From Wikipedia, the free encyclopedia
Krisis politik Selangor 2013-2014 (juga dikenali sebagai Langkah Kajang) berkaitan dengan prestasi Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sekitar pilihan raya kecil Kajang 2014 dan pemilihan Parti Keadilan Rakyat 2014. Secara umumnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu menukar Abdul Khalid dengan orang lain. Bagaimanapun, jawatan Menteri Besar hanya dapat dilucutkan melalui pembubaran DUN (melalui permohonan Menteri Besar kepada Sultan), undi tidak percaya dalam sidang DUN (kehilangan majoriti), atau Menteri Besar meletakkan jawatan.
Jawatan Menteri Besar Selangor telah dipersetujui untuk diserahkan kepada PKR sementara PAS mendapat jawatan Menteri Besar di Kedah dan Kelantan . Sementara DAP mendapat Ketua Menteri Pulau Pinang.
Pada tahun 2013, Tan Sri Khalid bertanding di DUN Pelabuhan Klang sedangkan sebelumnya beliau bertanding di DUN Ijok. Beliau pernah kalah di Ijok semasa pilihan raya kecil Ijok 2007. Keadaan ini menyebabkan kedudukan beliau dalam PKR Ijok tidak kukuh. Beliau kalah kepada bekas Ahli Parlimen Kapar, S. Manickavasagam dalam pemilihan ketua PKR cabang Kuala Selangor tahun 2014.[1] Bagaimanapun, penyandang kerusi Pelabuhan Klang ketika itu ialah Badrul Hisham Abdullah, ADUN PKR yang menyertai UMNO.
Berbanding dengan Mohamed Azmin Ali, Khalid Ibrahim tidak dianggap pemidato yang hebat dan pernah diperleceh sebagai 'gagap'[2] dan pernah tersasul 'Undilah BN' semasa berkempen di Ijok.[3] Bukanlah satu rahsia, kumpulan Azmin Ali berselisih dengan Khalid.[4] Khalid pernah bersaing dengan Azmin Ali bagi jawatan itu.[5]
Khalid Ibrahim dikritik oleh pemimpin dari Pakatan Rakyat sendiri berhubung kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan. Mereka bimbang Khalid bersekongkol atau berpaling tadah kepada UMNO semula. Khalid dikritik kerana masalah bekalan air mentah , masalah sampah ,Talam[6] dan Kidex [7] dan sebagainya.Tindakan Khalid menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Persekutuan bagi menstrukturkan semula bekalan air Selangor mengejutkan Anwar Ibrahim dan PR.Pada masa lain Khalid dituduh sebagai proksi atau 'boneka' DAP mahupun [8] Anwar.[9][10]
Penasihat PKR , Datuk Sri Anwar Ibrahim diminta membantu dasar-dasar baru kerajaan negeri Selangor dan dibayar gaji hanya RM1. Ramai pihak mahu PR mempertahankan Selangor kerana negeri ini sebuah negeri yang kaya. Jika tidak dipimpin betul-betul mungkin terlepas sebagai mana yang berlaku di Perak dan Kedah.Pada 22 Julai 2014, Wan Azizah diumumkan menjadi calon tunggal dari PKR menggantikan Khalid Ibrahim.[11]
Bagi menstabilkan politik Selangor , DUN Kajang milik PKR dikosongkan dengan harapan yang besar . Adun Lee Chin Cheh dikatakan meletakkan jawatan pada 27 Januari 2014 padahal baru menang pilihan raya pada 8 Mac 2013. Sebenarnya PR menguasai 44 DUN Selangor dan 12 suara pembangkang di Selangor semuanya adalah dari UMNO.
Abdul Khalid Ibrahim sebagai pengarah pilihanraya bagi menghadapi PRK Dun Kajang. Manakala Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dilantik sebagai timbalan pengarah pilihanraya dan Borhan Aman Shah, yang merupakan pengarah jawatankuasa pilihan raya Selangor, dilantik sebagai pengarah operasi pilihan raya. Sepatutnya Azmin Ali kerana dia Pengerusi PKR Selangor.
Mulanya Anwar Ibrahim akan bertanding. Penasihat DAP dan juga Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang dan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim setuju Anwar akan bertanding bagi mempertahankan kerusi PKR diKajang. Anwar ke hulu ke hilir, siang dan malam, subuh dan senja, malam dan dinihari berkempen di Kajang.[12]
Atas faktor keputusan mahkamah tidak memihak kepada Anwar ,akhirnya isterinya Wan Azizah Wan Ismail bertanding, menang dan diwar-warkan diwar-warkan jawatan Menteri Besar Selangor.[13]
Pada 2008 isterinya dan juga Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh beberapa bulan setelah PRU-13 untuk memberi laluan kepada Anwar.
BN/MCA beranikan diri untuk bertanding dengan meletakkan Chew Mei Fun untuk bertanding dan terbukti tewas. Beliau pernah meletak jawatan Ketua Wanita MCA atas ‘ikrar dan prinsip’ ketika Pemilihan MCA 2010. Isu yang dimainkan ialah masalah kenaikan harga barang, masalah infrastruktur, masalah pembinaan MRT dan masalah kesesakan jalan raya.
Selain bertanding jawatan ketua cabang, Khalid Ibrahim mencabar Azmin Ali bagi jawatan Timbalan Presiden PKR menyerlahkan betapa perseteruan politik sesama mereka tidak dapat dibendung lagi. Media melaporkan serangan berterusan dari Azmin Ali terhadap Khalid. Khalid dikatakan mendapat sokongan daripada Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua, Saifuddin Nasution Ismail dan Johari Abdul. Pemecatan kakitangan kontrak oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kemungkinan besar disebabkan kakitangan ini adalah orang-orang Azmin yang tidak disukai oleh Khalid. Bagaimanapun PKNS menafikannya.[14][15]
Rafizi Ramli melancarkan 'Langkah Kajang' bagi memastikan PKR terus menang di DUN Kajang.Malangnya ketika berkempen, semacam tidak sehaluan antara kem Menteri Besar dengan kem Anwar Ibrahim. Kolumnis The Star, Joceline Tan melabel Khalid seorang Tai Chi Master sementara Rafizi dan Azmin sebagai pakar Muay Thai.[16]
Pada 9 Ogos 2014, Menteri Besar Abdul Khalid dipecat daripada PKR sebagai ahli seumur hidup berkuatkuasa serta merta. Keputusan itu dibuat kerana Mesyuarat Pimpinan Pusat parti mendapati beliau mengingkari arahan parti untuk meletak jawatan dan memberi laluan kepada Wan Azizah. Dengan itu, negeri Selangor kini diterajui oleh seorang ADUN bebas.[17]
Abdul Khalid menyatakan beliau menerima keputusan parti membatalkan keahliannya walaupun dianggapnya salah dan cacat daripada segi undang-undang. Beliau akan terus berkhidmat sebagai Menteri Besar sehingga isu ini diselesaikan mengikut peruntukan undang-undang.[18] Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut memperkenan beliau terus menjalankan tugasnya buat masa ini. Baginda berpuas hati Abdul Khalid masih mendapat sokongan majoriti ADUN Selangor.[19]
Krisis perebutan kerusi Menteri Besar Selangor tercetus dengan 'Langkah Kajang' yang dimulakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang Mac 2014, bertujuan menjadikan Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri besar Selangor yang baharu.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.