Temiar

Kumpulan etnik peribumi Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Temiar
Remove ads

Suku Temiar (Bahasa Inggeris: Temiar People) merupakan sebahagian daripada kumpulan Orang Asli di Semenanjung Malaysia yang tergolong dalam subkumpulan Senoi. Mereka adalah salah satu kumpulan etnik terbesar dalam kalangan 18 kumpulan orang asli di Semenanjung Malaysia. Orang Temiar bertutur dalam bahasa Temiar. Bahasa Temiar tergolong dalam keluarga bahasa besar Austroasiatic, di bawah subkeluarga bahasa Aslian, dan termasuk dalam cabang bahasa Senoi.[2]

Fakta Segera Jumlah penduduk, Kawasan ramai penduduk ...

Orang Temiar tinggal di negeri-negeri Perak, Pahang, dan Kelantan di Semenanjung Malaysia.[3]

Remove ads

Sejarah dan Asal-Usul

Orang Temiar dipercayai berasal daripada gelombang awal migrasi manusia moden dari Afrika ke Asia Tenggara kira-kira 25,000 hingga 50,000 tahun lalu. Mereka menetap di kawasan pedalaman, terutamanya di negeri Perak, Pahang, dan Kelantan.

Budaya

Orang Temiar secara tradisional menjalani kehidupan semi-nomad, bergantung kepada hasil hutan, pemburuan, dan pertanian kecil-kecilan seperti padi huma dan ubi. Mereka mempunyai struktur sosial yang egalitarian, di mana keputusan komuniti dibuat secara kolektif. Tok Batin ialah ketua kampung yang berperanan dalam hal-ehwal komuniti dan menjaga adat.

Secara tradisional, Orang Temiar adalah animis; mereka memberikan kepentingan besar kepada alam semula jadi, mimpi, dan kaedah penyembuhan berasaskan kerohanian.Sebagai sebahagian daripada kepercayaan tradisional mereka, Orang Temiar juga mempersembahkan tarian tradisional yang dikenali sebagai Sewang.

Remove ads

Demografi

Jumlah keseluruhan populasi Orang Temiar dianggarkan antara 40,000 hingga 120,000 orang. Majoriti daripada mereka tinggal di kawasan pinggir hutan hujan, manakala sebilangan kecil menetap di kawasan bandar.

Maklumat lanjut Tahun, Populasi ...

Kawasan Penempatan

Isu dan Diskriminasi

Di negeri Kelantan, ramai Orang Temiar menghadapi masalah serius berkaitan kehilangan tanah adat mereka. Di negeri Kelantan, ramai Orang Temiar menghadapi masalah serius berkaitan kehilangan tanah adat mereka. Isu ini menarik perhatian nasional dan antarabangsa selepas beberapa aktivis Orang Asli ditahan pada tahun 2018.

Pada tahun 2019, Jabatan Peguam Negara Malaysia telah menyokong tuntutan bahawa negeri Kelantan gagal melindungi hak Orang Asli, dan kes dibawa ke mahkamah

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads