Type 10

From Wikipedia, the free encyclopedia

Type 10
Remove ads

Type 10 (10式戦車, Hito-maru-shiki-sensya) merupakan kereta kebal utama Jepun maju.

Fakta Segera Jenis, Tempat asal ...
Remove ads

Overview

Projek TK-X (MBT-X) bertujuan bagi menghasilkan kereta kebal utama Type 10 baru bagi menggantikan atau melengkapkan kereta kebal utama Type 74 dan Type 90 sedia ada dalam perkhidmatan dengan Pasukan Pertahanan Awam Darat Jepun. Pembangunan bermula pada tahun 1990-an, dan pengeluarkan dijangka bermula pada 2010–2011. Prototaip didedahkan pada 13 Februari 2008 di Institut Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi ("Technology Research and Development Institute - TRDI") di Sagamihara. Penekakan diletakkan pada C4I keupayaan dan juga pada prestasi, kuasa tembakan, perlindungan dan pergerakan.[1]

Kegunaan komponen modular meningkatkan dengan banyaknya perisai sisi berbanding dengan Type 90. Penglihatan Panoroma Komander telah di alih ke kanan dan terletak lebih tinggi berbanding Type 90, memberikan komander pandangan lebih luas.

Menurut laporan GlobalSecurity, kenderaan ini dijangka dilengkapi dengan meriam laras licin 120 mm baru yang dibangunkan oleh Japan Steel Works, yang juga membina bawah lesen meriam Rheinmetall L44 120mm bagi Type 90 Kereta Kebal Utama. Terdapat pilihan bagi laras lebih panjang bagi 50 dan 55 kaliber(L50, L55). Meriam ini akan menembak peluru perobek perisai yang baru dibangunkan, tetapi juga serasi dengan kesemua peluru NATO 120 mm piawai.[2]

Perisai kenderaan terdiri dari seksyen modular, memberikan keupayaan bagi memasang pelbagai jenis perlindungan bergantung kepada profil misi dan juga keperluan berat. Berat kenderaan adalah sekitar 40 tan dengan tatarajah asas, dan 48 tan apabila penuh lengkap. Prototaip ditunjukkan pada 2008 di TRDI seberat 44 tan.[2]

Pembangunan pada 2008 memakan belanja sekitar ¥48,400M Yen Jepun (sekitar Dollar Amerika $447M). Setiap unit dianggarkan menelan belanja sekitar ¥700M ($6.5M).[2]

Kementerian Pertahanan Jepun mengakui dengan rasmi kereta kebal Type 10 pada Disember 2009. Pada 2010, Kementerian Pertahanan Jepun membuat tempahan bagi tiga belas kereta kebal Type 10 dangan kos ¥12,400M (Kos seunit: ¥954M).[3]

Tiga belas kereta kebal Type 10 akan menyertaiperkhidmatan JGSDF pada tahun 2011.

Ciri-ciri lain termasuk;

  • Tranmisi Pelbagai Berterusan ("Continuously Variable Transmission - CVT")[4] yang membenarkan kereta kebal mencecah 70 km/h kehadapan dan juga kebelakang.
  • Pengisi automatik ("Autoloader") dengan tiga krew (Komander dan juru tembak di turet, pemandu di badan kereta kebal).
  • Sistem gantungan aktif hidropneumatik,[4] yang membenarkannya mengubah suai kedudukannya dan menyerap anjalan ketika menembak.
  • Penglihatan siang/malam di pasang pada turet, memberikan litupan penuh 360° termasuk memberikan input kepada sistem C4I.[2]
Remove ads

Lihat juga

Notes

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads