Adnan Abu Hassan (ahli politik)

ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Yang Berhormat Dato' Adnan bin Abu Hassan (lahir 17 Februari 1970) ialah seorang ahli politik di Malaysia. Beliau ialah Ahli Parlimen Kuala Pilah sejak 2022. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan bagi DUN Senaling pada 2018 hingga 2023, dan bagi DUN Pilah pada 2008 hingga 2013[1].

Fakta Segera Yang Berhormat Dato'DBNS (Negeri Sembilan), Didahului oleh ...
Remove ads

Latar belakang

Adnan dilahirkan pada 17 Februari 1970 di Kuala Pilah. Beliau mendapat pendidikan di SK Senaling, SMK Tuanku Muhammad dan Sekolah Dato’ Abdul Razak di Seremban. Kemudian beliau menyambung pengajian sarjana muda dalam undang-undang di Universiti Malaya.

Adnan telah mendirikan rumah tangga bersama Datin Ramadhawati Wahab dan dikurniakan lima anak.

Politik

Dalam penglibatan politik, Adnan pernah dilantik Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Pilah pada 2008 hingga 2013. Beliau mula bertanding dalam pilihan raya pada 2008 di DUN Pilah dan menjadi ADUN selama sepenggal.

Keputusan Pilihan Raya

Parlimen

Maklumat lanjut Tahun, Parlimen ...

Dewan Undangan Negeri

Maklumat lanjut Tahun, DUN ...

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads