Abang Abu Bakar Abang Mustapha

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Allahyarham Tan Sri Dato' Sri Abang Abu Bakar bin Haji Abang Mustapha (28 Jun 1941 – 4 Disember 2023)[1] adalah merupakan salah seorang bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari tahun 1990 hingga 1999. Beliau juga merupakan bekas Ahli Parlimen bagi kerusi Paloh dan Kuala Rajang, Sarawak. Beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir pada 4 Disember 2023, di Kuala Lumpur.

Fakta Segera Allahyarham Tan Sri Dato' SriPSM; PNBS (Swk); DPTJ (NS); JMN, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ...
Remove ads

Keluarga

Beliau telah berkahwin dengan salah seorang kerabat diraja Negeri Sembilan, iaitu Puan Sri Datin Sri Tunku Maziah Tunku Mustapha pada tahun 1974 dan dikurniakan dengan 3 orang anak. Anak-anak beliau adalah Tunku Dayang Adelene Bahjah, Tunku Abang Mustapha Baqir dan Tunku Abang Faisal Amir.[2]

Anugerah dan pengiktirafan

Darjah kebesaran

  •  Malaysia
    • Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) - Tan Sri (2013)
    • Johan Mangku Negara (J.M.N.) (1980)
  •  Sarawak
    • Darjah Panglima Negara Bintang Sarawak (P.N.B.S.) - Dato' Sri (1985)
  •  Negeri Sembilan
    • Darjah Dato' Paduka Tuanku Ja'afar (D.P.T.J.) - Dato' (1990)

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads