Senarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggi
rencana senarai Wikimedia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Perfileman tanah air dibentuk secara rasmi pada tahun 1980 oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS). Filem kebiasaannya menjana pendapatan daripada beberapa aliran hasil, termasuk pameran teater, cakera padat, penyiaran televisyen dan barangan dagangan. Walau bagaimanapun, pendapatan box-office filem ialah metrik utama untuk penerbitan perdagangan dalam menilai kejayaan sesebuah filem, kebanyakannya kerana ketersediaan data berbanding angka jualan daripada cakera padat dan hak penyiaran televisyen. Di dalam senarai ini ialah carta penerima filem yang mempunyai kutipan tertinggi mengikut tahun kalendar dan garis masa yang menunjukkan peralihan rekod filem dengan kutipan tertinggi serta siri filem dengan kutipan tertinggi. Semua carta disenaraikan mengikut prestasi box-office panggung wayang di seluruh Malaysia. Kutipan yang ditulis adalah tidak termasuk daripada penjualan cakera padat, penyiaran televisyen iaitu melalui Astro First dan tayangan secara OTT seperti Netflix, Disney+ Hotstar dan Amazon Prime.

Secara tradisinya, filem perang, komedi, aksi, animasi dan seram telah menjadi genre yang paling popular dan digemari di kalangan rakyat Malaysia, kebiasaanya filem francais telah menjadi dominasi filem yang paling laris di abad ke-21. Francais bagi siri filem Polis EVO telah mencatatkan penerima kutipan tertinggi siri filem Malaysia setakat ini, dimana filem Polis EVO 3 telah memegang rekod sebagai filem Malaysia yang mempunyai kutipan kedua tertinggi serta filem Polis EVO 2 juga turut memegang filem Malaysia yang ke-20 yang mempunyai kutipan tertinggi serta Polis EVO yang menjadi bualan hangat dan membangkitkan serta menaikkan martabat filem tempatan yang merundum kerana kualiti yang teruk sejak permulaan abad ke-21. Ketiga-tiga buah filem ini telah menerima kutipan sebanyak RM 90.19 juta. Turut diikuti oleh francais siri filem daripada Animonsta Studios dengan 3 filem animasi mereka arahan Nizam Razak (Mechamato Movie - terbitan bersama Astro Shaw, BoBoiBoy Movie 2 dan BoBoiBoy: The Movie) dengan jumlah kutipan kumulatif keseluruhan siri RM81.68 juta, siri filem Munafik arahan Syamsul Yusof dengan kutipan kedua-dua filem tersebut RM67.04 juta, Abang Long Fadil arahan Syafiq Yusof (adik Syamsul) mendapat kutipan sebanyak RM58.61 juta sekaligus menjadikan keluarga Dato' Yusof Haslam (Dato' Yusof sendiri, Syamsul dan Syafiq) menjadi 3 pengarah termahal di Malaysia menurut Harian Metro.[1]
Setakat ini, Syamsul Yusof adalah pengarah yang mendominasi industri filem tempatan daripada aspek kutipan filem tertinggi. Pada tahun 2022, Syamsul telah mempunyai 11 filem arahannya di mana filem pertamanya, Evolusi KL Drift (2008) yang menerima kutipan sebanyak RM 4.5 juta turut diikuti oleh filem keduanya Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009, RM 4.2 juta), Evolusi KL Drift 2 (2010, RM 5.5 juta), Khurafat: Perjanjian Syaitan (2011, RM 8.5 juta), KL Gangster (2011, RM 11.74 juta), Aku Bukan Tomboy (2011, RM 2.2 juta), Jalan Kembali: Bohsia 2 (2012, RM 4.98 juta), KL Gangster 2 (2013, RM 4.96 juta), Munafik (2016, RM19.04 juta), Munafik 2 (2018, RM 48 juta) dan Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022, RM 84 juta) telah mencipta sejarah sebagai filem Malaysia paling laris mengatasi semua filem-filem antarabangsa.
Remove ads
Sejarah kutipan filem tertinggi
Sebelum tubuhnya Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) pada tahun 1980, sutradara yang mendominasi tanah air dan digelar sebagai epik filem tempatan adalah Seniman Agung Negara, Tan Sri P. Ramlee (22 Mac 1929 – 29 Mei 1973). Allahyarham Tan Sri P. Ramlee telah mengeluarkan lebih daripada 50 filem hasil dan arahannya yang dikeluarkan pada sekitar tahun 1950-an, 1960-an dan 1970-an, dimana filem-filem beliau semuanya menerima kutipan yang tertinggi pada ketika itu. Namun demikian, disebabkan tiada rekod bilangan penjualan tiket dan kutipan yang tepat, dengan ini secara rasminya tidak dapat menyatakan bahawa jumlah hasil kutipan filem keluarannya secara kasar.[2]
Senarai Filem dengan Kutipan Tertinggi di Malaysia Sepanjang Masa
Sehingga April 2025, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan merupakan filem dengan kutipan tertinggi sepanjang masa di Malaysia.
- Lorek latar belakang menunjukkan filem ini sedang ditayangkan pada 03 Ogos 2025 di panggung wayang.
Catatan 1: semua filem tempatan adalah berdasarkan laporan tahunan dan data rasmi dari pihak FINAS Catatan 2: Semua kutipan bagi filem tempatan hanya merangkumi pasaran Malaysia sahaja.
Senarai Filem Cina dengan Kutipan Tertinggi di Malaysia
Remove ads
Kutipan filem tempatan tertinggi sepanjang zaman
Pada carta ini, filem disenaraikan mengikut hasil daripada pameran teater pada nilai nominalnya, bersama-sama dengan kedudukan tertinggi yang mereka capai. 10 filem secara keseluruhannya telah memperoleh kutipan melebihi RM 30 juta dengan Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan berada di kedudukan teratas. Semua filem telah ditayangkan di pawagam pada abad ke-20 dan abad ke-21.
- Lorek latar belakang menunjukkan filem ini sedang ditayangkan pada 03 Ogos 2025 di panggung wayang.
Remove ads
Kutipan filem antarabangsa tertinggi sepanjang zaman
Berikut ialah senarai 20 filem antarabangsa dengan kutipan tertinggi sepanjang masa di Malaysia.
Nota: Semua jumlah kutipan adalah berdasarkan minggu terakhir tayangan filem di pawagam tempatan dan dianggarkan dalam mata wang tempatan, memandangkan kadar pertukaran antara Dolar Amerika dan Ringgit Malaysia berbeza setiap minggu.
Kutipan filem animasi tertinggi sepanjang zaman
Nota: Semua kutipan adalah berdasarkan minggu terakhir tayangan filem di pawagam tempatan dan dianggarkan dalam mata wang tempatan kerana kadar tukaran antara Dolar Amerika dan Ringgit Malaysia berbeza setiap minggu.
- Lorek latar belakang menunjukkan filem ini sedang ditayangkan pada 03 Ogos 2025 di panggung wayang.
Filem animasi tempatan dengan kutipan tertinggi di Malaysia ialah Ejen Ali 2: The Movie. Bagi filem animasi antarabangsa, kutipan tertinggi ialah Ne Zha 2.
Remove ads
Garis masa kutipan filem tertinggi sepanjang zaman

Sekurang-kurangnya sepuluh filem telah memegang rekod 'filem dengan kutipan tertinggi' sejak filem Adik Manja menduduki tempat teratas pada tahun 1980. Filem Adik Manja memegang rekod filem dengan kutipan tertinggi yang paling lama iaitu selama 14 tahun, dan diikuti oleh filem Sembilu II dan Lagi-Lagi Senario, dimana kedua-dua filem tersebut adalah filem kedua dan ketiga yang memegang rekod dengan kutipan tertinggi iaitu selama 6 tahun (selepas Adik Manja). Kini, rekod ini dipegang oleh filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, arahan Syamsul Yusof, iaitu sebanyak RM 84.92 juta.
Remove ads
Kutipan filem tertinggi mengikut tahun
Berikut merupakan kutipan filem tertinggi mengikut tahun.
Remove ads
Kutipan filem tertinggi berdasarkan siri filem
Berikut merupakan kutipan filem berdasarkan siri filem. Siri filem bermaksud koleksi filem yang berkaitan antara satu sama lain (sama ada sekuel, prekuel atau spin-off).
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads