Selakant (Inggeris: coelacanth; /ˈsləkænθ/) (order Coelacanthiformes) ialah kumpulan ikan bersirip cuping kuno (Sarcopterygii) dalam kelas Actinistia.[2][3] Sebagai sarkopterigia, ianya berkait rapat dengan ikan peparu dan tetrapoda (yang termasuk amfibia, reptilia, burung dan mamalia) berbanding ikan bersirip ruji.

Fakta Segera Pengelasan saintifik, Spesies jenis ...
Selakant
Julat zaman:
Devon AwalKini,[1] 409–0 Ma
Thumb
Selakant hidup dilihat dari Pumula di Pesisir Selatan KwaZulu-Natal, Afrika Selatan, 2019
Thumb
Spesimen Axelrodichthys araripensis dari Batu Kapur Awal Brazil (Mawsoniidae)
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Klad: Sarcopterygii
Kelas: Actinistia
Cope, 1871
Order: Coelacanthiformes
Huxley, 1861
Spesies jenis
Coelacanthus granulatus
Agassiz, 1839
Keluarga dan genus
  • Latimerioidei
    • Latimeriidae
    • Mawsoniidae

Lain-lain, lihat teks

Tutup

Spesies Latimeria seperti gombessa (Latimeria chalumnae) yang ditemui di sekitar Kepulauan Comoro di pantai timur Afrika dan ikan raja laut (Latimeria menadoensis )[4] di utara Sulawesi dan Papua di Asia Tenggara adalah termasuk di dalam order ini.

Nama order haiwan ini berasal dari genus zaman Permia Coelacanthus, yang merupakan haiwan yang pertama dikenalpasti dalam order ini.[5]

Ikan-ikan dalam order ini pernah dianggap pupus pada zaman Batu Kapur Akhir sekitar 66 juta tahun yang lalu, tetapi ditemui semula pada tahun 1938 di pantai Afrika Selatan.[6][7]

Rujukan

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.