Abang Johari Tun Openg
Premier Sarawak sejak 2022 From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Tan Sri Datuk Patinggi Dr. Haji Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Haji Abang Openg (lahir pada 4 Ogos 1950) [1][2] yang juga dikenali sebagai Abang Johari atau Abang Jo, ialah seorang ahli politik Malaysia yang kini menjawat jawatan Premier Sarawak keenam sejak tahun 2017. Beliau merupakan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sejak 2017 dan kini menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi kawasan Gedong sejak 2021.
Dilahirkan di Limbang dalam sebuah keluarga yang bergiat aktif dalam politik, Abang Johari memiliki ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Brunel London. Sebelum mewakili Gedong, beliau pernah menjadi ADUN Satok dari tahun 1981 hingga 2021. Beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak (kini dikenali sebagai Premier Sarawak) selepas kematian pendahulunya, Tan Sri Adenan Satem, pada Januari 2017.
Abang Johari juga merupakan pengerusi pertama Gabungan Parti Sarawak (GPS) sejak penubuhannya pada Jun 2018 selepas gabungan itu berpisah daripada Barisan Nasional. GPS mencatat kemenangan besar dalam pilihan raya negeri Sarawak 2021 apabila memenangi 76 daripada 82 kerusi DUN. Kepimpinan Abang Johari dilihat sebagai berhaluan tengah ke kanan dengan pendekatan pembangunan inklusif, kestabilan dan penekanan terhadap autonomi Sarawak.
Remove ads
Latar belakang
Abang Johari dilahirkan di Limbang, Sarawak pada 4 Ogos 1950. Beliau merupakan anak bongsu kepada Tun Abang Haji Openg Abang Shapie dan Toh Puan Dayang Hajjah Masniah Abdul Rahman. Bapanya dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang pertama dari tahun 1963 hingga 1969.
Beliau berkahwin dengan Datin Patinggi Jumaani Tuanku Bujang dan dikurniakan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan iaitu Abang Abdillah Izzarim dan Dayang Norjihan.[3]
Remove ads
Anugerah
Kehormatan Malaysia
Malaysia :
Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Kedua, Panglima Mangku Negara (PMN) – Tan Sri (2021) [4]
Sarawak :
Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Pangkat Keempat, Johan Bintang Sarawak (JBS) (1985)
Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Pangkat Kedua, Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) – Dato Sri (1990)
Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Pangkat Kedua, Datuk Amar Bintang Kenyalang (DA) – Datuk Amar (2008)
Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Pangkat Pertama, Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (DP) – Datuk Patinggi (2017) [5]
Sabah :
Darjah Yang Amat Mulia Kinabalu Pangkat Pertama, Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) – Datuk Seri Panglima (2024) [6]
Penghormatan asing
Brunei :
Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Pangkat Pertama, Darjah Setia Negara Brunei (PSNB) – Dato Seri Setia (2024) [7]
Ijazah Kehormat
Malaysia:
- Kedoktoran Kehormat dalam Perniagaan dan Pengurusan dari Universiti Teknologi Sarawak (2017) [8][9]
- Ijazah Kedoktoran Kehormat Pembangunan Ekonomi dari Universiti Malaysia Sarawak (2019) [10][9]
Australia:
- Anugerah Kedoktoran Kehormat Universiti daripada Universiti Teknologi Swinburne (2019) [11]
Remove ads
Pendidikan
Abang Johari mendapat pendidikan rendah dan menengah di Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang dan Sekolah Menengah Kebangsaan St. Joseph[12], Kuching dan kemudian belajar di Universiti Brunnel, United Kingdom. Beliau mendapat Masters dalam Pengurusan Perniagaan dari Universiti Brunnel, United Kingdom.
Kerjaya dan politik
Sebelum terbabit dalam arena politik, beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Eksekutif Penerbangan Malaysia (MAS) di Bahagian Perhubungan Korporat.
Beliau mula aktif dalam politik pada tahun 1977. Semasa menjadi Menteri Perindustrian dan Insfrastruktur Negeri, kadar pelaburan di Sarawak meningkat kepada lebih 10 bilion setahun. Anak bongsu kepada Tun Abang Haji Openg, atau Sri Abang, bukan sahaja dikagumi oleh kebanyakan masyarakat Melayu, malahan amat disenangi oleh para pelabur asing dan tempatan.
Selepas pilihan raya negeri yang ke-8 pada tahun 2001, beliau sekali lagi diberi kepercayaan sebagai Menteri Pelancongan Negeri sehingga rombakan kabinet negeri besar-besaran pada tahun 2004 yang memaksa beliau untuk bertukar ke portfolio Perumahan Sarawak. Tidak seperti ahli Dewan Undangan Negeri yang lain di Sarawak beliau amat gigih dalam mempertahankan nasib pengundi-pengundi beliau di N.6 Satok.
Pada Pilihan raya edisi kesembilan 2006, beliau yang mewakili Parti Pesaka Bumiputra Bersatu di atas tiket Barisan Nasional sekali lagi mempertahankan Kerusi N8 Satok dengan majoriti 2798 undi mengalahkan lawannya Mohamad Jolhi daripada Parti Keadilan Rakyat.
Abang Johari, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Satok yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam politik, merupakan seorang daripada tiga timbalan ketua menteri di bawah pentadbiran Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Hj Adenan Satem, selain Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Tan Sri Dr James Jemut Masing.
Beliau kini menyandang jawatan Menteri Perumahan dan Urbanisasi, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS).
Remove ads
Ketua Menteri Sarawak
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) telah sebulat suara untuk menyokong Abang Johari sebagai Ketua Menteri Sarawak keenam bagi menggantikan Tan Sri Datuk Amar Hj Adenan Satem yang telah pulang ke rahmatullah pada 11 Januari 2017. Beliau mengangkat sumpah jawatannya itu di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Astana, Sarawak.
Pilihan raya ini menyaksikan Gabungan Parti Sarawak mengekalkan kemenangan selepas menang 76 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.[13] Abang Johari diangkat semula menjadi Ketua Menteri Sarawak ketujuh.[14]
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads