jenis kain, pakaian, dan teknik bangsa Jawa berasal daripada pulau Jawa From Wikipedia, the free encyclopedia
Batik (Jawi dan Pegon: باتيق, Hanacaraka: ꦧꦛꦶꦏ꧀ bathik) ialah jenis kain yang lazim serantau kepulauan Nusantara dicorakkan dengan bahan lilin melalui pelbagai kaedah, antaranya termasuk kaedah tulis, skrin, celup, dan terap.[3][4][2] Di Nusantara, semua bahan untuk proses itu sedia ada – kapas dan lilin lebah serta tumbuhan yang menghasilkan pewarna sayuran yang berbeza.[5]
Pendidikan dan Latihan dalam Batik | |
---|---|
Negara | Indonesia |
Domain | Ketukangan tradisional, tradisi lisan dan ungkapan, amalan sosial, ritual dan acara perayaan (Traditional craftsmanship, oral traditions and expressions, social practices, rituals and festive events) |
Rujukan | [https://ich.unesco.org/en/RL/00318 ] |
Kawasan | Asia-Pasifik |
Sejarah inskripsi | |
Inskripsi | 2009 (sesi 4th) |
Senarai | Good Safeguarding Practices |
Batik Indonesia | |
---|---|
Negara | Indonesia |
Domain | Ketukangan tradisional, tradisi lisan dan ungkapan, amalan sosial, ritual dan acara perayaan (Traditional craftsmanship, oral traditions and expressions, social practices, rituals and festive events) |
Rujukan | [https://ich.unesco.org/en/RL/00170 ] |
Kawasan | Asia-Pasifik |
Sejarah inskripsi | |
Inskripsi | 2009 (sesi 4th) |
Senarai | Representative |
Seni ini mula-mula dikembangkan oleh masyarakat pulau Jawa yang menyebar ke pulau-pulau serantau. Sejak pemisahan oleh para penjajah Barat dan kemerdekaan bekas-bekas jajahan ini, negara-negara moden sinambungan Indonesia dan Malaysia meneruskan seni batik yang sedia ada berdasarkan unsur masyarakat tersendiri:[6]
Sesetengah saintis seperti G. P. Rouffaer dan Juynboll mencadangkan bahawa Batik mungkin atau boleh jadi berdasarkan teknik yang diperkenalkan pada abad ke-6 atau ke-7 dari India atau Sri Lanka.[8][9] Sesetengah sarjana bagaimanapun membantah bahawa persamaan corak tidak semata-mata buat kesimpulan bagi batik kerana ia boleh jadi dibuat dengan beberapa teknik yang tidak berkaitan.[10] Lanjutnya, kerana perkataan "batik" tidak disebut dalam mana-mana sumber sebelum kedatangan Islam, terdapat juga cadangan bahawa batik hanya berkembang pada akhir zaman Hindu-Buddha di Jawa iaitu sejak abad ke-16 selepas kejatuhan Majapahit. Pada masa ini, terdapat corak-corak baru yang dikenali sebagai batik moden bagi memenuhi cita rasa pengguna yang sentiasa berubah-ubah, tetapi batik tradisi turut dihasilkan di samping itu.
Keseluruhan teknik, teknologi, dan perkembangan motif dan budaya batik di negara moden Indonesia termasuk industri tempatan telah ditetapkan pihak UNESCO sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara sejak 2 Oktober 2009.[1]
Perkataan ini berasal daripada Jawa: ꦲꦩ꧀ꦧꦛꦶꦏ꧀, translit. ambathik hasil lakuran kata ꦲꦩ꧀ꦧ amba bererti "lebar" atau "luas" (merujuk kepada kain dicanting) dan ꦤꦶꦛꦶꦏ꧀ nithik yang bererti "membuat titik"[1][11][12] selanjutnya membawa maksud "menghubungkan titik-titik menjadi gambar tertentu pada kain yang luas atau lebar".[13]
Pada awalnya baju batik kerap dikenalkan pada acara acara rasmi untuk menggantikan baju jas. Tetapi dalam perkembangannya pada masa Orde Baru, baju batik juga mulai dipakai sebagai pakaian rasmi pelajar sekolah (kecuali sekolah menengah kejuruan kerana biasanya memakai pakaian seragam) dan pegawai negeri (batik Korpri) yang menggunakan seragam batik pada hari Rabu dan Khamis. Perkembangan selanjutnya, batik mulai bergeser menjadi pakaian seharian terutama digunakan oleh kaum wanita. Pegawai swasta biasanya memakai batik pada hari Khamis atau Jumaat.[perlu rujukan] Tetapi khusus untuk provinsi Riau dan Kepulauan Riau, penggunaan pakaian pada hari Rabu dan Khamis biasanya memakai Baju Kurung.[perlu rujukan]
Indonesia meraikan Hari Batik Nasional pada 2 Oktober setiap tahun sejak 2009 selepas batik mendapat pengikitrafan daripada UNESCO.[14]
Mulai 17 Januari 2008, semua kakitangan awam lelaki di Malaysia dikehendaki memakai baju batik Malaysia pada setiap hari Khamis. Sebelum ini peraturan memakai baju batik hanya pada hari Sabtu sahaja. Hari pemakaian baju batik ini kemudiannya diubah kepada 1 hari bulan dan 15 hari bulan. Akan tetapi, orang ramai mudah lupa menyebabkan pengembalian semula kepada sistem lama berdasarkan hari.[15]
Malaysia meraikan Hari Batik Malaysia pada 3 Disember setiap tahun sejak 2021 sebagai penghargaan atas inisiatif yang dilakukan Datin Paduka Seri Endon Mahmood yang melancarkan gerakan Batik Malaysia: Dibuat Untuk Dunia pada 3 Disember 2003 untuk membawa batik Malaysia ke arena antarabangsa.[16]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.