Syarikat penerbangan Kebangsaan Korea Selatan (Republik Korea) From Wikipedia, the free encyclopedia
Korean Air Lines Co., Ltd. (Hangul: 주식회사 대한항공; Hanja: 株式會社 大韓航空; RR: Jusikhoesa Daehan Hanggong), didagangkan sebagai Korean Air (KSE: 003490) adalah syarikat penerbangan kebangsaan dan syarikat penerbangan terbesar Korea yang berpusat di Seoul, Korea Selatan. Ditubuhkan pada 1946 sebagai Korean National Airlines tetapi diganti nama selepas berakhirnya Pendudukan Jepun. KAL mempunyai kemalangan yang membawa maut antara 1970 hingga 1999, yang terakhirnya ialah Penerbangan 8509 Korean Air Cargo.
| |||||||
Ditubuhkan | 1946 1962 (Tarikh ditubuhkan sebagai Korean Air Lines) 1 Mac 1969 (Tarikh ditubuhkan selepas Kumpulan Hanjin memperoleh Syarikat Penerbangan Korean Air Lines milik kerajaan Korea Selatan) | (Tarikh ditubuhkan sebagai Korean National Airlines) ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Bermula operasi | 26 April 1971 (Operasi pengangkutan jarak jauh diperkenalkan) | ||||||
Hab | |||||||
Bandar tumpuan | |||||||
Program kesetiaan | SKYPASS | ||||||
Perikatan | SkyTeam SkyTeam Cargo | ||||||
Subsidiari | Jin Air | ||||||
Pesawat | 173 (jumlah keseluruhan armada untuk masa kini) (termasuk jumlah keseluruhan armada cargo dan armada jet perniagaan) | ||||||
Destinasi | 210 (jumlah keseluruhan destinasi) 150 (dari Rujukan) [1] 143 (tidak termasuk destinasi yang ditamatkan) + 4 destinasi musiman | ||||||
Syarikat induk | Hanjin (Kumpulan Hanjin) (33.34%) (1969-kini) [2] | ||||||
Diniagakan sebagai | KSE: 003490 | ||||||
Ibu pejabat | Gonghang-dong, Gangseo-gu, Seoul, Korea Selatan | ||||||
Orang penting | Walter Cho (Pengerusi dan Ketua Eksekutif) | ||||||
Pendapatan | ▲ USD (US$13.24 bilion) (2014)[3] | ||||||
Pendapatan operasi | ▲ USD (US$25 juta) (2014)[3] | ||||||
Pendapatan bersih | ▲ USD (US$233 juta) (2014)[3] | ||||||
Jumlah aset | ▲ USD (US$17.6 bilion) (2014)[3] | ||||||
Jumlah ekuiti | ▲ USD (US$21.6 bilion) (2014)[3] | ||||||
Laman web | www www |
Hangul | 대한항공 |
---|---|
Hanja | 大韓航空 |
Perumian Semakan | Daehan Hanggong |
McCune–Reischauer | Taehan Hanggong |
Bahagian penumpang antarabangsa Korean Air dan bahagian kargo anak syarikat berkaitan melayani 126 bandar di 44 negara, sementara bahagian domestiknya melayani 13 destinasi. Ia adalah antara 20 syarikat penerbangan teratas di dunia dari segi penumpang yang dibawa dan juga merupakan satu diantara syarikat penerbangan kargo antarabangsa yang teratas. Terminal 2 di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon berfungsi sebagai hab antarabangsa Syarikat Penerbangan Korean Air. Korean Air juga mengekalkan kampus ibu pejabat satelit di Incheon. Majoriti juruterbang, staf darat, dan pramugari Korean Air berpusat di Seoul.[perlu rujukan] Syarikat penerbangan tersebut mempunyai kira-kira sebanyak 20,540 pekerja setakat Disember 2014.[4]
Korean Air diasaskan oleh Kerajaan Korea Selatan pada tahun 1962 dengan nama dagangnya iaitu Korean Air Lines untuk menggantikan myarikat penerbangan Korean National Airlines, dimana ia telah diasaskan pada tahun 1946. Pada 1 Mac 1969, Kelompok Hanjin telah memperoleh syarikat penerbangan itu.[5][6] Operasi pengangkutan jarak jauh diperkenalkan pada 26 April 1971, diikuti oleh perkhidmatan penumpang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles pada 19 April 1972.[7]
Penerbangan antarabangsa ke Hong Kong, Taiwan dan Los Angeles mula diterbangkan dengan Armada siri Boeing 707 hingga pengenalan Armada siri Boeing 747 pada tahun 1973. Pada tahun 1973, syarikat penerbangan itu telah memperkenalkan Armada Boeing siri 747 di laluan Pasifiknya dan memulakan perkhidmatan Eropah ke Paris, Perancis menggunakan Armada siri 707 dan kemudian menggunakan Armada McDonnell Douglas DC-10. Pada tahun 1975, syarikat penerbangan tersebut menjadi satu diantara syarikat penerbangan Asia paling awal yang mengoperasikan pesawat berjenis Airbus dengan pembelian sebanyak tiga Armada Airbus A300, untuk berkhidmat di laluan Asia.[8] Oleh kerana pesawat Korea Selatan dilarang terbang di ruang udara Korea Utara dan Kesatuan Soviet pada ketika itu, laluan Eropah harus dirancang ke arah timur dari Korea Selatan, seperti penerbangan dengan laluan Gimpo - Anchorage - Paris.
Atas biru, perak dan direka cipta semula untuk menyeragamkan dengan logo syarikat baharu "Korean Air" yang di mana menampilkan reka bentuk Taegeuk yang diperkenalkan pada 1 Mac 1984, dan nama syarikat penerbangan itu bertukar menjadi Korean Air dari Korean Air Lines. Penyeragaman ini diperkenalkan pada Armada siri Fokker F28 Fellowship dan armada siri Boeing 747-300. Ia dirancang dengan kerjasama antara Korean Air dan Boeing. Pada tahun 1990-an, Korean Air menjadi syarikat penerbangan pertama yang menggunakan Armada siri McDonnell Douglas MD-11 yang baharu untuk menambah armada pesawat Boeing 747-400 yang baharu; namun begitu, MD-11 tidak memenuhi syarat prestasi syarikat penerbangan dan akhirnya mereka menukarkan menjadi kapal barang (Pesawat pengangkut Barang). Beberapa pesawat siri 747 yang lebih tua juga ditukar untuk perkhidmatan pengangkutan.[5][6][9]
Pada 5 Jun 2007, Korean Air mengatakan bahawa akan menubuhkan syarikat penerbangan tambang rendah baharu yang dikenali sebagai Jin Air di Korea untuk bersaing dengan sistem rangkaian kereta api berkelajuan tinggi Korea KTX, yang menawarkan tambang yang lebih murah dan prosedur keselamatan yang kurang ketat berbanding dengan perjalanan udara. Syarikat Penerbangan Jin Air telah memulakan perkhidmatan penumpang berjadual dari Seoul ke Jeju pada 17 Julai 2008. Korean Air mengumumkan bahawa beberapa pesawat siri 737 dan siri A300 akan diberikan kepada Syarikat Penerbangan Jin Air.
Menjelang tahun 2009, imej Korean Air menjadi lebih berprestij, berbeza dengan imej syarikat penerbangan akhir 1990-an, yang telah dicemari oleh beberapa kemalangan maut.[10]
Pada pertengahan tahun 2010, kesepakatan pemasaran bersama antara syarikat permainan Blizzard Entertainment menghantar siri 747-400 dan siri 737-900 ke langit yang dilabut dengan jenama permainan video StarCraft II. Pada Ogos 2010, Korean Air mengumumkan kerugian pada suku kedua yang besar walaupun pendapatannya tinggi.[11] Pada Ogos 2010, Hanjin Group iaitu induk KAL, telah membuka terminal kargo baharu di Navoi di Uzbekistan, yang akan menjadi hab kargo dengan penerbangan tetap dengan laluan Incheon-Navoi-Milan.[12]
Pada tahun 2013, syarikat penerbangan Korean Air telah memperoleh 44% pegangan di syarikat penerbangan Czech Airlines.[13] Ia menjual saham pada Oktober 2017. Pada 1 Mei 2018, syarikat penerbangan itu melancarkan usaha sama dengan syarikat penerbangan Delta Air Lines.[14]
Pada 16 November 2020, Kerajaan Republik Korea secara rasmi mengumumkan bahawa Asiana Airlines akan diambil alih oleh Korean Air, yang akan memperoleh 30.77% pegangan dalam Asiana daripada Korea Development Bank.[15] Korea Development Bank, sebuah bank yang dimiliki kerajaan di Korea, akan memberikan 800 bilion won kepada Hanjin KAL, syarikat induk Korean Air.[15] Kedua-dua syarikat penerbangan itu akan beroperasi sebagai jenama berasingan sehingga penyepaduan selesai.[16] Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan akan menyepadukan anak syarikat Air Busan, Air Seoul dan Jin Air. Gabungan syarikat penerbangan tambang rendah itu akan memberi tumpuan kepada lapangan terbang serantau di Korea dan penerbangan laluan serantau Asia-Pasifik.[17] Bila Asiana Airlines akan menarik diri daripada perikatan Star Alliance tidak diketahui, kerana jenama yang masih hidup, Korean Air, ialah syarikat penerbangan pengasas dalam pakatan saingan SkyTeam.
Pada Mac 2021, Korean Air mengumumkan akan menangguhkan penggabungan dengan Asiana Airlines kerana kelewatan kelulusan antitras daripada kerajaan dan enam pihak berkuasa asing (Amerika Syarikat, China, Jepun, Vietnam, Taiwan dan Thailand). Korean Air akan mengendalikan Asiana Airlines sebagai anak syarikat untuk dua tahun akan datang, selepas itu ia akan menggabungkan operasinya, IT dan sistem lain ke dalam sistem tunggal sehingga 2024.[18][19] Setelah penggabungan selesai kelak, Asiana Airlines boleh menjadi ahli SkyTeam. Menurut The Korea Times, hanya Turki yang telah meluluskan perjanjian antitras setakat ini.[20] On June 30, 2021, the post-merger plans between two airlines were reported to have been finalized and approved by Korea Development Bank.[21] Pada Ogos 2021, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia meluluskan penggabungan antara Korean Airlines dan Asiana Airlines, yang mewujudkan kecekapan ekonomi dan faedah sosial.[22]
Pada 11 Julai 2022, laporan di Centre for Aviation mengatakan bahawa Korean Air menunjukan keyakinan pada persetujuan pengambilahlian dan penggabungan Asiana Airlines dengan syarikat penerbangan Korean Air, yang diikuti dengan tahap selanjutnya iaitu, Integrasi (Persepaduan).[23] OLeh itu, Korean Air sedang membuat kemajuan untuk mendapatkan kelulusan daripada pengawal selia AS dan Eropah untuk pengambilalihan Asiana Airlines, meningkatkan peluang bahawa perjanjian itu akan diselesaikan tahun 2022. Korean Air juga sedang mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa persaingan di beberapa negara, yang mewakili langkah-langkah yang paling penting sebelum perjanjian itu boleh dimuktamadkan. Daripada jumlah ini, kelulusan dari pihak AS dan Kesatuan Eropah dilihat sebagai pencapaian utama. Korean Air juga menganggarkan bahawa ia akan mengambil masa dua tahun untuk menyepadukan sepenuhnya Asiana selepas pengambilalihan dimuktamadkan.[24]
Pada 26 Disember 2022, Kementerian Perdagangan Republik Rakyat China mengumumkan kelulusan gabungan perniagaan Korean Air dengan Asiana Airlines.[25] Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat menyekat perjanjian itu pada Mei 2023 dengan alasan kebimbangan monopoli.[26]
pada bulan Disember 2023, di laman aeroroutes, ada diumumkan bahawa, Korean Air telah merancang untuk menambah destinasi musiman antarabangsa ke Laos, dengan masa yang terhad, pada laluan Seoul/Incheon - Vientiane, dari 4 Januari hingga 8 Februari 2024 [27].
juga di bulan dan di laman yang sama, ada diumumkan bahawa, Korean Air, telah merancang untuk menambah 1 destinasi musiman antarabangsa ke Jepun, dengan laluan tanpa henti antara Seoul/Incheon - Nanki-Shirahama, dengan masa dan tarikh yang terhad pada bulan Februari 2024 [28].
selain itu ada diumumkan iaitu, rancangan untuk memulakan semula laluan Tokyo/Narita - Honolulu, telahpun dibatalkan, bermula 27 Disember 2023, namun tetap mengkekalkan laluan Seoul/Incheon - Tokyo/Narita [29].
pada penghujung bulan Januari 2024, di laman aeroroutes, ada diumumkan bahawa, Korean Air telahpun merancang untuk memulakan semula 2 destinasi antarabangsa ke China, dengan laluan Seoul/Incheon - Zhangjiajie, yang akan dimulakan semula pada 23 April 2024 [30], dan Seoul/Incheon - Zhengzhou 24 April 2024 [30].
pada penghujung April 2024, Korean Air telahpun merancang untuk memulakan semula destinasi antarabangsa ke Republik Rakyat China, dengan laluan tanpa henti antara Seoul/Incheon dan Makau, yang akan dimulakan semula pada 1 Julai 2024 [31].
pada awal Mei 2024, Korean Air telahpun merancang untuk memulakan destinasi antarabangsa baharu ke Portugal, dengan melancarkan laluan tanpa henti antara Seoul/Incheon dan Lisbon, yang akan dimulakan pada 11 September 2024, dengan kekerapan penerbangan 3 kali seminggu [32].
Ibu pejabat syarikat penerbangan Korean Air (대한항공 빌딩) terletak di Gonghang-dong, Gangseo-gu di Seoul. Korean Air juga memiliki pejabat di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpo di Seoul. Hab lainnya Korean Air di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju, Jeju dan Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae, Busan.[33][7] Kemudahan penyelenggaraan terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae.
Korean Air menawarkan sebanyak 126 destinasi antarabangsa di 44 negara di 5 benua, tidak termasuk Perkongsian Kod. Hab antarabangsa syarikat penerbangan ini ialah Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon. Syarikat penerbangan ini juga terbang ke 13 destinasi domestik. Syarikat penerbangan ini beroperasi antara Incheon dan sebanyak 22 bandar di Republik Rakyat China, dan bersama dengan Syarikat Penerbangan Asiana Airlines, ia adalah satu diantara daripada dua syarikat penerbangan asing terbesar yang beroperasi ke Republik Rakyat China.[34]
Syarikat Penerbangan Korean Air mempunyai perjanjian perkongsian kod dengan syarikat penerbangan berikut:[35][36]
Syarikat Penerbangan Korean Air mempunyai perjanjian antara syarikat dengan Syarikat Penerbangan berikut:
Setakat Julai 2020[kemas kini], Armada Korean Air terdiri dari jenis Pesawat Berikut:[48][49][50][51][52]
Pesawat | Dalam Perkhidmatan | Tempahan | Penumpang | Nota | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|
F | P | E | Total | ||||
Airbus A220-300[53] | 10 | — | — | — | 140 | 140 | Tempah dengan 10 pilihan dan 10 Hak Tempah[54] |
Airbus A321neo | — | 30 | TBA | Tempah dengan 20 pilihan.[55] | |||
Airbus A330-200[56] | 8 | — | — | 30 | 188 | 218 | |
Airbus A330-300[57] | 21 | — | — | 24 | 248 | 272 | |
24 | 252 | 276 | |||||
24 | 260 | 284 | |||||
Airbus A380-800[58][59][60] | 10 | — | 12 | 94 | 301 | 407 | |
Boeing 737-800[61] | 6 | — | — | 12 | 126 | 138 | |
135 | 147 | ||||||
Boeing 737-900[62] | 16 | — | — | 8 | 180 | 188 | |
Boeing 737-900ER[63] | 6 | — | — | 12 | 147 | 159 | |
Boeing 737 MAX 8 | — | 30 | TBA | Tempah dengan 20 pilihan.[64] | |||
Boeing 747-400[65] | 2 | — | 12 | 24 | 368 | 404 | |
Boeing 747-8I[66] | 10 | — | 6 | 48 | 314 | 368 | |
Boeing 777-200ER[67] | 13 | — | 8 |
28 |
212 | 248 | |
8 | 28 | 225 | 261 | ||||
Boeing 777-300[68] | 4 | — | 6 | 35 | 297 | 338 | |
Boeing 777-300ER[69] | 26 | — | 8 | 42 | 227 | 277 | |
8 | 56 | 227 | 291 | ||||
Boeing 787-9[70] | 10 | 10[71] | — | 24 | 245 | 269 | Tempah dengan 10 pilihan.[72] Tempahan telah dipindahkan dari Siri 787-8.[73][74] |
Boeing 787-10 | — | 20[71] | TBA | ||||
Armada Korean Air Cargo | |||||||
Boeing 747-400ERF | 4 | — | Cargo | ||||
Boeing 747-8F | 7 | — | Cargo | ||||
Boeing 777F | 12 | — | Cargo | ||||
Armada Jet Perniagaan Korean Air[75][76] | |||||||
AgustaWestland AW139 | 4 | — | 8–14 | ||||
Boeing 737-700/BBJ1 | 1 | — | 16–26 | ||||
Bombardier Global Express XRS | 1 | — | 13 | ||||
Gulfstream G650ER | 1 | — | 13 | [77] | |||
Sikorsky S-76+ | 1 | — | 5–6 | ||||
Total | 173 | 90 |
Syarikat penerbangan Korean Air telah mengoperasikan jenis armada Pesawat sebagai berikut:[78][79][80][81][82]
Pesawat | Total | Tarikh Diperkenalkan | Tarikh Bersara | Digantikan dengan | Nota |
---|---|---|---|---|---|
Airbus A300B4-2C | 8 | 1975 | 1997 | Airbus A330 | |
Airbus A300B4-200F | 2 | 1986 | 2000 | Tiada | |
Airbus A300-600R | 28 | 1987 | 2012 | Airbus A330 | |
2 | Tiada | ditukar menjadi pengangkut barang dan dipindahkan ke Korean Air Cargo (Pengangkutan Barang) | |||
Airbus A300-600RF | 2 | 2015 | 2015 | Tiada | |
Airbus A330-300 | 1 | 2001 | 2013 | Tiada | Disewa ke Syarikat Penerbangan Czech Airlines. |
Boeing 707-320B | 4 | 1971 | 1989 | Boeing 747-200B | |
1 | 1978 | Tiada | ditembak jatuh sebagai Penerbangan KE902 | ||
Boeing 707-320C | 7 | 1971 | 1989 | Boeing 747-200B | |
1 | 1989 | Tiada | hancur sebagai Penerbangan KE858 | ||
Boeing 720 | 2 | 1969 | 1976 | Boeing 747-200B | |
Boeing 727-100 | 5 | 1972 | 1985 | Boeing 737 Next Generation | |
Boeing 727-200 | 12 | 1980 | 1996 | Boeing 737 Next Generation | |
Boeing 737-700/BBJ1 | 1 | 2008 | 2018 | Tiada | |
Boeing 737-800 | 2 | 2007 | 2019 | Airbus A220-300 | |
20 | 2000 | 2020 | dipindahkan ke Anak Syarikat Jin Air. | ||
Boeing 747-200B | 9 | 1978 | 1998 | Boeing 747-400 | |
2 | ditukar menjadi pengangkut barang dan dipindahkan ke Korean Air Cargo (Pengangkutan Barang) | ||||
1 | 1983 | Tiada | ditembak jatuh sebagai Penerbangan KE007 | ||
1 | 1979 | dihancurkan sebagai Penerbangan KE015 | |||
Boeing 747-200C | 2 | 1973 | 2000 | Tiada | |
Boeing 747-200F | 7 | 1978 | 2006 | Boeing 747-400F | |
1 | 1999 | Tiada | terhempas sebagai Penerbangan KE8509 | ||
Boeing 747-200SF | 2 | 1991 | 2002 | Boeing 747-400F | |
Boeing 747-300 | 1 | 1984 | 2006 | Boeing 747-400 | |
1 | 1997 | Tiada | terhempas sebagai Penerbangan KE801 | ||
Boeing 747-300M | 1 | 1988 | 2001 | Boeing 747-400M | |
Boeing 747-300SF | 1 | 2001 | 2006 | Boeing 747-400F | |
Boeing 747-400BCF | 9 | 2007 | 2014 | Boeing 777F | ditukar dari Armada Boeing Siri 747-400. |
Boeing 747-400F | 10 | 1996 | 2018 | Boeing 777F | |
Boeing 747-400M | 1 | 1990 | 2010 | Boeing 777-300ER | |
Boeing 747SP | 2 | 1981 | 1998 | Boeing 777-200ER | |
Boeing 777-200ER | 1 | 1997 | 2020 | Boeing 787-9 | |
4 | 2005 | 2016 | dipindahkan ke Anak Syarikat Jin Air. | ||
Bombardier Global Express XRS | 2 | 2011 | 2017 | Tiada | |
CASA C-212 | Tidak diketahui | Tidak diketahui | Tidak diketahui | Tiada | |
Douglas DC-3 | 2 | 1950 | 1970 | Tidak diketahui | |
Douglas DC-4 | 2 | 1953 | 1969 | Tidak diketahui | |
Douglas DC-8-60 | 6 | 1972 | 1976 | Boeing 707 | |
Eurocopter EC135-P2+ | 5 | 2011 | 2018 | Tiada | |
Eurocopter EC155-B1 | 2 | 2004 | 2018 | Tiada | |
Fairchild-Hiller FH-227 | 2 | 1967 | 1970 | NAMC YS-11A-200 | |
Fokker F27-200 | 3 | 1963 | 1980 | Fokker F27-500 | |
Fokker F27-500 | 3 | 1969 | 1991 | Fokker F28-4000 | |
Fokker F27-600 | 1 | 1982 | 1986 | Fokker F28-4000 | |
Fokker F28-4000 | 4 | 1984 | 1993 | Boeing 737 Next Generation | |
Fokker 100 | 12 | 1992 | 2004 | Boeing 737 Next Generation | |
Gulfstream IV | 1 | 1994 | 2012 | Boeing BBJ1 | |
Lockheed L-749A Constellation | Tidak diketahui | Tidak diketahui | Tidak diketahui | Tiada | |
McDonnell Douglas DC-9-32 | 2 | 1967 | 1972 | Boeing 727 | |
McDonnell Douglas DC-10-30 | 4 | 1975 | 1996 | McDonnell Douglas MD-11 | |
1 | 1997 | Tiada | Terhempas sebagai Penerbangan KE803 | ||
McDonnell Douglas DC-10-30CF | 1 | 1978 | 1983 | Tiada | |
McDonnell Douglas MD-11 | 5 | 1991 | 1995 | Airbus A330 Boeing 777 |
ditukar menjadi pengangkut barang dan dipindahkan ke Korean Air Cargo (Pengangkutan Barang) |
McDonnell Douglas MD-11F | 4 | 1995 | 2005 | Boeing 747-400BCF | |
1 | 1997 | Tiada | terhempas sebagai Penerbangan KE6316 | ||
McDonnell Douglas MD-82 | 9 | 1993 | 2001 | Boeing 737 Next Generation | |
McDonnell Douglas MD-83 | 7 | 1994 | 2001 | Boeing 737 Next Generation | |
1 | 1997 | Tiada | terhempas sebagai Penerbangan KE1533 | ||
NAMC YS-11A-200 | 7 | 1968 | 1976 | Boeing 727 | |
Pada Perhimpunan Persatuan Penerbangan Asia Pasifik pada tahun 2018, Korean Air mengumumkan bahawa mereka sedang mempertimbangkan tempahan pesawat berbadan lebar yang baharu untuk menggantikan Armada Pesawat yang lebih lama dengan siri Airbus A330, Boeing 747-400, Boeing 777-200ER dan Boeing 777-300. Jenis yang dipertimbangkan untuk penggantian pesawat berbadan lebar yang lama dalam armada termasuk siri Boeing 777X dan siri Airbus A350 XWB.[83]
Pada Mesyuarat Agung Tahunan International Air Transport Association (AGM IATA) di Seoul, Pengerusi Walter Cho mengatakan bahawa tempahan Armada Pesawat yang berbadan Lebar untuk Korean Air sudah hampir dan ia sedang mempertimbangkan tempahan Armada tambahan Keluarga Airbus A220 termasuk membangun versi yang ditubuhkan iaitu, Armada Airbus dengan siri A220-500.[84]
Korean Air menyediakan 3 jenis kelas pertama, 4 jenis kelas Perniagaan (Prestij), dan kelas Ekonomi Standard.[85] Korean Air memperkenalkan Kelas Pertama pada semua armada Boeing 747-8I dan sebahagian daripada armada 777-300ER, Airbus A380-800, Boeing 777-200ER dan -300ERnya. Beberapa tempat duduk dilengkapi sebagai suit dengan pintu. Syarikat penerbangan itu juga memasarkan Kelas Perniagaan sebagai "Kelas Berprestij" dengan dilengkapi dengan suit. Syarikat penerbangan itujuga mengumumkan pengenalan kelas Ekonomi Premium pada 2017.[86] Pesawat pertama yang dilengkapi dengan ekonomi premium yang dipasarkan sebagai "Economy Plus" ialah CS300 (Airbus A220-300).[87][88] Syarikat penerbangan itu juga menawarkan Kelas Ekonomi.
Syarikat penerbangan Korean Air mempunyai rekod keselamatan yang buruk dan pernah menjadi satu diantara syarikat penerbangan paling berbahaya di dunia.[89][90] Diantara tahun 1970 dan tahun 1999, banyak insiden maut berlaku, di mana 16 pesawat dicatatkan dalam insiden dan kemalangan serius dengan kehilangan 700 nyawa. Dua pesawat milik Korean Air ditembak oleh Kesatuan Soviet, iaitu beroperasi sebagai Penerbangan 902 Korean Air Lines dan Penerbangan 007 Korean Air. Insiden paling mematikan bagi Korean Air ialah Penerbangan 007 yang telah ditembak oleh Kesatuan Soviet pada 1 September 1983. Semua 269 orang di dalamnya terbunuh, termasuk seorang anggota Kongres A.S. iaitu Larry McDonald. Kemalangan penumpang maut terakhir ialah kemalangan Penerbangan 801 Korean Air pada tahun 1997, yang mengorbankan 228 orang. Kematian kru terakhir dalam kemalangan Penerbangan 8509 Korean Air Cargo terjadi pada Disember 1999.[91]
Korean Air dirujuk sebagai satu diantara sistem "chaebol" Korea Selatan, di mana konglomerat korporat, yang ditubuhkan dengan sokongan kerajaan, menjangkau pelbagai cabang industri. Sebahagian besar masa antara penubuhan Korean Air sebagai Korean National Airlines pada tahun 1946 dan penubuhan Asiana Airlines pada tahun 1988, Syarikat Penerbangan Korean Air ialah satu-satunya syarikat penerbangan yang beroperasi di Korea Selatan. Proses penswastaan Syarikat Penerbangan Nasional Korea (Korean Air) pada tahun 1969 disokong oleh Park Chung-hee, ketua umum tentera Korea Selatan yang merampas kuasa negara itu melalui rampasan kuasa tentera; dan monopoli syarikat penerbangan dijamin selama dua dekad. Setelah melebarkan cawangan Jaebeol, anak syarikat Korean Air merangkumi perniagaan pengangkutan laut dan darat, hotel dan harta tanah antara lain; dan cawangan sebelumnya termasuk industri berat, pengangkutan penumpang, pembinaan dan perniagaan broker saham. Sifat sistem chaebeol Korea Selatan melibatkan nepotisme. Serangkaian insiden yang melibatkan Korean Air pada Tahun 2000 telah "mengungkapkan sisi buruk budaya dalam chaebeols, konglomerat keluarga raksasa Korea Selatan".[92]
Cho Hyun-Ah, juga dikenali sebagai "Heather Cho", ialah anak perempuan ketua ketika itu Cho Yang-ho. Dia mengundurkan diri dari beberapa tugasnya pada akhir Tahun 2014 selepas dia memerintahkan jet Syarikat Penerbangan Korean Air untuk kembali ke pintu pagar untuk membolehkan seorang anak kapal dikeluarkan dari pesawat. punca dari tindakan ini dikeranakan, Atendan itu menghidangkan kacang dalam beg dan bukannya di atas pinggan kepada penumpang kelas Pertama termasuk Cho. Akibat kejatuhan lebih lanjut, Cho Hyun-Ah kemudian ditangkap oleh pihak berkuasa Kerajaan Korea Selatan kerana melanggar undang-undang keselamatan penerbangan Korea Selatan.[93]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.