From Wikipedia, the free encyclopedia
Wang kertas bank, nota bank atau duit kertas ialah sejenis surat cara boleh niaga, iaitu nota janji keluaran bank yang boleh dibayar kepada pembawa apabila diminta, digunakan sebagai wang, dan dijadikan wang sah dalam lingkungan kebanyakan bidang kuasa. Bersama dengan syiling, wang kertas menjadi tunai atau bentuk segala wang moden pembawa. Wang kertas biasanya membawa nilai lebih tinggi, sementara duit syiling membawa nilai kecil, kecuali keluaran kenang-kenangan logam berherga atau bernilai tinggi yang tidak boleh diperdagangkan.
Pengunaan barangan pipih sebagai perwakilan nilai harta pertama kali dikembangkan semasa zaman Dinasti Tang pada abad ke-7 di China oleh para saudagar sebagai bukti perjanjian semasa urus niaga besar bagi mengelakkan kesusahan dialami membawa wang tembaga yang banyak;[1][2][3] wang ini boleh diamanahkan bersama seseorang boleh dipercayai yang bertukar dengan kepingan surat bukti simpanan, wang ini boleh dikembalikan setelah surat janji ini diserahkan semula. Bentuk surat ini disempurnakan pada zaman dinasti Song dengan wujudnya kepingan kertas bernama jiāozi (Bahasa Cina: 交子 ).[4][5]
Pada 1150, Kesateria Templar mula mengeluarkan surat janji simpanan masukan harta kepada para penziarah Kristian menuju ke Tanah Suci Baitulmaqdis yang boleh digunakan untuk tujuan urus niaga sebaik mereka berada di destinasi.[6][7]
Pengeluaran wang kertas pertama secara terpusat dilakukan Stockholms Banco, duluan kepada bank pusat Sweden Sveriges Riksbank, pada tahun 1661[8] menggantikan kepingan tembaga yang menjadi tender utama negara tersebut pada ketika itu.[9]
Pada mulanya, logam berharga atau separa berharga digunakan untuk dijadikan syiling untuk kegunaan merunding dan menyelesaikan perdagangan. Penciptaan wang kertas bank menawarkan wang dalam bentuk pembawa alternatif, tetapi duit syiling dan kertas masing-masing ada kelebihan dan kelemahan berbanding satu sama lain.
Kos penggunaan wang pembawa termasuk:
Kepelbagaian kelebihan dan kelemahan antara syiling dan wang kertas ini membayangkan wujudnya peranan yang berkekalan untuk kedua-dua jenis wang pembawa ini, iaitu salah satunya dipakai apabila memberi lebih kelebihan berbanding kelemahan.
Kebanyakan wang kertas ini diperbuat daripada sejenis kertas khas daripada kapas yang diperkuatkan dengan linen atau gentian yang seumpamanya. Ia turut ditambahkan dengan alkohol polivinil atau gelatin untuk tujuan penguatan yang sama. Komposisi ini nenadikan kertas ini lebih tahan lasak daripada kertas biasa sehingga dianggarkan selama dua tahun.[10]
Duit wang polimer dibangunkan agar bertujuan tahan lama serta mengelakkan pemalsuan melalui penerapan ciri keselamatan dalaman dalam wang ini. Costa Rica, Haiti dan Pulau Man masing-masing mengeluarkan wang kertas pertama menggunakan bahan plastik berbeza pada tahun 1983. Australia pula mengilangkan wang kertas pertama mereka daripada sejenis polipropilena khas pada tahun 1988, dan negara ini lama-kelamaan menggantikan kesemua duit kertas mereka dengan nota wang polimer pada tahun 1996; egara-negara lain turut mengikuti langkah yang sama sejak tahun itu.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.