Abu Bakar Omar

Pelakon veteran Malaysia (1948-2021) From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Abu Bakar Omar (25 April 1948 – 16 April 2021) merupakan seorang pelakon di Malaysia. Beliau dilahirkan Di Titi Gajah, Alor Setar, Kedah. Beliau merupakan sepupu kepada bekas pengiring sultan Kelantan, Ahmad Tajuddin Shahabudin.

Fakta Segera Kelahiran, Meninggal dunia ...
Remove ads

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama radio

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Anugerah dan pencalonan

Sebagai pelakon, Abu Bakar banyak dicalonkan dan memenangi anugerah bersandarkan kualiti lakonannya baik di pentas, kaca TV mahupun layar perak. Berikut adalah antara anugerah yang pernah dimenanginya.

Anugerah Sri Angkasa

  • 1983 - Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) - "Senja Belum Berakhir" (Menang) di samping Uji Rashid
  • 1989 - Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) - "Tanah Bukit" (pencalonan)
  • 1990 - Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) - "Perhitungan" (pencalonan)
  • 1990 - Pelakon Lelaki Terbaik (Drama Radio) - "Bukan Kerana Kasih" (Menang)
  • 2001 - Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama) - "Bila Kompang Berbunyi" (Menang)

Anugerah Skrin

  • 1997 - Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - "Selamat Hari Jadi Su II" (Pencalonan)
  • 1998 - Pelakon Lelaki Terbaik - "Satu Juta" (Pencalonan)
  • 1998 - Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - "Dajal Suci" (Pencalonan)
  • 1999 - Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - "Mata Hati" (Menang)
  • 2003 - Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - "Tongkat Tok Ali" (Pencalonan)
  • 2012 - Pelakon Lelaki Terbaik - "Gincu Ayah" (Menang)

Festival Filem Malaysia

  • 1983 - Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - "Bila Hati Telah Retak" (Pencalonan)
  • 1991 - Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - "Rentak Desa" (Pencalonan)
  • 2005 - Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - "Hingga Hujung Nyawa" (Pencalonan)
Remove ads

Aktif politik

Pada tahun 2013, Abu Bakar Omar dan seorang rakan artis yang pernah membintangi filem Leftenan Adnan, Hairie Othman menyertai Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan bergiat aktif.

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads