Along Cham
Pelawak, pelakon, pengacara dan penyampai radio Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Muhammad Nizamuddin Ahmad atau Along Cham (lahir 19 Januari 1983) merupakan seorang pelawak, pelakon, pengacara dan penyampai radio Malaysia. Beliau memulakan kerjayanya menerusi penglibatan dalam program realiti Raja Lawak musim kedua bersama Azrul. Pada 1 Mac 2012, Along dilantik sebagai duta Modenas sempena pelancaran model motosikal Modenas Ace yang baru.[1]
Remove ads
Kehidupan peribadi dan awal
Along Cham dilahirkan pada 19 Januari 1983 di Johor Bahru, Johor sebagai Mohamed Nizamuddin bin Ahmad dan merupakan anak sulung daripada tiga beradik. Along sebelum ini pernah berkhidmat sebagai DJ di Perbadanan Johor di Johor Bahru sebelum menceburi bidang seni. Beliau juga merupakan bekas juruteknik elektrik Syarikat Swasta di Johor Bahru dan berpendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Beliau berkahwin dengan bekas bintang Akademi Fantasia musim keempat, Zila Seeron pada 2010 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Daniel Muhammad Nizamudin.[2] Pasangan ini bercerai pada 2016.[3]
Remove ads
Kerjaya
Along Cham pertama kali mendapat perhatian umum menerusi penyertaannya dalam rancangan realiti TV, Raja Lawak Astro musim kedua bersama kumpulan Cham yang dianggotai oleh teman karibnya, Azrul Zaidi. Cham merupakan naib juara sementara Nabil Ahmad merupakan juaranya. Along menggunakan nama "Cham" selepas pasca-Raja Lawak dan enggan menggunakan nama "Raja Lawak" untuk kerjaya komedinya. Sebelum menyertai Raja Lawak, Along pernah menyertai Malaysian Idol musim pertama sebagai salah seorang peserta Top 100.
Kerjaya filem beliau hadir pada 2009 menerusi filem Sifu & Tongga lakonan Saiful Apek dan rakan seperjuangannya di Raja Lawak musim kedua, Nabil Ahmad arahan Prof. Madya Dato' A. Razak Mohaideen. Beliau mengikat kontrak bersama Metrowealth Pictures dan seterusnya muncul bersama filem aksi komedi pecah panggung Adnan Sempit bersama Shaheizy Sam, Intan Ladyana dan Yana Samsudin, yang mana beliau memegang watak sebagai Bobby, beliau membawakan semula peranan itu dalam tiga filem seterusnya, Adnan Sempit 2 (2012), Adnan Sempit 3 (2013) dan Adnan Sempit Sawadikap (2014). Beliau turut memegang watak sama dalam spinoff filem Adnan Sempit, Wawa Semput (2013).
Filem lain yang dibintanginya ialah Suatu Malam Kubur Berasap (2011), Taikun (2012) serta Jidin Sengal (2012) yang menggandingkannya bersama Angah Raja Lawak.
Remove ads
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Televisyen
Radio
Peserta
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads