Adiwarna

Album ke-4 Siti Nurhaliza From Wikipedia, the free encyclopedia

Adiwarna
Remove ads

Adiwarna[3] merupakan album studio keempat Siti Nurhaliza,[4] dilancarkan pada 29 Jun 1998. Adiwarna merupakan album pertama Siti yang berjaya merangkul anguerah "Album Terbaik" di Anugerah Industri Muzik. Album ini juga memuatkan beberapa single yang cukup sinonim dengan nama Siti Nurhaliza, iaitu, “Diari Hatimu”,[a] "Purnama Merindu" dan "Satu Cinta Dua Jiwa". Album ini telah terjual melebihi 100,000 unit.[5]

Fakta Segera Album studio oleh Siti Nurhaliza, Dilancarkan pada ...
Fakta Segera Penarafan profesional, Markah ulasan ...

Lagu "Satu Cinta Dua Jiwa" juga telah dialih bahasa kepada bahasa Inggeris dengan judul "We'll Be As One". Lagu ini telah dihantar untuk menyertai Pertandingan Nyanyian Antarabangsa Pasifik Selatan di Australia. Dengan hanya menghantar kaset demo, lagu ini berjaya menggondol dua anugerah.

Remove ads

Penerbitan

Biarpun album terdahulunya mempunyai alunan muzik pop tulen, meneruskan kejayaan album Siti Nurhaliza, Siti Nurhaliza II dan Cindai. Untuk album Adiwarna, Siti Nurhaliza bersama mentornya, Adnan Abu Hassan mula bereksperimen dengan mengadun muzik pop dengan balada untuk hasil terbaik, dimana Adnan mencipta dua lagu dalam album ini “Gelora Asmara” dan “Tak Rela Berpisah Dari Mu”. Adik Adnan, Azlan Abu Hassan menyumbangkan lagu Satu Cinta Dua Jiwa.[5]

Pasangan suami isteri yang juga komposer dan penulis lirik terkenal, LY dan Baiduri yang sebelum ini bekerja dengan Siti menerusi lagu "Aku Cinta Padamu" dalam album kedua Siti, menyumbangkan dua lagu "Sendiri" dan “Demi Kasih Sayang”. Rakaman album Adiwarna dimulakan pada Oktober 1997 semasa Siti dalam proses terakhir menyiapkan album Cindai dan ia siap sepenuhnya pada Mei 1998.[5]

Remove ads

Tajuk album

Dalam satu temuramah dengan Utusan Malaysia pada 20 Jun 1998,[4] Siti berkata, beliau memilih Adiwarna sebagai judul album solo keempatnya menjelaskan, istilah tersebut cukup untuk menggambarkan segala kecantikan dan keindahan dalam bidang seni suara yang mahu ditampilkan.[4] Selain itu, Adiwarna bagi Siti, juga merupakan kepelbagaian kesenian dalam sesebuah album sepertimana yang cuba ditampilkan kali ini.[4]

Menurutnya: "ini bukan album asli tetapi album pop biasa, cuma judulnya sahaja yang agak klasik dan kemelayuan,".[4] Dengan pemilihan istilah berunsur kemelayuan sebagai judul album, Siti berpeluang untuk kembali mempopularkan banyak perkataan lama yang semakin dilupakan.[4]

Remove ads

Keluaran dan sambutan

Adiwarna dikeluarkan pada 29 Jun 1998 dan mendapat sambutan yang baik semasa pelancarannya dan telah terjual sebanyak 100, 000 unit dan menerima pensijilan 4x platinum. Di samping itu, muzik video untuk lagu "Purnama Merindu", “Diari Hatimu”, “Satu Cinta Dua Jiwa”, “Laguku Di Hatimu”, “Demi Kasih Sayang” dan “Gelora Asmara” telah dikeluarkan.[5]

Sepertimanya tiga album Siti Nurhaliza terdahulu, album Adiwarna juga diterbitkan dalam versi alternatif dengan kulit album yang berbeza. Album ini juga dikeluarkan enam bulan selepas Siti menubuhkan syarikatnya, Siti Nurhaliza Productions pada 12 Januari, sehari selepas ulang tahun kelahirannya ke-19.

Kejayaan album Adiwarna meyakinkan Siti Nurhaliza bahawa sesetengah album perlu disinergikan pada platform media lain untuk memastikan ia berjaya.[6]

Senarai runut

Maklumat lanjut No., Tajuk ...
Maklumat lanjut Versi Indonesia, No. ...
Remove ads

Tenaga kerja

Kredit diperoleh daripada sisipan buku kecil album Adiwarna.[7]

  • Opie (Bloodshed) - gitar
  • Man Kidal (Lefthanded) - gitar
  • Azmeer - keyboard
  • Yan (Lefthanded) - bass
  • Man Dayak (Lefthanded) - dram
  • Andy - fotografi
  • Ariffin - unit promosi
  • Azmeer - penerbit
  • Baiduri - penulis lirik
  • Bard - unit promosi
  • Adnan Abu Hassan - penerbit
  • Azlan Abu Hassan - penerbit
  • Hazida - penulis lirik
  • Sham Amir Hussain - pengurus A&R, penulis lirik
  • Hana Creative Image - imej
  • Joe - unit promosi
  • Joey - jurusolek, pendandan rambut
  • Juwie - penulis lirik
  • Lau - jurutera
  • L.Y. - penerbit
  • Tan Su Loke - penerbit eksekutif
  • Hani MJ - penulis lirik
  • Nieta - unit promosi
  • Siti Nurhaliza - penulis lirik
  • Ferdi Khalid NS - penerbit, penulis lirik
  • Malek Osman - penerbit
  • Andy Pok - mastering
  • AS Design & Print - penciptaan
  • Lukhman S - penulis lirik
  • Salman - penerbit
  • Johari Teh - penerbit
  • Tina - unit promosi
  • Ucu - penulis lirik
  • Vincent - jurutera, adunan
  • Wong - jurutera, adunan
  • Zuriani - penerbit
Remove ads

Kedudukan carta

Album

Maklumat lanjut Carta (1998), Kedudukan tertinggi carta ...

Single

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Pensijilan

Maklumat lanjut Negara, Pensijilan ...

Anugerah

Anugerah Industri Muzik

Maklumat lanjut Tahun, Penerima/Karya tercalon ...

Anugerah Carta RIM

Maklumat lanjut Tahun, Penerima/Karya tercalon ...

Anugerah Juara Lagu

Maklumat lanjut Tahun, Penerima/Karya tercalon ...

South Pacific International Song and Singing Competition

Maklumat lanjut Tahun, Penerima ...

Shanghai Music Festival

Maklumat lanjut Tahun, Penerima ...

Voice of Asia

Maklumat lanjut Tahun, Penerima ...
Remove ads

Catatan

  1. Lagu "Diari Hatimu" pada asalnya dimuatkan di dalam album keduanya, tetapi ia tidak dapat dilakukan. Bagaimanapun, ia dimuatkan di dalam album Adiwarna.
  2. Lagu ini diterbitkan sebagai single dan ditukarkan kepada judul "Mencintaimu Selamanya".

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads