Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia

From Wikipedia, the free encyclopedia

Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia
Remove ads

Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia atau Malaysian University English Test (MUET) ialah ujian yang mengukur pencapaian dan kemahiran berbahasa Inggeris pelajar-pelajar pra universiti di Malaysia. Ujian ini ditetapkan dan dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia dan ditubuhkan pada tahun 1999. Ia diiktiraf di Malaysia dan Singapura, dan juga negara-negara seperti United Kingdom, Amerika Syarikat dan Hong Kong.

Fakta Segera Akronim, Jenis ...

MUET adalah prasyarat untuk kemasukan ke semua universiti awam dan kolej di Malaysia. Selain itu, penjawat awam juga mengambil MUET sebagai kelayakan Bahasa Inggeris dan peluang kenaikan pangkat.

Mulai 2012 dan seterusnya, MUET diadakan tiga kali setahun iaitu pada bulan Mac, Julai dan November.[1] Pelajar boleh memilih sama ada hendak mengambil ujian ini pada awal, pertengahan atau akhir tahun. Pendaftaran untuk ujian pertengahan tahun dibuka pada pertengahan bulan Januari dan ditutup pada awal bulan Februari, manakala pendaftaran untuk ujian akhir tahun pula dibuka pada awal bulan Mei dan ditutup pada awal bulan Julai. Rujuk kepada jadual MUET untuk tarikh tutup.

Selain itu, ujian alternatif, MUET on Demand (ujian berasaskan komputer), juga diadakan hampir setiap bulan untuk calon yang terdesak untuk mendapatkan keputusan MUET. Secara purata, 85,000 calon menduduki MUET setiap kali.[2]

Calon ujian ini hendaklah membuat pendaftaran di sekolah/institusi masing-masing. Bagi calon persendirian dan calon lain, mereka boleh membuat pendaftaran hendaklah dibuat di mana-mana pejabat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Borang pendaftaran boleh diperoleh di JPN dengan harga RM2.00 satu set. Yuran ujian pula ialah sebanyak RM100.00 di mana terdahulunya ialah RM50.00. Terdapat juga sebuah buku yang mengandungi peraturan dan skema ujian, sukatan pelajaran dan soalan contoh diterbitkan dan boleh dibeli oleh calon.

Mulai 2021, MUET telah mengalami perubahan besar dalam formatnya.[3]

Remove ads

Struktur Ujian MUET

Empat komponen ujian MUET

Terdapat empat komponen dalam ujian MUET adalah seperti berikut:[1]

  • Listening (Pendengaran)
  • Speaking (Pertuturan)
  • Reading (Pemahaman)
  • Writing (Penulisan)

Tempoh dan pemberat setiap komponen adalah seperti berikut:[1][4]

Maklumat lanjut Kod Kertas, Komponen ...
Maklumat lanjut Kod Kertas, Komponen ...
Remove ads

Pemarkahan & Skala

Bermula dari MUET 2021, markah maksimum bagi setiap komponen ialah 90, menjadikan markah agregat 360. Markah digredkan dalam sembilan skala, termasuk separuh skala, dengan Skala 5+ adalah yang tertinggi manakala Skala 1.0 yang terendah.[3][5]

Maklumat lanjut Markah Agregat, Skala ...

Sebelum MUET 2020, markah maksimum bagi setiap komponen ialah 45 untuk Pendengaran dan Pertuturan, 120 untuk Pemahaman dan 90 untuk Penulisan, dengan markah agregat 300. Markah kemudiannya digredkan dalam enam skala, dengan Skala 6 adalah yang tertinggi manakala Skala 1 paling rendah.

Maklumat lanjut Markah Agregat, Skala ...

MUET dan CEFR, IELTS & TOEFL

Maklumat lanjut MUET, CEFR ...
Remove ads

Keputusan

Calon sekolah/institusi boleh mengambil slip keputusan ujian MUET mereka dari sekolah/institusi masing-masing, manakala calon persendirian individu dari Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).[6]

Keputusan MUET dibentangkan dalam slip keputusan yang menunjukkan:

  • Nama calon ujian, nombor indeks (nombor calon) dan nombor pengenalan.
  • Markah calon bagi setiap komponen ujian (Pendengaran, Pertuturan, Pemahaman dan Penulisan)
  • Markah agregat calon bagi semua komponen ujian.
  • Band Dicapai (dari Band 1 hingga Band 6 atau Band 1 hingga Band 5+)

Tempoh sah untuk keputusan MUET adalah seperti berikut:[6]

  • Sebelum tahun 2009, tempoh sah laku adalah sehingga 18 Julai 2013.
  • Mulai tahun 2009, tempoh sah laku adalah lima tahun dari tarikh keputusan dikeluarkan.

Lokasi dan tarikh ujian

Pusat ujian MUET sebahagian besarnya terletak di sekolah menengah awam yang menawarkan Tingkatan Enam, kolej matrikulasi, universiti tertentu, serta kolej swasta dan separuh swasta tertentu.

Komponen Pendengaran, Pemahaman dan Penulisan biasanya diuji pada hari yang sama, biasanya pada hari Sabtu kedua atau keempat setiap bulan. Komponen Pertuturan diadakan pada hari yang berasingan, biasanya sebelum ujian penulisan.

Remove ads

Syarat Bahasa Inggeris Kemasukan Universiti

Pelajar berkelulusan STPM, Matrikulasi atau Diploma yang memohon masuk untuk mengikuti ijazah pertama di institusi pengajian tinggi tempatan perlu menunjukkan bukti bahawa mereka telah mengambil ujian MUET.

Maklumat lanjut Kedudukan QS 2024, Universiti ...
Remove ads

Syarat menduduki ujian MUET

  1. Ujian ini ditawarkan kepada calon yang telah menduduki mana-mana satu daripada yang berikut:
    1. Sijil Pelajaran Malaysia
    2. Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional
    3. Malaysia Certificate of Education
    4. Federation of Malaya Certificate of Education
    5. Cambrige School Certificate
    6. Pendidikan selama 10 tahun yang setaraf dengan O-Level
  2. Calon yang telah menduduki peperiksaan selain daripada yang disenaraikan di atas perlu terlebih dahulu memperoleh kebenaran daripada Majlis Peperiksaan Malaysia.
Remove ads

Lihat juga

  • STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia)
  • CEFR (Common European Framework of Reference for Languages)
  • IELTS (International English Language Testing System)
  • TOEFL (Test of English as a Foreign Language)
  • SAT (Scholastic Assessment Test)

Pautan luar

References

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads