Pelakon lelaki Singapura From Wikipedia, the free encyclopedia
Shariff Dol Asnawi[1] (1926 – 27 April 1979) ialah seorang pelakon filem hitam-putih Melayu pada zaman kegemilangan filem Melayu di Singapura pada 1950an dan 1960an, sebahagian besarnya bersama Malay Film Productions atau MFP.
Shariff Dol | |
---|---|
Kelahiran | Shariff Dol bin Asnawi 1926 Negeri-negeri Selat (kini Singapura) |
Meninggal dunia | 27 April 1979 52–53) Hospital Besar Singapura | (umur
Sebab kematian | Komplikasi pelbagai jenis penyakit |
Dikebumikan | Pusara Aman, Singapura |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1951–1971 |
Terkenal kerana | Watak Samseng Kampung Dusun dalam filem Seniman Bujang Lapok |
Pasangan | Alimah Ahmad |
Anak-anak | 10 |
"Shariff Dol, Samseng Kampung Dusun" (tagline yang disebut orang hingga ke hari ini), begitulah terkesannya watak samseng yang dibawa oleh Shariff Dol dalam filem Seniman Bujang Lapok arahan P. Ramlee pada tahun 1961.[2][3][4]
Shariff ialah generasi zaman emas Shaw Brothers. di Studio Jalan Ampas, Singapura atau lebih dikenali sebagai Malay Film Productions iaitu sezaman dengan pelakon handalan yang lain seperti P. Ramlee, S. Roomai Noor, Jins Shamsuddin, Jamil Sulong, Aziz Sattar, S. Shamsuddin, Haji Mahadi, A. R. Tompel, M. Zain, Nordin Ahmad, Yusof Latiff, Osman Gumanti, Ibrahim Pendek, S. Kadarisman, Omar Rojik, Dato' Ahmad Mahmud, Aziz Jaafar, Salleh Kamil, Kemat Hassan, H. M. Busra, dan Omar Suwita.
Shariff Dol telah membintangi lebih dari sepuluh buah filem antara filem yang telah mengangkat nama beliau ialah filem Lela Manja, Seniman Bujang Lapok, Semerah Padi, Jefri Zain - Gerak Kilat, Pendekar Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok dan Si Tanggang. Kebanyakkan watak yang dibawa oleh beliau adalah berupa antagonis, seperti samseng, penjahat dan seumpamanya.
Shariff Dol meninggal dunia diusia 53 tahun pada hari Jumaat, 27 April 1979 akibat komplikasi pelbagai jenis penyakit yang dihidapinya. Beliau menghembuskan nafas terakhir di Hospital Besar Singapura, beliau dimasukkan ke hospital berkenaan selepas mengadu demam dan cirit-birit. Shariff Dol meninggalkan seorang isteri, Alimah Ahmad dan 10 orang anak, jenazah beliau disemadikan di Pusara Aman, Singapura.[5]
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1951 | Shorga Dunia | Filem pertama | |
1955 | Menyerah | ||
Roh Membela | |||
Abu Hassan Penchuri | Tengku Mahkota Kerajaan Parsi | ||
Penarek Becha | Doktor | ||
1956 | Semerah Padi | Anak Buah Borek | |
Anak-ku Sazali | Gangster Big Boss Double X | ||
Adekku | |||
1957 | Pancha Delima | Beringin Tunggal | |
Seruan Darah | |||
Hantu Jerangkung | Salleh | ||
Bujang Lapok | Shariff | ||
1958 | Kaki Kuda | ||
Hantu Kubor | Salleh | ||
Sumpah Orang Minyak | Syaitan | ||
1959 | Pendekar Bujang Lapok | Sharif Orang Kuat Tauke Sampan | |
Musang Berjanggut | Megat Alang Sengketa | ||
Nujum Pak Belalang | Sultan Negeri Masai | ||
Batu Belah Batu Bertangkup | Daeng Perkasa | ||
1960 | Megat Terawis | Raden Andika Kandal | |
Lela Manja | Megat Sura | ||
Isi Neraka | Jawi | ||
Pertarongan | Datuk Gehara | ||
1961 | Sri Tanjung | ||
Ali Baba Bujang Lapok | Orang Kaya | ||
Seniman Bujang Lapok | Dirinya sendiri | ||
Si Tanggang | Raja Donan | ||
1962 | Siti Muslihat | Almarhum Raja / Pak Andak | |
Ibu Mertua-ku | Abidin | ||
Singapura Dilanggar Todak | Raja Singapura | ||
Gerhana | Musa | ||
Labu dan Labi | Pengurus Labu | ||
1963 | Pilih Menantu | Kerani | |
Kasih Tanpa Sayang | Ayah Maimon | ||
Darah Muda | Pak Ali | ||
1965 | Bidasari | Raja Kebayat Negara | |
1966 | Sri Andalas | Datuk Mangkubumi | |
Gerak Kilat | Botak | ||
1967 | Lampong Karam | Penghulu | |
1968 | Ibulah Syurga | ||
Raja Bersiong | Orang Kampung | ||
1969 | Keranda Berdarah | Ali | |
1971 | Semusim Di Neraka | ||
Jahanam | Sultan Sang Murba | Filem terakhir | |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.