negara-negara yang ditubuhkan berikutan pembubaran Kesatuan Soviet pada 1991 From Wikipedia, the free encyclopedia
Negara–negara bekas Kesatuan Soviet[1] (juga dikenali sebagai negara–negara pasca-Soviet atau negara bekas Republik Soviet) merupakan 15 buah negara merdeka yang terbentuk selepas terbubarnya Kesatuan Republik Sosialis Soviet pada Disember 1991. Pada 16 Februari, Lithuania adalah negara pertama yang memperoleh kemerdekaannya dan kemudian pada Ogos 1991, Latvia dan Estonia pula berada dibawah keberterusan negara.[2][3] 12 negara yang lain dianggap telah berpisah daripada Kesatuan Soviet dan dengan itu dirujuk sebagai Negara–negara Merdeka Baru (NIS).[2] NIS kemudiannya membentuk Komanwel Negara-negara Merdeka (KNNM) dan majoritinya menyertai Pertubuhan Perjanjian Keselamatan Kolektif (PPKK), manakala negara–negara Baltik menjauhkan diri daripada kesatuan tersebut dan sebaliknya menyertai Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
15 buah negara bekas secara tipikalnya dibahagikan kepada lima kelompok. Setiap kelompok tersebut bukan sahaja berkongsi ciri seperti geografi dan faktor budaya, malah sejarah perhubungan antara kawasan tersebut dengan Rusia. Di samping itu, terdapat juga beberapa negeri de facto bebas, tetapi tidak diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Negara–negara Baltik | Eropah Timur | Transcaucasia |
Asia Tengah | Eurasia |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.