Abam Bocey
Pelakon dan pelawak Malaysia (1988-2020) From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey (19 Januari 1988 – 10 Februari 2020) merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Achey. Beliau ialah bekas peserta Bintang Mencari Bintang musim pertama terbitan TV3. Abam juga terkenal dengan slogan 'Gemuk is Awesome’ kerana bertubuh besar.[1][2][3][4]
Remove ads
Kehidupan peribadi
Abam[5] berkahwin dengan Nor Hidayah Mohd Ali pada 8 Disember 2017 di Taman Air Manis, Sabak Bernam, Selangor. Majlis perkahwinan mereka dihadiri seramai 5,000 tetamu termasuk ahli keluarga pengantin lelaki.[6] Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.[7]
Kematian
Pada 10 Februari 2020, Abam Bocey telah meninggal dunia di kediamannya di Gombak di usia 32 tahun. Menurut isteri Allahyarham, Nor Hidayah, Abam mengalami demam panas dan sakit kepala sejak dua hari sebelum kematiannya.[8][9] Allahyarham dikebumikan selepas waktu Asar pada hari yang sama di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak, Selangor.[10][11]
Diskografi
Album
- Bocey
- Perjalanan (2015)
Single
Filemografi
Filem
Drama
Peserta
Telefilem
Televisyen
Remove ads
Anugerah dan pencalonan
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads