Abdul Ghani Gilong
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Tan Sri Abdul Ghani Gilong (30 Mei 1932 – 6 Mac 2021) merupakan bekas ahli politik serta negarawan berbangsa Kadazan-Dusun yang berasal dari Sabah, Malaysia. Beliau dilahirkan pada 30 Mei 1932 di Kampung Matan, Ranau, Sabah dan merupakan salah seorang daripada empat penerima Anugerah Tokoh Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia tahun 2010, berikutan jasa beliau yang banyak membantu kepada penyertaan Sabah ke dalam Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.[1]
Remove ads
Sumbangan terhadap pembentukan Malaysia
Tan Sri Abdul Ghani Gilong dikenali kerana sumbangan beliau terhadap penyertaan Sabah ke dalam Persekutuan Malaysia. Beliau bersama-sama dengan Tun Fuad Stephens menjelajah ke kawasan pedalaman seperti Ranau, Kundasang, Tambunan, Keningau, Jeselton (kini Kota Kinabalu), Kudat, Sandakan dan Kinabatangan bagi membantu Suruhanjaya Cobbold memberi penerangan kepada rakyat Sabah mengenai faedah-faedah yang bakal dinikmati Sabah supaya mereka menyokong pembentukan Malaysia.
Remove ads
Kerjaya politik
Tan Sri Abdul Ghani Gilong asalnya merupakan seorang peladang sebelum menceburkan diri dalam bidang politik. Setelah Sabah menyertai Malaysia pada tahun 1963, beliau bersama-sama Tun Fuad Stephens mengasaskan Pertubuhan Bersatu Pasok-Momogun Kadazan. Setelah parti tersebut dibubarkan pada tahun 1967, beliau menyertai Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO).
Kerjaya politik beliau di peringkat persekutuan bermula dengan memegang jawatan sebagai Menteri Hal Ehwal Sabah dan Pertahanan Awam. Selain itu beliau juga pernah menjawat jawatan Menteri Kehakiman serta Menteri Kerja Raya dan Pengangkutan Malaysia. Semasa menjawat jawatan sebagai Menteri Kerja Raya, beliau merasmikan pembukaan Lebuhraya Karak serta Terowong Genting Sempah pada tahun 1977. Selain itu, beliau turut terlibat dalam pembinaan projek mega lain seperti Kampus Utama Institut Teknologi MARA di Shah Alam serta Empangan Temenggor di Perak.
Beliau bersara dari arena politik setelah tewas pada pilihan raya 1978. Beliau kembali menjadi seorang peladang selepas persaraannya.
Remove ads
Kematian
Tan Sri Abdul Ghani Gilong telah meninggal dunia pada 6 Mac 2021 di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada pukul 12:12 tengah malam akibat sakit tua ketika berusia 88 tahun.[2]
Rujukan
Bacaan lanjut
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads