang disegani oleh orang. Drama ini memaparkan kerenah tiga menantu iaitu Marlisa dari Negeri Sembilan, Normala (Kedah) dan Norain (Terengganu) yang masing-masing cuba memenangi hati mentua dengan pendekatan tersendiri. Selain itu, drama ini juga dibintangi oleh Amar Asyraf, Syazwan Zuklifi, Nazeera Sardi , Ruhainies Farehah dan banyak lagi. [6] Seterusnya , beliau juga membintangi drama Andainya Takdir yang juga bersiaran di TV3 dan beliau memegang watak sebagai Zaki pada tahun 2017.
Remove ads
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Iklan
- Dadah (2017)
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads