Gabungan Parti Sarawak

gabungan parti politik kebangsaan di Sarawak From Wikipedia, the free encyclopedia

Gabungan Parti Sarawak
Remove ads

Gabungan Parti Sarawak (singkatan: GPS) (Jawi: ڬابوڠن ڤرتي سراوق) adalah gabungan parti politik berbilang kaum di Sarawak, Malaysia. Gabungan politik tempatan ini telah disahkan secara rasmi oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada 19 November 2018.[1][2] Dalam Dewan Rakyat terkini, setakat November 2022, GPS membentuk blok keempat terbesar. Di peringkat negeri, GPS merupakan blok dominan, dengan memiliki majoriti dua-per-tiga dan gabungan ini mempromosikan kesatuan diantara presiden parti-parti tempatan dan rakyat-rakyat tempatan. GPS dipromosikan sebagai sebuah gabungan parti yang universal, bebas, dan juga dapat menyokong atau menentang sebarang idea, kenyataan, dan cadangan daripada pihak kerajaan mahupun daripada pihak pembangkang di seluruh Malaysia.[6] Walau bagaimanapun, GPS juga pernah dikritik pihak pembangkang kerana dakwaan penindasan terhadap pembangkang dan pembesar yang tak sehaluan.[7]

Fakta Segera Nama Melayu, Nama Cina ...
Remove ads

Parti Komponen

Maklumat lanjut Logo, Nama ...
Remove ads

Sejarah

Penubuhan

Gabungan Parti Sarawak (GPS) merupakan gabungan parti politik nasional Sarawak, yang terdiri daripada penggabungan empat parti komponen tempatan Sarawak, iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Parti Demokratik Progresif Sarawak (PDP), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), dan Parti Rakyat Sarawak (PRS). Selain itu, Gabungan Parti Sarawak (GPS) kini merupakan gabungan parti politik tempatan yang bebas, universal, dan kompleks di Sarawak. Ini kerana gabungan parti politik ini berhak menyokong atau menentang mana-mana pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang di seluruh Sarawak, dan juga di seluruh Malaysia secara amnya.

Gabungan Parti Sarawak (GPS) ini mula diperkenalkan pada 12 Jun 2018, sebagai suatu gabungan parti di bawah Barisan Nasional (BN).[8] Namun pada 19 November 2018, Gabungan Parti Sarawak (GPS) secara rasmi diluluskan di bawah Akta Pertubuhan 1966, serta diiktiraf terus oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) sebagai "gabungan parti politik bebas" yang sah. Gabungan parti politik ini dibenarkan untuk menggunakan logo sendiri semasa berlangsungnya pilihan raya negeri, pilihan raya umum, dan pilihan raya kecil yang berlangsung di Sarawak.

Berikutan kemelut politik Malaysia 2020–2022 yang menyaksikan kerajaan asal Pakatan Harapan kehilangan majoriti di Dewan Rakyat, GPS memeterai perjanjian dengan mengisytiharkan sokongan kepada gabungan kerajaan baharu, Perikatan Nasional. Abang Jo bagaimanapun menegaskan perjanjian itu tidak akan menyaksikan GPS menjadi ahli PN, sebaliknya kekal sebagai rakan kongsi.[9] Seminggu selepas pemilihan perdana menteri PN, Muhyiddin Yassin, mengangkat sumpah sebagai perdana menteri baharu, beliau mengumumkan kabinetnya yang menyaksikan empat ahli parlimen GPS menjadi menteri penuh, dan lima lagi ahli menjadi timbalan menteri.[10] Parti itu membuat penampilan sulungnya dalam pilihan raya pada pilihan raya negeri Sarawak 2021. Pemilihan itu ditandakan sebagai kejayaan besar bagi parti itu, kerana ia meningkatkan kawalan ke atas Dewan Undangan Negeri Sarawak dengan memenangi 76 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.[11]

Pada pilihan raya umum Malaysia ke-15, GPS memperoleh kejayaan besar dalam bahagian Sarawak, dengan 23 kerusi diperoleh daripada 31 kerusi keseluruhan di Sarawak. Dalam situasi parlimen tergantung yang terbit dalam pilihan raya itu, blok GPS yang besar dilihat sebagai penentu utama blok kerajaan yang bakal terbina.

Remove ads

Organisasi kepimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS)

Maklumat lanjut Jawatan, Nama ...
Remove ads

Pilihan raya umum negeri

Keputusan pilihan raya

Dewan undangan negeri

Maklumat lanjut Pilihan raya, Dewan Undangan Negeri ...

Parlimen

Maklumat lanjut PRU, Parlimen ...

Wakil rakyat

Lantikan Yang di-Pertuan Agong

Maklumat lanjut No., Nama ...

Nota: Susunan mengikut senioriti.

Lantikan Dewan Undangan Negeri

Maklumat lanjut No., Negeri ...

Nota: Susunan mengikut negeri

Dewan Rakyat

Maklumat lanjut Negeri, No. ...
Remove ads

Kerajaan negeri

Maklumat lanjut Negeri, Jawatan ...

Lihat juga

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads