Abang Openg

Yang di-Pertua Negeri Sarawak pertama From Wikipedia, the free encyclopedia

Abang Openg
Remove ads

Allahyarham Tun Datuk Haji Abang Openg bin Abang Sapiee (7 Oktober 1905 – 28 Mac 1969) ialah seorang negarawan di Malaysia. Beliau dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang pertama selepas pembentukan Malaysia pada 1963.

Fakta Segera Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Ketua Menteri ...

Beliau dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri setelah Sarawak menyertai Sabah, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia. Sebelum itu, jawatan tersebut bergelar "Tuan Yang Terutama Gabenor Koloni Mahkota British Sarawak", di mana mereka yang dipilih untuk memegang jawatan tersebut dilantik oleh King George VI dari 1946 hingga 1952, dan seterusnya oleh Ratu Elizabeth II dari 1952 hingga 1963.

Remove ads

Kehidupan

Abang Openg dilahirkan pada 7 Oktober 1905. Beliau mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kerajaan, Kuching, Sekolah St. Anthony, Sarikei dan Sekolah Malam St. Thomas, Kuching. Setelah tamat persekolahan, beliau memulakan kerjaya sebagai seorang kerani di Jabatan Kerajaan pada November 1942. Beliau bersara dari perkhidmatan awam pada September 1951 dan menjadi Presiden Majlis Islam Sarawak hingga dilantik dengan rasminya menjadi Gabenor Sarawak yang pertama pada 13 September 1963.[1] Beliau memegang jawatan tersebut hingga meninggal dunia pada 28 Mac 1969.

Remove ads

Kematian

Beliau meninggal dunia pada 28 Mac 1969 di Astana, Kuching. Beliau meninggalkan seorang balu, Dayang Masniah Abang Abdul Rahman[1] dan 10 orang cahaya mata, antaranya Abang Abdul Rahim[2], Dayang Mastijah[3], Abang Abdul Rahman Zohari dan Dayang Madinah,

Anugerah dan pengiktirafan

  •  Malaysia
    • Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) - Tun (1964)
    • Pingat Peringatan Malaysia (Emas) (P.P.M.) - 1965
  •  Sarawak
    • Darjah Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS)

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads