Shin Hye-jeong

From Wikipedia, the free encyclopedia

Shin Hye-jeong
Remove ads

Shin Hye-jeong (lahir 10 Ogos 1993), lebih dikenali sebagai Hyejeong, ialah seorang penyanyi dan pelakon Korea Selatan. Beliau merupakan ahli kumpulan wanita Korea Selatan, AOA dibawah FNC Entertainment.

Fakta Segera Hyejeong 신혜정, Maklumat latar belakang ...
Fakta Segera Hangul, Hanja ...
Remove ads

Biografi

Hyejeong dilahirkan pada 10 Ogos 1993, di Seoul, Korea Selatan.[1] Beliau mengambil bahagian dalam pertandingan supermodel sehingga pusingan penyingkiran ke-3. Di sana, seorang pengarah FNC Entertainment menjumpai beliau. Beliau kemudiannya menjadi pelatih FNC pada bulan Ogos 2010.

Karier

AOA

Pada 30 Julai 2012, Hyejeong membuat penampilan pertamanya sebagai ahli AOA dalam M! Countdown menerusi album pertama mereka, Angels' Story bersama lagu "Elvis".[2] AOA telah mengeluarkan 3 album mini dan 9 lagu single.

Hyejeong juga merupakan sebahagian daripada sub-unit AOA Cream bersama Yuna dan Kim Chanmi. Sub-unit ini mengeluarkan teaser pertama pada 1 Februari 2016.[3] Teaser video muzik untuk lagu "I'm Jelly Baby" dikeluarkan pada 4 Februari 2016.[4] AOA Cream mengeluarkan lagu ini bersama video muzik pada 12 Februari 2016.[5]

Karier solo

Pada 8 Ogos 2012, Hyejeong muncul dalam drama bersiri, A Gentleman's Dignity.[6]

Hyejeong muncul dalam video muzik F.T. Island untuk lagu "I Wish" dari album Five Treasure Box yang dikeluarkan pada 10 September 2012.[7]

Pada bulan Oktober 2012, beliau dipilih sebagai peranan pembantu dalam drama Cheongdam-dong Alice.[8][9]

Pada 19 Oktober 2012, Hyejeong bersama lapan bintang lain seperti Nam Ji-hyun dan Jun. K telah disahkan akan muncul dalam rancangan tvN, The Romantic & Idol.[10][11]

Pada 6 Ogos 2013, Hyejeong telah dipilih untuk drama The Blade and Petal.[12]

Hyejeong muncul dalam video muzik Phantom untuk lagu "Seoul Lonely" yang dikeluarkan pada 19 Mei 2014. Beliau juga ditampilkan dalam promosi di beberapa rancangan muzik dengan mengambil alih bahagian Gain di dalam lagu ini.[13]

Pada 4 Mac 2015, ia telah didedahkan bahawa Hyejeong akan menjadi sebahagian daripada rancangan varieti baru MBC, "Soulmate Returns".[14]

Remove ads

Filmografi

Drama televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Rancangan realiti

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Rancangan varieti

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Penampilan video muzik

Maklumat lanjut Tahun, Lagu ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads