nombor asli From Wikipedia, the free encyclopedia
5 (lima, Jawi: ليم) ialah suatu nombor, angka dan glif. Ia merupakan nombor asli selepas 4 dan sebelum 6.
| ||||
---|---|---|---|---|
Senarai nombor — Integer | ||||
Kardinal | lima | |||
Ordinal | ke-5 (kelima) | |||
Sistem angka | perlimaan/kuinari | |||
Pemfaktoran | prime | |||
Perdana | ke-3 | |||
Pembahagi | 1,5 | |||
Angka Rumi | V, v | |||
Awalan Sanskrit | panca- | |||
Awalan Yunani | penta-/pent- | |||
Awalan Latin | quinque-/quinqu-/quint- | |||
Perduaan | 1012 | |||
Pertigaan | 123 | |||
Kuarterner | 114 | |||
Perlimaan | 105 | |||
Perenaman | 56 | |||
Perlapanan | 58 | |||
Perduabelasan | 512 | |||
Perenambelasan | 516 | |||
Perduapuluhan | 520 | |||
Asas 36 | 536 | |||
Yunani | ε (or Ε) | |||
Arabic, Kurdish | ٥ | |||
Persian, Sindhi, Urdu | ۵ | |||
Ge'ez | ፭ | |||
Benggali | ৫ | |||
Kannada | ೫ | |||
Punjabi | ੫ | |||
Cina | 五,伍 | |||
Devanāgarī | ५ | |||
Ibrani | ה | |||
Khmer | ៥ | |||
Telugu | ౫ | |||
Malayalam | ൫ | |||
Tamil | ௫ | |||
Thai | ๕ |
Cari lima dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
Imbuhan awal SI untuk 10005 ialah peta (P), dan salingannya femto (f).
Perkataan "lima" turunan akar Proto-Austronesia *lima bererti asal "tangan" yang kemudian teralih makna di luar pulau Taiwan, maksud asal anggota badan ini masih terpelihara dalam bahasa-bahasa Tayal (ima) dan Sau (rima) asli pulau tersebut yang bertindihan dengan maksud bilangan demikian secara kiasan (yakni imagal dalam bahasa Tayal); sedangkan, bahasa-bahasa sepulau lain menggunakan kata turunan *kamay untuk "tangan" (juga terwaris luar Taiwan seperti pada Tagalog: ᜃᜋᜌ᜔, rumi: kamay ) manakala maksud bilangan 5 terungkap berasingan dengan kata turunan *xasəb.[1]
Imbuhan awal yang digunakan berkaitan nombor ini adalah panca- (Jawi: ڤنچ pra-1983 ڤنچا pasca-1983)[2] yang meminjam dari bahasa Sanskrit iaitu पञ्चन् páñcan.[3]
Lima ialah nombor perdana ketiga, selepas 2 dan 3, dan sebelum 7. Oleh sebab ia dapat ditulis sebagai 2^(2^1)+1, lima diklasifikasikan sebagai perdana Fermat.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.