Tarum

From Wikipedia, the free encyclopedia

Tarum
Remove ads

Tarum, nila, atau indigo (Indigofera, suku polong-polongan atau Fabaceae) merupakan antara antara berbagai-bagai jenis tumbuhan utama menghasilkan warna biru semulajadi kebanyakan dari genus Indigofera.

Fakta Segera Pokok Tarum, Pengelasan saintifik ...
Remove ads

Penamaan

Indigo

Perkataan "indigo" dalam bahasa Melayu ialah kata pinjaman daripada bahasa Sepanyol melalui bahasa Belanda atau Inggeris.[1] Perkataan ini berakar daripada nama India kerana pada zaman pertengahan Yunani-Romawi, India merupakan pengeluar utama pewarna indigo ke benua Eropah. Orang Yunani pada ketika itu menyebut pewarna indigo sebagai indikón (Ἰνδικόν) iaitu kata sifat terbitan daripada nama Indía (Ἰνδία).[2] Kemudian, orang Romawi yang menggunakan bahasa Latin pada masa itu telah melatinkan perkataan itu menjadi indicum, dan seterusnya diperturunkan ke dalam bahasa-bahasa Romawi (misalnya índigo dalam bahasa Sepanyol) dan akhirnya diserap ke dalam bahasa Belanda dan Inggeris sebagai indigo.[3]

Nila

Perkataan "nila" berasal daripada bahasa Sanskrit nīla (नील) yang secara harfiahnya bermaksud "biru gelap".[1] Perkataan Sanskrit ini juga merupakan perkataan sumber bagi istilah anilin iaitu suatu bahan kimia yang menjadi bahan utama dalam industri pewarna indigo sintetik seperti dalam pembuatan seluar jeans.[3]

Tarum

Perkataan "tarum" dalam bahasa Melayu ialah perkataan yang diwarisi daripada bahasa Proto-Melayu-Polinesia iaitu *taʀum.[4] Perkataan ini mempunyai kognat dalam bahasa-bahasa Melayu-Polinesia lain, misalnya tagom dalam bahasa Cebuano, tom dalam bahasa Jawa, dan krŭm dalam bahasa Rade. Schuessler (2007) mengatakan bahawa perkataan *taʀum dalam bahasa Proto-Melayu-Polinesia mungkin merupakan sumber bagi perkataan (*ɡ·raːm) dalam bahasa Cina Kuno.[5] Menurutnya, perkataan ini diserap ke dalam bahasa Proto-Tai sebagai *ɡ.raːmᴬ dan bahasa Khmer sebagai ត្រុំ (trom).

Remove ads

Kegunaan

Sebagai pewarna

Daun tarum merupakan bahan utama pewarna kain yang menghasilkan warna biru; ia dihasilkan dari perendaman daun selama semalam. Setelah itu, suatu lapisan berwarna hijau atau biru akan terbentuk di permukaan; cairan ini lalu direbus, lalu dijemur hingga kering. Warna ini amat dikehendaki terutama dalam penghasilan batik atau tenun ikat tradisional dari Nusantara. Pewarna indigo, sebagai produk dari tumbuhan ini, juga merupakan komoditi perdagangan yang penting.

Tujuan lain

Suatu campuran menggunakan tumbuhan ini bersama terusi, sendawa dan "garam Siam" dipercayai dalam perubatan Melayu lama merawat "sakit gigi yang berulat".[6]

Tumbuhan ini juga sangat baik kerana menyuburkan tanah dan dapat menahan hakisan.

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads