Qu Yuan ( s.340 SM  278 SM)[1] merupakan seorang penyair dan bangsawan kerajaan Chu semasa tanah Cina mengharungi Zaman Negara-Negara Berperang. Beliau terkenal dengan patriotisme dan sumbangannya terhadap puisi dan prosa Cina klasik, terutamanya melalui puisi-puisi yang terkandung dalam antologi Chu Ci (juga dikenali sebagai Himpunan Lagu Chu): yang merupakan sebuah jilid puisi-puisi yang dikaitkan dengan atau dianggap diilhamkan oleh penulisan rangkap prosanya. Bersama-sama dengan Shi Jing, Chu Ci merupakan salah satu daripada dua koleksi prosa Cina purba yang terbesar. Dia juga diingati berkaitan dengan asal usul Perayaan Duan Wu.

Fakta Segera Lahir, Meninggal dunia ...
Qu Yuan
Lukisan potret Qu Yuan oleh Chen Hongshou (abad ke-17 M)
Lukisan potret Qu Yuan oleh Chen Hongshou (abad ke-17 M)
Lahirsekitar339 SM
Negara Chu, yakni di Daerah Zigui, Hubei, China pada hari ini
Meninggal dunia278 SM (berusia 62 tahun)
Sungai Miluo
PekerjaanPenyair, ahli politik
Chinese name
Bahasa Cina屈原
Tutup

Butiran sejarah tentang kehidupan Qu Yuan adalah sedikit, dan kepengarangannya terhadap banyak puisi pada Chu Ci telah dipersoalkan oleh para sarjana.[2] Walau bagaimanapun, dia diterima secara meluas untuk menulis sebuah puisi bertajuk "Li Sao" (bermaksud "Meratapi Kehibaan") di bawah koleksi Chu Ci. Rujukan pertama yang diketahui tentang Qu Yuan muncul dalam puisi yang ditulis pada 174 SM oleh Jia Yi, yang merupakan seorang pegawai dari Luoyang yang difitnah oleh para pegawai yang cemburu dan dibuang ke Changsha oleh Maharaja Wen dari Han. Semasa dalam perjalanan, dia menulis puisi yang menggambarkan nasib yang seakan dengan "Qu Yuan".[3] Lapan puluh tahun kemudian, biografi pertama yang diketahui tentang kehidupan Qu Yuan muncul dalam kitab sejarah dinasti Han bernama Shiji yang ditulis oleh Sima Qian, walaupun ia mengandungi beberapa butiran yang bercanggahan.[4]

Beliau diusir buang negeri berikutan lontaran fitnah ke atasnya malah turut membunuh diri dalam sungai yang menyedihkan warga sekampung yang menyaksikan kejadian itu. Kisah ini diabadikan dalam perayaan Duan Wu serta sajian yang dibuat khas untuk acara ini.

Rujukan

Bacaan lanjut

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.