Majlis Anugerah Akademi ke-71 dianjurkan oleh Akademi Sains dan Seni Perfileman (AMPAS) memberikan penghargaan kepada filem-filem terbaik tahun 1998 dan berlangsung pada Mac 21, 1999 di Dorothy Chandler Pavilion, Los Angeles. Semasa majlis, Akademi Sains dan Seni Perfileman mempersembahkan Anugerah Akademi (secara umumnya dirujuk sebagai Oskar) dalam 24 kategori. Majlis ini disiarkan di Amerika Syarikat oleh ABC, diterbitkan oleh Gil Cates dan diarahkan oleh Louis J. Horvitz.[3][4]Whoopi Goldberg mengacarakan majlis ini buat kali ketiga.[5] Beliau pertama kali mengacara semasa Anugerah Akademi ke-66 pada tahun 1994 dan kali terakhir semasa Anugerah Akademi ke-68 pada tahun 1996.[6] Dalam sebuah majlis di Hotel Regent Beverly Wilshire, Beverly Hills, California pada Februari 27, Anugerah Akademi untuk Pencapaian Teknikal diacarakan oleh Anne Heche.[7]
Fakta Segera Tarikh, Tempat ...
Anugerah Akademi ke-71
Tarikh
Mac 21, 1999
Tempat
Dorothy Chandler Pavilion Los Angeles, California, A.S.
Shakespeare in Love memenangi tujuh anugerah termasuk Filem Terbaik.[8] Pemenang-pemenang yang lain termasuk Saving Private Ryan dengan lima anugerah, Life Is Beautiful dengan tiga anugerah dan Affliction, Bunny, Election Night, Elizabeth, Gods and Monsters, The Last Days, The Personals, The Prince of Egypt dan What Dreams May Come dengan satu anugerah.
Pemenang-pemenang diumumkan semasa majlis anugerah pada Mac 21, 1999.[11]Life Is Beautiful merupakan filem kedua dicalonkan untuk Filem Terbaik dan Filem Bahasa Asing Terbaik pada tahun yang sama.[12]
"A Soft Place to Fall" dari The Horse Whisperer– Muzik dan lirik oleh Allison Moorer dan Gwil Owen
"The Prayer" dari Quest for Camelot– Muzik oleh Carole Bayer Sager dan David Foster; Lirik oleh Carole Bayer Sager, David Foster, Tony Renis dan Alberto Testa
"Oscar loves 'Shakespeare' Bard's film takes 7 Academy Awards; Benigni, Paltrow named best actors". San Antonio Express-News. Hearst Corporation. March 22, 1999. m/s.1D.
Kinn, Gail; Piazza, Jim (2002), The Academy Awards: The Complete Unofficial History, New York, United States: Workman Publishing Company, ISBN978-1579123963
Osborne, Robert (2013). 85 Years of the Oscar: The Complete History of the Academy Awards. New York, United States: Abbeville Publishing Group. ISBN0-7892-1142-4.CS1 maint: postscript (link) CS1 maint: ref=harv (link)
Pond, Steve (2005), The Big Show: High Times and Dirty Dealings Backstage at the Academy Awards, New York, United States: Faber and Faber, ISBN0-571-21193-3