Salahuddin Ayub
ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Allahyarham Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub (1 Disember 1961 – 23 Julai 2023) [1] ialah ahli politik Malaysia. Beliau dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia dari Parti Amanah Negara [2] berikutan kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 dan kemenangan beliau di Parlimen Pulai pada tahun 2018. Beliau meletak jawatan sebagai menteri portfolio tersebut pada 24 Februari 2020. [3] Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 9.23 malam, 23 Julai 2023 akibat pendarahan otak setelah menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. [4]
Remove ads
Biodata
Salahuddin bin Ayub lahir pada 1 Disember 1961 di Kampung Serkat, Tanjung Piai, Pontian, Johor dan berketurunan peranakan Melayu-Cina serta sekampung dengan Allahyarham Datuk Wira Dr. Mohamed Farid Md Rafik. Isterinya Fatimah Taha yang dikahwini pada tahun 1985 dan dikurniakan 6 orang cahaya mata.[5]
Pendidikan
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Inggeris Serkat, Pontian (1967-1973). Kemudian, beliau menyambung ke peringkat menengah rendah di Sekolah Menengah Inggeris Teluk Kerang, Pontian (1974-1976) dan di Sekolah Menengah Sri Perhentian, Pontian (1977-1978) sehingga tamat pengajian tingkatan 5, meneruskan pengajian ke peringkat tingkatan 6 di Sekolah Menengah Dato' Penggawa Barat, Pontian (1979-1980). Beliau juga mengikuti pendidikan agama di Sekolah Agama Kerajaan Johor dengan lulus Kelas Darjah Khas pada tahun 1977. Selepas tamat pengajian di alam persekolahan, beliau seterusnya mengikuti program Diploma Pentadbiran Perniagaan di Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) (1982-1983) dan meneruskan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda BSc. (Sains Pembangunan Manusia) di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 1984.[6][7]
Remove ads
Kerjaya dan politik
- Pegawai kewangan di MUI Bank pada 1980, sebelum menceburi bidang politik sepenuh masa pada 1983.[8]
ABIM
- Setiausaha Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) cawangan Pontian (1981-1983).
PAS
- Pada 1983, Naib Yang Dipertua PAS Pontian (1983-1987), Ketua Dewan Pemuda PAS Pontian (1987-1989), Ketua Dewan Pemuda PAS Johor (1989-1999), Exco Dewan Pemuda PAS Pusat (1991-1995), Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat (1995-1997), Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat (1997-1999), Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (1999-2001), Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (2001-2003), Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (2003-2009), Naib Presiden PAS Pusat (2009-2015)[9].
- Ketua Penerangan PAS Johor (1997-2001), Setiausaha Perhubungan PAS Johor (2001), Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor (2001-2003) dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat (2001-2003).
- Ketua Lujnah Pertanian Dewan Pemuda PAS Pusat (1993-1995), Ketua Lujnah Penerangan dan Dakwah Dewan Pemuda PAS Pusat (1995-1997), Ketua Lujnah Perhubungan Nasional Dewan Pemuda PAS Pusat (1999-2001), Ketua Lujnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat (2001-2003) dan Ketua Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat (2001-2003).
- Bertanding di kerusi Parlimen Pulai, Johor dan Dewan Negeri Nusajaya (kini dikenali sebagai Kota Iskandar) pada Pilihan raya umum Malaysia 2013 namun tewas kedua-dua kerusi kepada calon Barisan Nasional.
AMANAH
- Dilantik sebagai Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) pada tahun 2015.
- Memenangi kerusi Ahli Dewan Negeri Johor bagi kawasan Simpang Jeram di Muar, Johor dalam Pilihan raya umum Malaysia 2018.
- Memenangi kerusi Ahli Dewan Rakyat bagi Parlimen Pulai, Johor dalam Pilihan raya umum Malaysia 2018.
HARAPAN
- Dilantik sebagai Naib Presiden bagi Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 22 September 2015.
Pengalaman
- Menyertai Himpunan Gabungan Pemuda Malaysia untuk menyokong rakyat Lubnan oleh semua pimpinan Parti Politik Negara pada tahun 2006
- Debat Perdana dengan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz pada 2003
- Ditahan di Penjara Kajang pada 2001 kerana telibat dalam perhimpunan haram Ops Kriket Israel di Universiti Malaya pada 1997.[10]
- Ketua misi kemanusiaan Dewan Pemuda PAS ke Kosova (1999), Afghanistan (2002), Vietnam (2002), Iraq (2003) dan Lubnan (2006).
- Wakil Kerajaan Malaysia semasa menjadi Ahli Parlimen untuk menganggotai Jawatan Kuasa Khas Parlimen mengenai Perpaduan dan PLKN.
- Anggota International Parliamentary Organization (IPO) dan anggota kepada Caucus Pembelaan Perjuangan Kemanusian.
Remove ads
Keputusan pilihan raya
Parlimen
Dewan Undangan Negeri (DUN)
Remove ads
Kematian
Pada 21 Julai 2023, Salahuddin disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar selepas beliau mengalami gejala mual serta muntah-muntah sekitar pukul 10 malam. Beliau kemudiannya disahkan meninggal dunia pada jam 9.23 malam, 23 Julai, 2 hari kemudian ketika beliau masih dalam rawatan. [11] Allahyarham kemudiannya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sulong, Serkat, Tanjung Piai, Johor pada jam 12 tengah hari, 24 Julai 2023.
Remove ads
Anugerah
Darjah kebesaran diraja
Melaka
Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) - Datuk Seri (2019)[12]
Pulau Pinang
Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) - Dato' (2018)[13]
Pengiktirafan lain
Pascakematian beliau, Salahuddin digelar Bapa Rahmah Malaysia oleh sebilangan rakyat Malaysia atas jasanya mencetuskan idea dan inisiatif membantu rakyat menangani isu kenaikan kos sara hidup menerusi pakej ‘Rahmah’ semasa menggalas jawatan Menteri. [14][15]
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads