Tuah Adzmi

Penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Arumi Nafis Muhammad Adzmi (lahir 7 September 1998) atau lebih terkenal sebagai Tuah Adzmi merupakan seorang penyanyi, komposer dan pelakon lelaki Malaysia.[1] Kerjayanya dalam bidang muzik bermula selepas beliau memuat naik rakaman nyanyian lagu di YouTube.[2] Selain itu, beliau turut mengambil bahagian sebagai salah seorang daripada 24 peserta amatur Vokal Mania.[3] Pada tahun 2022, beliau menjadi salah seorang peserta Big Stage musim keempat.[4]

Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...
Remove ads

Kerjaya

Tuah Adzmi memulakan kerjaya muzik secara serius pada usia 16 tahun apabila beliau memuat naik rakaman video beliau menyanyikan semula lagu-lagu di saluran YouTube. Pada tahun 2017, Tuah merakamkan lagu pertamanya, "Raja Di Hati" hasil ciptaan sendiri terbitan Hotsound Records dan memuat naiknya di YouTube. Pada tahun 2018, beliau melancarkan single pertamanya, "Air Mata Rindu" yang mengisahkan tentang kejujuran dalam percintaan yang diuji. Ia telah mencapai jumlah tontonan di YouTube. Bakat beliau mendapat perhatian FMC Music, kemudian mengikat kontrak bersama label itu pada Februari 2019, seterusnya muncul bersama single kedua, "Insan Kau Cinta".[5][6] Single ketiganya, "Kecewa" dikeluarkan pada Jun 2020.[7] Pada Oktober, beliau merupakan salah seorang 24 peserta amatur, juga dikenali sebagai Rookie dalam Vokal Mania di TV3 antara lain turut disertai oleh Wafariena Roslan dan Aisha Retno.[3] Beliau terpilih sebagai salah seorang daripada 11 peserta Big Stage musim keempat bersama-sama dengan Aisha Retno, Danial Chuer, Ajoi Zainal, Megat Rahim, Lia Aziz dan Elica Paujin. Bagaimanapun, beliau tersingkir di konsert minggu keempat.[8][9][10]

Remove ads

Kehidupan peribadi

Tuah ialah anak tunggal dalam keluarga, bapanya telah meninggal dunia sejak beliau kecil. Beliau dibesarkan oleh ibunya yang berstatus ibu tunggal.[2][11]

Diskografi

Single

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Filemografi

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads