Type 90
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Type 90 (Jepun: きゅうまるしき せんしゃ; Kanji: 90式戦車) adalah kereta kebal utama terkini milik Pasukan Pertahanan Diri Darat Jepun (JGSDF). Ia telah dibina oleh Industri Berat Mitsubishi (Mitsubishi Heavy Industries) dan direka bagi menggantikan kesemua kereta kebal Type 61 dan sebahagian kereta kebal Type 74. Ia mula memasuki perkhidmatan pada tahun 1990.
Remove ads
Pembangunan
Pada pertengahan 1970-an, Agensi Pertahanan Diri Jepun memulakan penyelidikan bagi kereta kebal baru bagi memenuhi keperluan bagi Pasukan Pertahanan Diri Darat Jepun. Ini dikenali sebagai TK-X MBT dan prototaip pertama disiapkan pada pertengahan tahun 1980-an. Ini kemudiannya diterima bagi perkhidmatan sebagai kereta kebal utama Type 90 dengan kenderaan pengeluaran pertama disiapkan pada tahun 1992.
Kontraktor utama adalah Industri Berat Mitsubishi, dengan Kerja Besi Jepun bertanggung jawab bagi meriam laras licin 120mm yang pada asasnya senjata Rheinmetall Jerman yang dihasilkan di bawah lessen dengan sistem kawalan tembakan berkomputer dibangunkan oleh Mitsubishi Eletrik.
Ruang pemandu berada di hadapan, turet di tengah dan pek kuasa dibelakang. Komander duduk di sebelah kanan turet dengan juru tembak di sebelah kakan. Pemuat tidak diperlukan dan digantikan dengan pemuat automatic bagi meriam laras licin 120mm yang menggunakan peluru HEAT-MP dan APFSDS-T dengan kes kelongsong separa terbakar.
Sistem kawalan tembakan berkomputer membenarkan samada komander atau juru tembak membidik dan menembak senjata utama samada ketika kereta kebal Type 90 bergerak atau berhenti dengan kemungkinan tinggi bagi ketepatan tembakan pertama. Satu mesingan 7.62mm dimuatkan sejajar dengan persenjataan utama dengan satu mesingan 12.7mm dipasang di atas bagi tujuan pertahanan udara. Pengesan laser dipasang di bahagian hadapan atap dan bilah jentolak boleh dipasang di hadapan kerangka.
Remove ads
Variasi
- Type 90 kembali berperisai berdasarkan kerangka kereta kebal utama Type 90 dan memiliki struktur utama dengan kren dipasang, di sebelah kanan hadapan, bilah jentolak/penstabil di hadapan kerangka dan penarik berkuasa hidrolik.
- Type 91 AVLB berdasarkan kerangka kereta kebal utama Type 90 dan memiliki jambatan jenis gunting.
Status
Dalam pengeluaran. Berkhidmat dengan Pasukan Pertahanan Darat Jepun.
Pengilang
- Industri Berat Mitsubishi, Tokyo, Jepun.
Pengguna
Jepun: 330-340 (2009-2010)
Lihat juga
- Tangki kawasan sekitarnya
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads