Wan Zack Haikal Wan Noor

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Wan Zack Haikal bin Wan Noor (lahir 28 Januari 1991) adalah seorang pemain bola sepak Malaysia yang bermain untuk Perak sebagai seorang pemain tengah dan juga penyerang.

Fakta Segera Maklumat peribadi, Nama penuh ...
Remove ads

Kerjaya

Wan Zack sebelum ini bermain untuk Felda United FC sebelum dia dipindahkan ke Harimau Muda. Selepas Harimau Muda memenangi Liga Premier 2009, beliau dinaikkan ke Harimau Muda A kerana prestasi baik beliau di dalam pasukan Harimau Muda. Dia merupakan salah seorang daripada para pemain yang dipilih untuk menjalani latihan di Slovakia bersana Harimau Muda A pada 5 September 2010 sehingga 9 November 2010.

Pada 2013 Kelab divisyen tiga Jepun, FC Ryukyu telah menyatakan minat kepadanya untuk menyertai kelab tersebut selama dua tahun bersama seorang lagi pemain tonggak Harimau Muda A Nazirul Naim Che Hashim yang mengikat kontrak selama setahun. Pemergian Wan Zack dan Nazirul Naim ke Negara Matahari Terbit itu akan menjadi penanda aras kemampuan pemain negara untuk bersaing di pentas lebih tinggi dan FC Ryukyu tidak menghadapi masalah untuk terus merekrut bakat baru dari Malaysia. Prestasi Wan Zack telah lama di perhatikan oleh Kelab divisyen tiga Jepun, FC Ryukyu untuk bermain di kelab itu. Beliau juga pernah menjalani latihan di Okinawa selama dua minggu. Dia menyarung jersi bernombor 33. Wan Zack Haikal dan Nazirul Naim merupakan pemain Malaysia pertama yang bermain dalam Liga Bola Sepak Jepun (Japan Football League).[1] [2]

Wan Zack kembali ke Malaysia pada 2014. Selepas pulih dari kecederaan, dia kembali bermain di Liga Malaysia bersama Kelantan.[3] Dia membuat penampilan pertamanya bersama Kelantan dalam saingan Piala Malaysia 2014 bertemu Kedah pada 3 Oktober 2014. Musim 2015, dia bermain sebanyak 20 perlawanan dan menjaringkan 2 gol di Liga Super.[4] Secara keseluruhan dia beraksi sebanyak 33 perlawanan dan menjaringkan 4 gol dalam saingan Liga Malaysia musim 2015.[5]

Selepas bersama Kelantan, Wan Zack kembali ke Felda United. Dia membuat kemunculan pertama pada 21 Januari 2017 dalam perlawanan menentang PKNS. Musim berikutnya dia bermain sebanyak 19 perlawanan liga dan menjaringkan 6 gol sekaligus membantu Felda naik semula ke Liga Super dengan menjuarai Liga Premier

Musim 2019, Wan Zack berpindah ke Selangor.[6] Malangnya dia mendapat kecederaan ACL buat kali kedua dalam kerjayanya dan tersisih hampir 2 tahun sebelum kembali pada bulan Ogos 2020.[7]

Pada 2021, Wan Zack dilepaskan Selangor. Dia kemudian menyertai Perak.[8]

Remove ads

Statistik kerjaya

Pasukan kebangsaan

Sehingga perlawanan pada 5 Julai 2018.
Maklumat lanjut Pasukan kebangsaan, Tahun ...

Gol antarabangsa

Skor dan keputusan senarai matlamat Malaysia terlebih dahulu.
Maklumat lanjut #, Tarikh ...
Remove ads

Penghargaan

Harimau Muda A
Kelantan FA
Individu
  • Anugerah Pemain Muda Terbaik FAM: 2011
  • Pemain Paling Bernilai (MVP) Pestabola Merdeka: 2013
  • S League Yeo's People's Choice Awards: 2012
  • YEO's Young Player of the Year: 2012
  • Goal.com Asian Best XI: November 2012[9]

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads