Zamri Hashim

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Dato’ Haji Zamri Hashim (lahir 14 September 1971) ialah seorang ulama dan pegawai Islam di Malaysia. Beliau ialah Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Perak yang pertama dilantik sejak 2008 dan menjawat sehingga kini.[1] Beliau juga ialah Pengerusi Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (MUIS) sejak 2019.[2][3]

Fakta Segera Dato' HajiD.P.M.P., Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Perak ...
Remove ads

Latar belakang

Zamri dilahirkan pada 14 September 1971 di Sungai Sumun, Bagan Datuk, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di SRK Khir Johari (1978-1983), SMK Agama Perak (1984-1986) dan SMA Persekutuan Labu, Negeri Sembilan (1987-1988). Beliau menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di SM Raja Perempuan Taayah pada 1989, sebelum melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda di Universiti al-Azhar, Mesir sehingga 1994. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di Universiti Malaya sehingga 2011. Beliau turut mengambil Sijil Kursus Khas Pegawai Hal Ehwal Islam di London pada 2013.[4]

Remove ads

Anugerah dan pengiktirafan

  •  Perak
    • Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P.) - Dato' (2019)[5]

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads