Abdul Karim Rahman Hamzah

From Wikipedia, the free encyclopedia

Abdul Karim Rahman Hamzah
Remove ads

Abdul Karim bin Rahman Hamzah (Jawi: عبد الكريم الرحمن حمزة; lahir 15 Mei 1960),[1] merupakan ahli politik Malaysia yang berpangkalan di negeri Sarawak daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), parti komponen utama gabungan pemerintah Gabungan Parti Sarawak (GPS) di negeri itu. Beliau telah berkhidmat sebagai Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sarawak sejak Mei 2017. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri Sarawak dari Januari 2017 hingga Mei 2017 dan Pembantu Menteri Pembangunan Perumahan dan Belia Negeri Sarawak sejak September 2011 sehingga Januari 2017. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) untuk Asajaya sejak September 2001.

Fakta Segera Peranan menteri (Sarawak), 2011–2017 ...
Remove ads

Kerjaya politik

Abdul Karim pertama kali dilantik sebagai Menteri Muda Perumahan dan Pembangunan Belia selepas berjaya mempertahankan kerusinya dan menjadi ADUN tiga penggal pada 2011.[2]

Pada Mei 2017, Abdul Karim dinaikkan pangkat sebagai menteri penuh oleh Ketua Menteri Sarawak keenam, Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg untuk mengetuai Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan.[3]

Keputusan pilihan raya

Maklumat lanjut Tahun, Kawasan pilihan raya ...
Remove ads

Anugerah

  •  Sarawak :
    • Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) – Datuk (2013)[4]
    • Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) – Dato Sri (2021)[5]

Lihat juga

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads