Adam Corrie

Pelakon lelaki Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Adam Corrie
Remove ads

Adam Corrie (lahir 11 November 1968) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau menggunakan nama Adam Corrie selepas memeluk Islam. Sebelum memeluk Islam beliau menggunakan nama Corrie Lee. Manakala sebelum terlibat dengan bidang lakonan, nama Frankie Lee digunakan ketika aktif sebagai pereka tari dan penari profesional.

Fakta Segera Kelahiran, Nama lain ...

Beliau dilahirkan dalam keluarga berbangsa Cina yang asalnya beragama Buddha di Pulau Pinang. Merupakan seorang anak tentera, beliau mampu berbahasa Kantonis, Hokkien, Inggeris dan Melayu dengan baik sekali.

Beliau terkenal dengan peranan antagonis dan telah berlakon sebanyak 31 buah filem. Antara filem-filem lakonan beliau termasuk Spinning Gasing (2001), Paloh (2003), Pontianak Harum Sundal Malam (2004), Pontianak Menjerit (2005), GK3 The Movie (2005), Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009), Evolusi KL Drift 2 (2010) dan KL Gangster (2011–2013).[2] Sebagai seorang penari, beliau pernah menjadi penari di beberapa rancangan televisyen termasuk Hiburan Minggu Ini dan Muzik-Muzik. Beliau pernah menjadi kolumnis jemputan di akhbar Metro Ahad selama dua tahun dari 2016 hingga 2018 di ruangan HIdayah. Beliau juga ialah seorang pereka tari profesional (koreografer) yang sangat dikenali di Akademi Fantasia sebagai cikgu tari. Pelajar AF memanggil beliau sebagai Cikgu Corrie.

Pada tahun 2017, beliau telah menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah[3] - Saudara Kita peringkat negeri Selangor Darul Ehsan bagi tahun 2017.

Thumb
drama Metro Skuad
Thumb
Adam Corrie
Remove ads

Kerjaya

Adam Corrie mula melibatkan diri dengan bidang seni sebagai penari secara serius pada tahun 1980 ketika itu beliau menggunakan nama Frankie Lee sehingga 2000. Sebelum menjadi seorang penari ketika itu, beliau juga telah banyak memasuki pertandingan menari dan juga menjadi juara dalam pertandingan yang beliau sertai sejak berusia 14 tahun lagi, antaranya ialah Juara Peter Stuyvesant Dance Competition pada 1995 dan Juara Big 2 World Dance Championship di Filipina pada 1999 dan banyak lagi.

Melalui pengalaman yang telah ditimba, beliau mula menjinakkan diri sebagai koreografer profesional pada awal 1990. Beliau mula mengorak langkah setapak sebagai pelakon melalui filem pertama iaitu Spinning Gasing pada tahun 1998 (ketika itu beliau masih dikenali sebagai Frankie Lee) dan sehingga kini beliau tetap meneruskan kerjaya sebagai pelakon. Beliau juga mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan bidang fesyen dengan menjual kemeja-T, kurta , baju melayu, jubah dan sebagainya di bawah jenama Mr & Mrs Adam Corrie www.adamcorrie.co sejak 2014 hingga kini di Busana@Menara Mara, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Sekarang sibuk mengusahakan restauran yang bernama KOPIHUT iaitu restauran berkonsep kopitiam. Antara makanan yang dijual seperti roti bakar, mi wantan, mi kari, nasi lemak dan banyak lagi.

Dari 2009 hingga 2013, beliau paling dikenali menerusi kerjasamanya bersama Syamsul Yusof di mana beliau telah berlakon dalam empat filem arahan Syamsul. Dalam filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009), beliau memegang watak sebagai John, seorang bapa ayam dan orang kanan Azam lakonan Aaron Aziz.[4] Adam Corrie memegang watak sebagai Alex, ketua samseng dan sindiket dadah dalam filem Evolusi KL Drift 2 yang menjadi kejayaan pecah panggung.[5] Beliau seterusnya memegang watak Dragon dalam filem aksi KL Gangster yang meraih kutipan RM11 juta,[6] Adam Corrie kembali menjayakan semula wataknya dalam prekuelnya yang ditayangkan pada Oktober 2013.[7]

Kini, membuka sebuah lagi perniagaan makanan dengan membuka restoren di bawah jenama KOPIHUT yang pertama di Bandar Sri permaisuri , Cheras Kuala Lumpur pada bulan Julai 2024.

Remove ads

Kehidupan peribadi

Pada 13 Julai 2007, beliau telah kembali pada fitrah secara rasmi.[Nota 1] Berasal dari keluarga Cina yang menganuti agama Buddha. Beliau giat belajar mengenali Islam sebelum memeluk Islam lagi.[9] Beliau mempelajari bagaimana solat, serba sedikit mengenai fardhu ain.[10]

Beliau telah mengucap 2 kalimah syahadah sebagai Adam Corrie Lee bin Abdullah. Alhamdulillah dengan hidayah yang diberi di ketika usia 39 tahun. Impian pertama sebagai Muslim ialah ingin menjadi tetamu-Nya.[11]

Selepas 6 tahun kembali kepada fitrah (menganut agama Islam) beliau sekarang sering dijemput berkongsi pengalaman dan motivasi sebagai pendakwah bebas Saudara Baru di Pejabat-pejabat Kerajaan, masjid-masjid, badan NGO serta Institusi Pengajian Tinggi dan sekolah-sekolah. Beliau aktif menghadiri pengajian Majlis Ta'lim Darul Murtadza yang dipimpin oleh Habib Ali Zaenal Abidin dan sertai kelas Usrah Fitrah[12] yang ditubuh untuk artis-artis Malaysia yang telah berhijrah atau yang ingin menambahkan ilmu agama dan memperbaiki diri.[13]

Cabaran Adam Corrie sebagai seorang saudara baru ialah beliau pernah dilarang Solat dan beliau pernah ditegur dan dipandang serong kerana menunaikan solat berjemaah bersama isterinya di lokasi penggambaran.[14] Selain itu beliau juga dimanipulasikan gambar dan penampilannya oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk kepentingan agenda politik sehingga menjejaskan imej beliau sebagai artis yang neutral dalam politik. [15][16][17]

Remove ads

Cabang lain

Kembara Iman Saudara Baru diwujudkan oleh Adam Corrie iaitu satu program khusus untuk saudara baru pergi mengerjakan umrah bagi memantapkan akidah. Program pertama beliau pada 10 Jun 2015 telah berjaya membawa seramai 23 orang saudara baru dengan mengumpul dana dari orang perseorangan. Manakala Kembara Iman Saudara Baru kedua,[18] iaitu pada tahun 2016, Adam Corrie telah membawa 50 orang saudara baru dengan jayanya. Pertubuhan Kembara Iman Malaysia di tubuhkan bukan sekadar membawa mulaaf pergi mengerjakan umrah, tetapi lebih dari itu. Ia lebih kepada program-program kebajikan membantu mualaf dalam mengenali Islam. Beliau juga telah memegang jawatan dalam organisasi NGO iaitu Pengerusi Pertubuhan Kembara Iman Malaysia, Pengerusi Persatuan Usrah Fitrah Malaysia, dan Timbalan Pengerusi Koperasi Permodalan Muallaf.

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Teater

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Iklan

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Anugerah dan penghargaan

  • Juara – Peter Stuyvesant Dance Competition -1995
  • Juara - Big 2 World Dance Championship di Filipina -1999
  • Calon Tokoh Maal Hijrah Kesenian peringkat Wilayah Persatuan 2016
  • Tokoh Maal Hijrah 1439h / 2017 - Saudara Kita peringkat Negeri Selangor
  • Ikon Jom Celik Al-Quran MAIWP 2020
  • Duta MAIWP 2020 - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Nota kaki

  1. Berdasarkan pernyataan beliau di fan page Facebook beliau: "Ya saya berbangsa Cina yang beragama Islam."[8]

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads