Tarja Halonen

From Wikipedia, the free encyclopedia

Tarja Halonen
Remove ads

Tarja Kaarina Halonen ([tar-ya ka-ri-na ha-lo-nén], lahir 24 Disember 1943) ialah seorang ahli politik dari Finland yang merupakan Presiden negara tersebut ke-11 (serta juga wanita pertama memegang jawatan tersebut) dari tahun 2000 sehingga 2012. Beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang peguam mewakili Organisasi Pusat Kesatuan Perdagangan Finland, setiausaha parlimen Perdana Menteri Finland (1974-1975) dan anggota Dewan Kota Helsinki (1977-1996). Beliau merupakan ahli parlien dari Parti Demokrasi Sosial dari tahun 1979 sehingga pemilihan beliau sebagai presiden pada tahun 2000.[4] Beliau juga berkhidmat sebagai Menteri Hal-Ehwal Sosial dan Kesihatan dari tahun 1987 sehingga 1990, Menteri Keadilan dari tahun 1990 hingga tahun 1991, dan Menteri Luar Negeri dari 1995 sehingga pemilihan beliau sebagai presiden Finland.

Fakta Segera Presiden, Presiden Finland ke-11 ...
Thumb
Tarja Halonen (2021)

Halonen sangat digemari ketika memegang jawatan presiden itu dengan pungutan suara yang mencapai setinggi 88% pada bulan Disember 2003. Beliau dipilih semula pada tahun 2006 setelah mengalahkan calon Parti Campuran NasionalSauli Niinistö, dalam pusingan kedua dengan pungutan undian sebanyak 51 peratus. Beliau kehabisan penggal yang dibenarkan untuk jawatan presidennya pada tahun 2012, maka beliau pun meletakkan jawatannya yang diambil alih oleh Niinistö pada 1 Mac tahun tersebut.

Remove ads

Kehormatan dan anugerah

Penghormatan

Dalam negara

  • : Bekas Ketua Besar Salib Besar Anugerah Salib Kebebasan (Vapaudenristin ritarikunta)
  • : Bekas Ketua Besar Salib Besar Berkalung Anugerah Mawar Putih (Valkoisen Ruusun ritarikunta)
  • : Bekas Ketua Besar Salib Besar Anugerah Singa (Leijonan ritarikunta)

Luar negara

  • : Bintang Besar Kehormatan untuk Perkhidmatan kepada Republik Austria[5]
  • : Kesateria Kordon Besar Darjah Leopold I[6]
  • : Salib Besar Berkalung Darjah Buruj Pari
  • : Salib Besar Berkalung Darjah Merit
  • : Salib Besar Darjah Raja Tomislav[notes 1]
  • : Kesateria Berkalung Darjah Gajah[7][8][9]
  • : Kesateria Salib Besar Darjah Dannebrog
  • : Kalung Darjah Salib Terra Mariana[10]
  • : Kalung Darjah Bintang Putih[11][12]
  • : Salib Besar Legion Terhormat
  • : Salib Besar Darjah Merit Republik Persekutuan Jerman, Peringkat Khas[13]
  • : Salib Besar Darjah Si Penebus
  • : Salib Besar Darjah Kehomatan
  • : Salib Besar Berkalung Darjah Falkon[14]
  • : Salib Besar Berkalung Darjah Merit Republik Itali
  • : Kesateria Kordon Besar Berkalung Darjah Kekwa Yang Maha Utama
  • : Kalung Besar Darjah Helang Emas[15]
  • : Komander Salib Besar Berantai Darjah Tiga Bintang
  • : Salib Besar Darjah Peneroka Liberia[16]
  • : Salib Besar Berantai Darjah Vytautas Agung[17]
  • : Kesateria Darjah Singa Emas Wangsa Nassau[18][19]
  • : Kesateria Salib Besar Darjah Wangsa Oranye
  • : Kesateria Salib Besar Berkalung Darjah Santo Olav[20]
  • : Kesateria Salib Besar Berkalung Darjah Merit
  • : Salib Besar Darjah Helang Putih
  • : Salib Besar Berkalung Darjah Putera Henrique
  • : Salib Besar Berkalung Darjah Bintang Romania
  • : Penerima Pingat Pushkin[21]
  • : Salib Besar Darjah Abdulaziz al Saud
  • : Salib Besar Darjah Lion
  • : Salib Besar Darjah White Double Cross[22]
  • : Member of the Decoration for Exceptional Merits[23][24]
  • : Kesateria Salib Besar Berkalung Darjah Isabella si Katolik[25]
  • : Ahli Kalung Darjah Serafim Diraja[26][27][28]
  • : Commander Salib Besar Anugerah Diraja Bintang Kutub
  • : Kesateria Kehormat Salib Besar Darjah Bath

Anugerah

  • Finland Fakulti Falsafah Universiti Helsinki, 2010
  • Rusia Universiti Persekutuan Kazan, 2010
  • Finland Akademi Teater Helsinki, 2009
  • Sweden Universiti Umeå, Sweden, 2009
  • Amerika Syarikat Universiti Minnesota Duluth, 2008
  • Finland Universiti Teknologi Helsinki, 2008
  • Armenia Universiti Negara Yerevan, 2005
  • Estonia Universiti Tartu, 2004
  • Nicaragua Universiti Bluefiels, 2004
  • Finland Universiti Turku, 2003
  • Amerika Syarikat Universiti Finlandoa, 2003
  • Republik Rakyat China Chinese Academy of Forestry, 2002
  • Hungary Universiti Eötvös Loránd, 2002
  • United Kingdom Universiti Kent, 2002
  • Korea Selatan Universiti Wanita Ewha, 2002
  • Finland Sekolah Ekonomi Helsinki, 2001
  • Finland Fakulti Perundangan Universiti Helsinki, 2000
Remove ads

Rujukan

Nota

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads