Wan Zahidi Wan Teh

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Dato' Seri Haji Wan Zahidi bin Wan Teh ialah seorang ilmuwan Islam di Malaysia. Beliau telah dilantik sebagai Mufti Perak berkuat kuasa 1 Ogos 2022.[1] Beliau merupakan mantan Mufti Wilayah Persekutuan ke-6 bermula 21 Mac 2006 hingga 20 Mac 2014. Beliau menyandang tugas sebagai Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dari 2017 hingga 2022.

Fakta Segera Mufti Negeri Perak ke-9, Timbalan ...
Maklumat lanjut Gelaran ...
Remove ads

Latar belakang

Wan Zahidi dilahirkan pada 25 Julai 1942 di Kampung Kerunai, Gerik, Perak Darul Ridzuan. Beliau mula mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Kampung Kerunai, Gerik, Perak. Kemudian beliau belajar di Maahad Al Ehya Asshariff, Gunung Semanggol, Perak, Madrasah Al Mashoor , Pulau Pinang dan Sekolah Pondok Madrasah Muhammadiah Kubang Bemban, Pasir Mas, Kelantan. Dalam pengajian tinggi pula, beliau melanjutkan pengajian sarjana Muda Syariah di Universiti Al-Azhar, Mesir dan mengambil Diploma Am Pendidikan di Universiti Ain Shams, Mesir. Kemudian, beliau melanjutkan pengajian Sarjana dalam Usul Fiqh di Universiti Al-Azhar sehingga tahun 1974.

Remove ads

Jawatan

Remove ads

Khidmat

  • Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal-Ehwal Agama Islam Malaysia (2017-2022)[2]
  • Anggota Lembaga Pengarah Universiti, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) - 2019-2021
  • Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
  • Ahli Lembaga Pengarah Harta Suci Sdn. Bhd.(PPZ)
  • Ahli Pemegang Amanah YADIM.

Penulisan

  • Malaysia Sebuah Negara Islam.
  • Pelaksanaan Siasah Syar'iyyah dalam Pentadbiran Kerajaan.
  • Identiti dan Kandungan Pendidikan Islam.
  • Masalah Takrif Dalam Masyarakat Islam .
  • Masjid Sebagai Institusi Di bawah Hak Sultan
  • Nasihat Sebagai Kaedah dalam hubungan antara ulama', umara' dan ummah

Anugerah dan pengiktirafan

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads