Adnan Sempit (siri filem)

From Wikipedia, the free encyclopedia

Adnan Sempit (siri filem)
Remove ads

Adnan Sempit merupakan sebuah siri filem berkaitan dengan Adnan, seorang mat rempit di Kuala Lumpur.[[[Wikipedia:Penjelasan|Penjelasan diperlukan]]] Siri filem yang dihasilkan oleh Metrowealth Movies Production ini terdiri daripada filem Adnan Semp-It (2010), Adnan Sempit 2 (2012), Adnan Sempit 3 (2013) dan Adnan Sempit Sawadikap (2014).[1] Kesemua filem dalam siri filem ini diterbitkan oleh David Teo. Hanya filem pertama yang diarahkan oleh Ahmad Idham manakala filem-filem berikutnya diarahkan oleh Ismail Bob Hashim.

Fakta Segera Pengarah, Dihasilkan oleh ...

Siri filem ini merupakan siri filem ketiga dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman. Filem Adnan Semp-It merupakan filem Malaysia pertama yang mencecah takat kutipan RM 7 juta di pawagam-pawagam tempatan dan mempertahankan gelaran filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman selama sembilan bulan.

Remove ads

Filem

Adnan Semp-It

Thumb
Shaheizy Sam membintangi kesemua empat siri filem Adnan Sempit.

Adnan Semp-It ialah sebuah filem bertemakan aksi komedi arahan Ahmad Idham yang ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 14 Januari 2010. Filem yang dibintangi oleh Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Along Cham dan Yana Samsudin ini merupakan filem yang mengupas budaya mat rempit atau samseng jalanan di Malaysia secara santai.

Filem ini diibaratkan sebagai parodi filem Remp-It yang diarahkan oleh pengarah yang sama (filem V3 Samseng Jalanan ialah sekuel Remp-it).

Adnan Sempit 2

Adnan Sempit 2 merupakan sebuah filem genre komedi aksi yang ditayangkan pada 23 Februari 2012 arahan Ismail Bob Hashim dan merupakan filem Adnan Sempit pertama arahan beliau.

Adnan Sempit 3

Adnan Sempit 3 ialah filem Malaysia yang merupakan kesinambungan dari filem Adnan Semp-It dan Adnan Sempit 2. Filem ini ditayangkan pada tahun 2013.

Adnan Sempit Sawadikap

Adnan Sempit Sawadikap ialah filem aksi komedi Malaysia arahan Ismail Bob Hashim.

Remove ads

Tenaga kerja

Pelakon

Maklumat lanjut Watak, Filem ...
Catatan: Sel kelabu terang menunjukkan watak tersebut tidak muncul dalam filem.

Kru

Maklumat lanjut Kru, Filem ...
Remove ads

Sambutan

Maklumat lanjut Filem, Tarikh tayangan ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads