Hamzah Abu Samah

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Tan Sri Dato' Seri Haji Hamzah bin Dato' Abu Samah (5 Januari 1924 – 4 September 2012) merupakan ahli politik UMNO di Malaysia. Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1969 mewakili Parti Perikatan. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1974 dan Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 beliau menang kawasan Temerloh, negeri Pahang atas tiket parti Barisan Nasional. Perdana Menteri Malaysia ketika itu, beliau dilantik menjadi Menteri Undang-undang.

Fakta Segera Presiden Persekutuan Bolasepak Asia (AFC), Didahului oleh ...

Beliau ialah Tokoh Sukan Negara yang juga bekas menteri Kabinet termasuk Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Beliau merupakan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Seumur Hidup dan memegang pelbagai jawatan penting dalam sukan sama ada dalam negara mahupun peringkat antarabangsa.

Remove ads

Pendidikan

Hamzah Abu Samah lahir pada 5 Januari 1924 di Kuala Lipis, Pahang. Mula bersekolah di Sekolah Melayu Kajang, Kajang, Selangor ; Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK); Barristerat-Law, Gray’s Inn, London (1950-1953) dengan pembiayaan Kerajaan Negeri Pahang.

Kerjaya

Kerjaya beliau bermula sebagai Penolong Penyelia Pilihanraya Pahang, Hakim di Alor Setar, Kedah, Timbalan Pendakwa Raya Awam di Johor, Penasihat Undang-undang Negeri Selangor dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (1954-1967).

Politik

Beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen Raub, Pahang (1967) ; Timbalan Menteri Dalam Negeri (1967-1969); Menteri Penerangan dan Penyiaran (1969-1971); Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1971-1973); Menteri Pertahanan (1973-1974); Menteri Perdagangan dan Industri (1974-1978) dan akhir sekali sebagai Menteri Undang-undang dan Peguam Negara Malaysia (1978-1980).


Beliau menang di Raub dalam Pilihan raya umum Malaysia 1967 dan dipilih semula pada pilihanraya umum 1969 dan 1974. Bagaimanapun dalam Pilihanraya tahun 1978, beliau bertukar ke parlimen Temerloh.

Aktif sukan

Beliau menjadi Presiden Majlis Olimpik Malaysia (1976-1978); International Olympic Committee (IOC) sejak 1978;ahli IOC Juridical Commission dan Cultural Commission (1978-1982) ; Senior Vice President bagi Majlis Olimpik Asia (1982); Presiden Kehormat bagi South East Asia Games Federation (Sejak 1977).

Beliau telah menjadi Presiden bagi Persekutuan Bola sepak Asia (AFC) (1978-1994) ; Presiden Kehormat AFC sejak 1994; Naib Presiden bagi Federation of International Football Association (FIFA) (Disember 1982 - Mac 1990) dan Ahli Eksekutif Kehormat FIFA (1990). Beliau juga merupakan Presiden Kehormat Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) (1984-1988); Presiden Persatuan Kriket Malaysia (1969-1990), Naib Presiden bagi Islamic Solidarity Federation (sejak Mac 1985) dan Presiden bagi Persatuan Tae Kwan Do Malaysia (sejak 1987).

Beliau dilantik sebagai Vice Presiden bagi Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) sejak 1982. Beliau turut berperanan bagi membawa Sukan Kuala Lumpur ’98, Sukan Komanwel ke XVI, ke Malaysia.[1]

Remove ads

Meninggal dunia

Beliau pernah menarik diri dari Kabinet selepas menjalani pembedahan pintasan jantung (coronary by-pass) pada tahun 1980.

Pada 4 September 2012, Tan Sri Hamzah Abu Samah, 88 tahun, meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya di Staffield Country Resort, Mantin, Negeri Sembilan[2] Jenazah beliau dikebumikan di Makam Pahlawan dalam perkarangan Masjid Negara Kuala Lumpur.

Keluarga

Isterinya, Puan Sri Tok Puan Zainon Hussein adalah adik kepada mantan Perdana Menteri Malaysia , Tun Abdul Razak Hussein.

Anugerah

Kehormatan Malaysia

Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads