Universiti AIMST

From Wikipedia, the free encyclopedia

Universiti AIMST
Remove ads

Universiti AIMST atau Institut Perubatan, Sains & Teknologi Asia (Inggeris: AIMST University, singkatan kepada Asian Institute of Medicine, Science & Technology, Bahasa Tamil: எய்மிஸ்ட் பல்கலைக்கழகம்) ialah sebuah universiti swasta penyelidikan yang terletak di Bandar Bedong, daerah Kuala Muda, negeri Kedah, Malaysia. AIMST adalah salah satu universiti swasta perubatan yang terungul di Malaysia

Fakta Segera Moto, Jenis ...

Universiti ini ditubuhkan dengan tujuan untuk memberikan lebih banyak peluang dalam pendidikan tinggi kepada pelajar India Malaysia, terutamanya dalam bidang perubatan, sains, kejuruteraan, dan pengurusan perniagaan. Universiti ini kini menawarkan lebih daripada 32 program ijazah di peringkat sarjana muda dan pascasiswazah. Bidang akademik di universiti ini telah mendapat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Selain itu, bidang akademik universiti ini juga telah secara rasmi diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (Public Services Department).

Universiti perubatan ini telah dirasmikan pada 21 Mac 2001 oleh Maju Institute of Educational Development (MIED), yang merupakan sayap pendidikan MIC (Kongres India Malaysia). Penubuhannya adalah hasil usaha gigih bekas Presiden MIC, Tun S. Samy Vellu..

Remove ads

Sejarah

Thumb
Asrama pelajar

Universiti AIMST telah didaftarkan di bawah Seksyen 38 dan 39 Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta 1996, dengan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Universiti ini mula beroperasi secara rasmi selepas didaftarkan di bawah bahagian pendidikan swasta Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada 30 Oktober 2001.

Usaha Samy Vellu


Semasa Mesyuarat Agung Ke-51 MIC, Tun S. Samy Vellu mengumumkan penubuhan universiti baru melalui Maju Educational Foundation, yang merupakan bahagian pendidikan MIC. Permohonan untuk menubuhkan universiti baru di Sungai Petani, Kedah telah dikemukakan kepada pihak berkuasa Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Sebagai pengurus projek keseluruhan universiti, Nusantara Planning Corporation telah dilantik; manakala Minconsult bertindak sebagai jurutera, dan K.P.K. Corporation dilantik sebagai pengukur tanah untuk kerja-kerja pembinaan universiti.

Remove ads

Fakulti

  • Sekolah Pengajian Generasi & Asas
  • Fakulti Profesion Kesihatan Bersekutu
  • Fakulti Sains Gunaan
  • Fakulti Perniagaan & Pengurusan
  • Fakulti Pergigian
  • Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Komputer
  • Fakulti Perubatan
  • Fakulti Farmasi
  • Pelajar Antarabangsa
  • Fakuliti Pembelajaran Sepanjang Hayat
  • Pusat Kecemerlangan

Kehidupan Kampus

Asrama pelajar

Kemudahan asrama disediakan untuk semua pelajar. Terdapat juga kedai makan di dalam kawasan kampus. Perkhidmatan pengangkutan bas disediakan untuk pelajar yang berada di dalam kampus.

Sukan dan hiburan

Universiti ini dilengkapi dengan kemudahan sukan dalam kampus. Terdapat fasiliti untuk bola keranjang, bola tampar, bola sepak dalam dewan, dan ping pong. Selain itu, gymnasium dan kolam renang luar juga disediakan untuk kegunaan pelajar.

Selain itu, universiti ini juga menganjurkan pertandingan sukan di peringkat antarabangsa, termasuk bola sepak, ragbi, dan kriket.. [2]

Institut Kerjasama

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads