Wee Jeck Seng

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng (Cina ringkas: 黄日昇, lahir 20 April 1964) ialah seorang ahli politik Malaysia dan kini menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi sejak 10 Mac 2020.[2] Beliau merupakan bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Beliau dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada 9 April 2009 di Putrajaya. Beliau kini juga merupakan Ahli Parlimen Tanjung Piai, Johor daripada parti Persatuan Cina Malaysia (MCA) yang juga merupakan sebahagian daripada Barisan Nasional. Pada peringkat parti, beliau juga merupakan Ketua MCA Bahagian Tanjung Piai dan Ahli Jawatankuasa (lantikan) MCA Pusat.

Fakta Segera Didahului oleh, Digantikan oleh ...
Remove ads

Latar belakang

Wee dilahirkan pada 20 April 1964 di Pontian, Johor. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dari Universiti Sunderland. Beliau berkahwin dengan Lin Ruyun.[3][4]

Kerjaya politik

Wee memulakan kerjaya politiknya sebagai setiausaha politik kepada Datuk Ong Ka Ting.

PRU 11

Pada Pilihan raya umum Malaysia 2004, beliau diberikan tanggungjawab untuk bertanding dan berjaya memenanginya dengan selesa untuk kerusi Dewan Negeri Johor bagi kerusi N.55 Pekan Nanas.

PRU 12

Bagi Pilihan raya umum Malaysia 2008, beliau sekali lagi diberikan tanggungjawab untuk mengisi kekosongan kerusi Parlimen Malaysia bagi kerusi P.165 Tanjong Piai ekoran Datuk Ong Ka Ting berhijarah untuk bertanding di kerusi Kulai.

Beliau berjaya menewaskan calon melayu dari Parti DAP yang dipimpin oleh saudara Ahmad bin Ton dengan majoriti yang besar. Selepas melakar kemenangan, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia bagi melengkapkan barisan Kabinet Abdullah II, pimpinan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi. Beliau terus memegang jawatan tersebut sehingga April 2009, pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum digugurkan pada Jun 2010 ekoran tewas di jawatan penting dalam parti MCA.

PRU 13

Pada Pilihan raya umum Malaysia 2013, beliau masih diberikan mandat oleh rakyat untuk memenangi kerusi Parlimen Tanjong Piai buat penggal kedua berturut-turut walaupun mendapat tentangan yang sengit lawannya dari Ketua pemuda DAP cawangan Tanjong Piai, saudara Mahdzir Ibrahim.

PRU 14

Bagi Pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau akhirnya berjaya ditewaskan oleh calon melayu dari Parti PPBM, Datuk Wira Dr. Mohamed Farid Md Rafik dengan majoriti 524 undi yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru yang lebih sengit berbanding dengan siri-siri PRU yang lepas.

PRK Tanjung Piai

Dato' Sri Dr Wee Jeck Seng yang mewakili Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai dengan majoriti 15,086 undi, menewaskan pencabarnya iaitu calon Pakatan Harapan, Hj Karmaine Saidini yang memperoleh undi sebanyak 10,380 pada 16 November 2019.

Remove ads

Pilihan raya kecil 2019

Pada 16 November 2019, Wee telah memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai dengan bilangan undian sebanyak 25,466 lantas mengalahkan pesaing beliau yang lain dengan majoriti sebanyak 15,086 undi. Calon pilihan raya yang bertanding termasuklah Hj Karmaine Saidini, Wendy Subramaniam, Dr Badrulhisham Abdul Aziz, Dr Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abdul Ghaffar.[5]

Keputusan pilihan raya

Maklumat lanjut Tahun, Kerajaan ...
Maklumat lanjut Tahun, Kerajaan ...
Remove ads

Penghargaan

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads