Wilayah Ekonomi Koridor Utara (bahasa Inggeris: Northern Corridor Economic Regioncode: en is deprecated , NCER) merupakan kawasan pembangunan ekonomi dan sosial di Malaysia yang membabitkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak. Istilah ini mula diperkenalkan sejak Rancangan Malaysia ke-9 (2006-2010) pada Januari 2007 bagi merujuk kepada Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER). Koridor Utara dirasmikan pada 30 Julai 2007 oleh Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi.
Fakta Segera Negara, Negeri ...
Wilayah Ekonomi Koridor Utara
Koridor Ekonomi
Logo
NCER merangkumi negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Perlis.
Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) memerlukan pelaburan sebanyak RM177 bilion dalam tempoh 2007 - 2025. 1/3 pelaburan daripada kerajaan, 2/3 pelaburan swasta dan inisiatif pembiayaan swasta (PFI).
Peruntukan awal daripada kerajaan sebanyak RM5 bilion .Penduduk dijangka berjumlah 4.29 juta orang dalam tempoh lebih 20 tahun.
Laman web khusus tentang NCER ialah www.ncer.com.my yang menyediakan maklumat mengenai rangka kerja pertanian, pelancongan, alam sekitar, pembuatan dan pembangunan modal insan bagi wilayah utara Semenanjung.
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) mahu menjadikan NCER sebagai kawasan untuk melahirkan pembangunan ekonomi negara secara seimbang dan sama rata. Statistik menunjukkan kadar kemiskinan di Kedah dan Perlis lebih tinggi berbanding kadar purata kemiskinan bagi seluruh negara.
Abdullah Ahmad Badawi akan menjadi pengerusi NCER bersama dengan Menteri-menteri Besar Kedah, Perlis dan Perak serta Ketua Menteri Pulau Pinang.
Sime Darby Berhad dipertanggungjawabkan untuk menyediakan pelan komprehensif bagi pembangunan sosioekonomi yang meliputi pertanian, pembuatan dan perkhidmatan dalam tempoh 20 tahun (2007-2025).
Sime Darby Berhad merupakan perancang induk proses penyediaan asas pelan pembangunan komprehensif NCER, yang akan dibangunkan daripada tahun 2007 sehingga tamat Rancangan Malaysia ke-12, pada 2025.
Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi melancarkan Rangka Tindakan NCER di Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Alor Setar, Kedah pada 30 Julai 2007.
Fasa 2: Pembabitan semua agensi kerajaan, menteri besar dan ketua menteri di 4 negeri tersebut.
Fasa 3: Pembabitan sektor awam dalam penyediaan infrastruktur.
Fasa 4: Sektor awam dan swasta digandingkan.
Fasa 5: Sektor swasta memainkan peranan utama (2012).
Koridor Utara melibatkan 7% keluasan tanah tetapi melibatkan 60% penduduk 4 negeri tersebut.
2/3 penduduknya terlibat dengan jelapang padi.
Hanya 1/3 pelancong datang ke kawasan ini.
Hanya 20% industri pembuatan berada di kawasan ini.
3/4 isi rumah hanya mendapat purata RM2000 pendapatan tahunan. Kadar pendapatan ini amat rendah berbanding enam wilayah lain di Malaysia kecuali pantai timur.
Mengurangkan kadar kemiskinan tegar dari 5.7% sekarang kepada 2.7%.
Meningkatkan nilai tambah industri sedia ada dan bukan mewujudkan sesuatu yang baru.
Meningkatkan eksport pertanian terutama akuakultur, perikanan, ternakan haiwan, pengeluaran buah-buahan, sayuran dan produk herba.
Meningkatkan industri hiliran.
Menjana kekayaan dari bahan buangan.
Pembangunan hub elektronik berteknologi tinggi.
Pemprosesan taman pertanian lestari.
Meningkatkan nilai tokok industri sektor elektrik dan elektronik.
Aktiviti hiliran industri automatif.
potensi bio-teknologi.
Aktiviti pelancongan pulangan tinggi - sebagai pintu masuk serantau dengan memanfaat prasarana sedia ada - pelancongan perubatan.
Pusat penyelidikan Sime Darby - tumpuan kepada pengeluaran buah-buahan iklim dan bijih benih.
Pulau Pinang sebagai hub pengangkutan serantau - perluasan lapangan terbang, pelabuhan, sistem pengangkutan awam bersepadu, pusat kecemerlangan ekonomi mikro dan pembangunan semula Georgetown.
Koridor Pulau yang dimaksudkan ialah Pulau Pinang dan Pulau Langkawi. Pulau Pinang akan menyaksikan pembinaan terminal bersepadu, Penang Sentral dan pelancaran perkhidmatan pengangkutan bas awam, RapidPenang.
Lapangan terbang antarabangsa Bayan Lepas, Lapangan terbang Langkawi dan pelabuhan laut akan dipromosi kepada aktiviti pelancongan dan pengedaran perkhidmatan. Pelancongan perubatan akan dimantapkan terutama untuk kerjasama IMT-GT dan rantau lain di dunia.
Universiti Sains Malaysia akan memainkan peranan sebagai pusat pendidikan mikro dan aktiviti pembuatan E&E.
Pulau Pinang dan Seberang Prai akan kekal sebagai pemacu logistik utama Koridor Utara. Perkhidmatan pergi-balik dari Seberang Prai ke Pulau Pinang dapat dipertingkatkan dengan pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang.
Koridor Pesisiran Pantai
Koridor Pesisiran Pantai meliputi pintu masuk Padang Besar di Perlis, Arau, Sintok, Kuala Muda dan Kuala Kedah, Yan, Butterworth, Nibong Tebal, Simpang Empat dan Bagan Serai di Perak.
Bandar-bandar Kuala Muda dan Kuala Kedah akan menumpukan perhatian kepada perikanan, terutama sekali perikanan laut dalam dan aktiviti pemprosesan makanan laut. Pelancongan pesisiran pantai dan aktiviti-aktiviti akuakultur laut akan ditonjolkan di kampung nelayan dan bandar yang lebih kecil.
Bandar Yan akan digunakan sebagai kompleks petrokimia untuk Koridor Utara. Rancangan awal adalah untuk membina kilang penapis petroleum dan kemudahan simpanan di kawasan tersebut. Ke arah selatan, Butterworth mengambil peranan sebagai pintu masuk logistik perkapalan utama untuk ke Koridor Utara.
Koridor ini mengunjur melalui Nibong Tebal, Simpang Empat dan Bagan Serai yang pada umumnya merupakan pusat-pusat berasaskan pertanian.
Koridor Tengah
Koridor Tengah termasuklah Lebuh raya Utara-Selatan dari Bukit Kayu Hitam hinggalah ke Ipoh di Perak.
Ciri utama Koridor Tengah ialah Lebuh Raya Utara-Selatan iaitu lebuh raya yang merentasi dari bandaraya Ipoh di selatan ke Bukit Kayu Hitam di utara iaitu sebuah pekan yang berkongsi sempadan dengan selatan Thailand. Aktiviti utama adalah koridor pembuatan dari Butterworth/Kulim ke Gurun.
Sub-sektor E&E dan pemasangan automotif kekal sebagai aktiviti-aktiviti pembuatan di zon ini. Kamunting merupakan satu lagi kelompok perusahaan terutamanya untuk perniagaan Industri Kecil Sederhana (IKS) yang terlibat dalam membekalkan syarikat-syarikat E&E atau perniagaan tani hiliran.
Koridor Tengah dijangka akan diperkukuhkan dengan cadangan projek landasan kereta api berkembar dan perkhidmatan komuter serta pelebaran jalan di beberapa kawasan menghala ke pelabuhan dan lapangan terbang.
Pertanian akan menjadi aktiviti utama yang akan dipromosikan di sekitar Lebuh Raya Utara-Selatan terutama sekali ke arah kawasan pedalaman. Estet-estet industri yang kurang digunakan akan ditukar menjadi taman-taman pertanian bagi produk-produk premium seperti pengeluaran ikan hiasan, florikultur, pengeluaran benih yang diperakui dan kelompok-kelompok pemprosesan makanan.
Koridor Pedalaman
Koridor Pedalaman bermula dari Kota Putra dan berakhir di Kuala Kangsar. Aktiviti-aktiviti utama adalah pertanian yang meliputi tanaman komersil (getah dan kelapa sawit), estet-estet buah-buahan dan penternakan haiwan.
Koridor ini akan menganjurkan zon pengeluaran makanan berasaskan kepada lanskap pertaniannya yang bersesuaian.
Sebahagian besar kawasan ini merupakan hutan asli yang kritikal untuk keperluan kawasan air tawar Koridor Utara. Kawasan ini akan dipelihara dan dipromosikan sebagai tarikan eko-pelancongan.
Koridor Pedalaman juga menjadi pintu masuk kedua ke selatan Thailand, terutama sekali Pengkalan Hulu.
Aktiviti-aktiviti pelancongan akan dipromosikan di sini dan di sepanjang tanah tinggi di Tasik Pedu. Ini akan diperkukuhkan dengan pelurusan, pelebaran dan pembinaan lebuh raya pedalaman Trans-Kedah.
Kerja-kerja peluasan jalan yang menghubungkan Grik-Jeli merupakan satu lagi langkah strategik yang penting dalam pengembangan perdagangan dengan Kelantan dan Koridor Timur.
Dirancangkan bahawa jalan perhubungan akan pada mulanya dinaik taraf, diikuti dengan pembinaan landasan kereta api yang baru sebaik sahaja perkhidmatan lalu lintas barangan dan perkhidmatan meningkat.
Koridor Butterworth-Kulim-Baling-Pengkalan Hulu Grik
Koridor ini menghubungkan pusat logistik Butterworth kepada kelompok perusahaan utama di Kulim.
Dalam jangka masa yang panjang, koridor ini dijangka memainkan peranan penting dalam pembukaan Koridor Kelantan dan Timur melalui pengukuhan jalan Grik-Jeli dan/atau pembinaan landasan kereta api.
Jalan-jalan besar Timur-Barat di sepanjang koridor ini akan dipertingkatkan untuk memperbaiki hubungan Timur-Barat.
Malaysia berhadapan dengan masalah import makanan yang besar sedangkan Malaysia berpotensi menjadi pengeluar makanan dunia. Justeru itu NCER akan menjadi zon makanan moden untuk Malaysia melalui pendekatan berfasa. Fasa itu ialah:
pelabur teras kemudahan (2007-2012)
mempercepat pertumbuhan serantau (2013-2020)
mewujudkan kepimpinan global (2021-2025).
Sasaran pengeluaran pertanian pada tahun 2012 nanti ialah NCER dapat:
Meningkatkan eksport pertanian daripada RM32 bilion kepada RM48 bilion
Hasil padi daripada empat tan setiap hektar tanah kepada 8.0 tan setiap hektar
Keuntungan purata setiap hektar tanah yang diusahakan (kecuali kelapa sawit) kepada RM10,000 setiap hektar setahun
Jumlah tanah pertanian yang diusahakan daripada lebih kurang 800,000 hektar kepada 1.0 juta hektar; Sasaran sektor pembuatan:
NCER menjadi pusat elektronik berteknologi tinggi dan bernilai tambah seperti fabrikasi wafer, reka bentuk cip, reka bentuk automasi, penyelidikan dan pembangunan bahan atau pembungkusan.
Pelaburan dalam sektor perusahaan NCER daripada RM16.5 bilion pada tahun 2006 kepada RM24.3 bilion
Peratusan tenaga pekerja dalam sektor perusahaan yang terlibat dalam akitiviti nilai tambah yang tinggi kepada 30 peratus
Meningkatkan nilai tambah sebagai peratusan pengeluaran perusahaan kepada 30 peratus.
Pembangunan sepatutnya berteraskan arus pasaran dan perdagangan supaya kawasan utara tidak ketinggalan dalam era globalisasi. Pemilik tanah dan petani menjadi petani kontrak kepada syarikat swasta yang memajak tanah terbiar mereka. Fokus kepada pengembangan sektor hiliran pertanian serta pertumbuhan industri kecil dan sederhana (IKS) asas tani. Aktiviti mengumpul, memproses dan menjenama produk-produk pertanian akan digalakkan untuk meningkatkan nilai tambah kepada sektor pertanian.
Pengurusan tanah padi secara estet akan membolehkan pengembangan industri-industri hiliran padi seperti pembuatan produk makanan, minuman, kosmetik serta farmaseutikal, malah hasil pengeluaran padi termasuk bahan buangan serat padi mampu dijadikan produk yang bernilai.
40% keluasan tanah di NCER atau 932,581 hektar akan diklasifikasikan untuk pertanian termasuk 100,000 hektar tanah terbiar. 4.9% daripada tanah terbiar ini berada di Pulau Pinang, Perlis (6.6%), Perak (27.8%) dan Kedah (60.7%).
Sasaran
595,615 hektar akan digunakan bagi penanaman padi, tebu, kelapa sawit dan getah.
167,598 hektar daripadanya akan ditanam dengan padi. Luasnya bersamaan dengan 64% daripada jumlah kawasan penanaman padi di Malaysia.
Pengeluaran padi daripada 3.0 -5.0 tan sehektar kepada 8.0 tan sehektar pada 2012 dan 9.0 - 10 tan sehektar pada 2020.
Sektor pertanian dijangka memberi sumbangan KDNK daripada 12% tahun 2007 kepada 15% menjelang 2012 nanti.
Penternakan anak ikan premium untuk makanan atau hiasan, pendalaman tali air dan pengezonan kawasan persisiran pantai tertentu untuk penternakan ikan dan kerang di dalam sangkar.
Eksport hasil pertanian asas dan hiliran yang termasuk buah-buahan segar, buah-buahan diproses dan hasil daging disasarkan RM48 bilion menjelang 2012.
Sungai Petani, Tasik Gelugor dan Padang Besar akan dibangunkan sebagai ladang ternakan premium dan pusat pemprosesan halal.
110 hektar tanah di Perak dan Pulau Pinang dikhaskan bagi penanaman tanaman hiasan dan bunga-bungaan.
390,000 hektar tanah di NCER ditanam dengan kelapa sawit oleh syarikat perladangan.
Kira-kira 20,000 hektar tanah ditanam dengan pokok getah oleh para pekebun kecil.
Syarikat besar akan memajak sawah dan tanah pertanian terbiar untuk diusahakan secara giat dan produktif sebagaimana di Jepun dan Korea.
Penerangan dan maklumat akan disalurkan kepada petani, nelayan, guru, anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), imam dan semua golongan supaya mereka dapat mempersiapkan diri menghadapi perubahan cara hidup.
Rakyat bertukar corak dan masa bekerja dari hanya empat jam sehari kepada lapan jam. Remaja seawal 15 tahun ke atas dilatih menyertai sektor pertanian moden dan mestilah mengangggap pertanian adalah juga perniagaan yang menguntungkan dan menjanjikan pendapatan yang lumayan.
WPI membabitkan hanya satu negeri sedangkan Koridor Utara membabitkan 4 buah negeri.
Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (LPWI) bertindak sebagai pihak berkuasa dan pusat sehenti. Tetapi NCIA sebagai pembangun ekonomi dan sosial.
WPI menarik pelabur asing dan syarikat besar terutama Singapura dan Hong Kong untuk menjadi hub kewangan dan perkhidmatan menyerupai Hong Kong - Shenzhen. Tetapi Koridor Utara menumpukan kepada pelabur tempatan dengan tumpuan kepada pertanian dan prasarana. Kontraktor tempatan, syarikat tempatan dan pelabur tempatan akan membina sistem saliran, lebuh raya utama dan prasarana lain.
Pelabur asing ditugaskan untuk pembangunan elektrik dan elektronik serta hotel pelancongan.
Jalan raya dan tali air ditaik taraf dan diberi tugas kepada kontraktor kelas F, kelas A dan kelas B.
Semua peringkat harus bekerjasama dan mengurangkan karenah birokrasi dan politiking tidak kira di peringkat kerajaan persekutuan, kerajaan negeri mahupun masyarakat tani di jelapang padi tersebut.
Perubahan berfikir (mental block) dari pertanian lama kepada usahawan tani. * Pengurusan ala estet, skil tinggi dan skala antarabangsa.
Menjelang 2020, hampir 500,000 peluang pekerjaan dapat dijana.
Sebarang polemik dari parti politik akan menjejaskan kejayaan NCER ini.