Alyah
Penyanyi wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Datin Noor Hasliah Abu Hasan (lahir 3 Januari 1981) atau Alyah Hasan juga disebut Alyah merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia.[1][2][3] Mula bergiat aktif dalam dunia seni sejak 2000 ketika beliau berusia 19 tahun, namun namanya mula meniti di bibir peminat sekitar tahun 2008 bersandarkan populariti lagu hit "Tak Mungkin Kerna Sayang" ciptaan Ajai, manakala lirik tulisan Datuk Habsah Hassan. Bakatnya dikesan menerusi pertandingan Bintang HMI 2000 anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang menobatkan beliau sebagai juara.[4][5][6][7]
Remove ads
Kerjaya
Kerjaya solo
Ketika zaman remajanya di Johor, Alyah banyak menyertai pertandingan nyanyian baik dengan lagu-lagu pop mahupun lagu tradisional. Alyah mula mendapat perhatian ramai apabila menjadi Naib Juara Pertandingan Asia Bagus yang berlangsung di Jakarta pada tahun 1998 ketika beliau berusia 17 tahun. Seterusnya Alyah mencipta nama sekali lagi menerusi pertandingan Bintang HMI pada tahun 2000 dengan mempertaruhkan lagu "Andainya" nyanyian asal Francesca Peter dan "Ku Ingin Lari", nyanyian asal Khatijah Ibrahim.[8] Kerjaya bermula apabila mengikat kontrak bersama sebuah syarikat rakaman kecil tempatan. Ketika itu bernaung di bawah syarikat Muzik Segar Embun (MSE) kerana syarikat itu serius dalam membuat tawaran. Alyah berguru bersama bapa saudaranya yang juga seorang penyanyi Azizul Khamis sebagai persiapan untuk album sulungnya. Album itu memuatkan juga tiga buah lagu yang berjudul "Senandung Duka" dan "Bukan Begitu Caranya" yang dipetik dari album kompilasi Kita Adalah Kita (Tribute to Mahathir Mohamad) pada tahun 2001. Album pertamanya berjudul Destinasi telah diterbitkan pada tahun 2002, malangnya ekoran masalah syarikat rakaman yang gulung tikar, kerjaya nyanyian Alyah yang baru bermula juga turut sama tenggelam.
Setelah itu beliau berjaya mendapat peluang oleh syarikat rakaman antarabangsa EMI untuk merakamkan album kedua. Peluang itu digunakan sebaik mungkin kerana beliau berpeluang bekerjasama dengan komposer hebat seperti LY, Bong, Miji, Aji, Kelly, Pacai, Ross Arifin, Zuraini dan Taj Mahal dan diterbitkan oleh Ahmad Izham Omar. Album tersebut diberi judul Permata akhirnya menemui pendengar pada tahun 2004. Biarpun beberapa lagu mendapat tempat di hati pendengar, album tersebut tidak begitu menyerlahkan nama Alyah malahan kerjayanya juga suram ekoran persaingan dengan bintang TV realiti yang lebih mendapat tempat ketika itu.
Pada tahun 2006 beliau meninggalkan EMI dan mengambil keputusan untuk menyertai program nyanyian realiti di 8TV iaitu One In A Million. Beliau berjaya ke TOP 12 dan menamatkan saingan di tempat ke 6. Pertandingan yang sama turut disertai oleh penyanyi seperti Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah, Suki Low dan Alif Satar.[8][9]
Pada tahun 2008, beliau kembali dengan album solo berjudul Alyah yang mendapat sentuhan komposer Ajai menerusi label Wake The Baby dan kerjasama Complete Version. Album ini diedarkan oleh Maestro Records. Album ini berkonsepkan indo pop dan mempertaruhkan lagu "Tak Mungkin Kerana Sayang" dan "Ku Pinjamkan Satu Bintang" yang menjadi hits terhebat pada tahun tersebut. Album ini berjaya meletakkan nama Alyah ke tempat tertinggi di kalangan artis tempatan sekaligus menjulang nama Alyah sebagai salah seorang penyanyi wanita popular masa kini.[8][10][11]
Beliau melancarkan single terbaharu, "Jutaan Purnama" pada awal 2018.[12]
Pada tahun 2019, Alyah meraikan 19 tahun kerjayanya dalam bidang muzik.[13]
Sebagai anggota The Fabulous Cats
Pada 2007, Alyah menyertai kumpulan hip-hop, The Fabulous Cats (TFC) setelah diundang oleh Cat Farish bagi menggantikan anggota asalnya, Ellie. Album sulung kumpulan itu yang berjudul Fantastik pada awalnya telah dirakamkan sepenuhnya oleh Ellie yang mana telah meninggalkan kumpulan kerana perselisihan faham, lalu Alyah merakamkan semula keseluruhan album tersebut. Album ini sekaligus menguji Alyah dalam menyampaikan lagu-lagu dari nuansa muzik seperti hip-hop, R&B, reggae, reggaeton, dan 80's pop serta swing. Dua single utama kumpulan tersebut, "Papa Jahat" dan "Rimas" melonjak ke tangga pertama carta muzik tempatan, sementara lagu-lagu lain seperti "Fantastik" dan "Bila-Bila Katakan" juga mendapat tempat. Malangnya, jodoh Alyah tidak bertahan lama dengan kumpulan tersebut, juga kerana perselisihan faham lalu bergerak secara solo kembali.[8]
Mania! (2012)
Pada tahun 2012 Alyah menyertai Mania!, iaitu sebuah program realiti TV terbaru di Astro Ria ketika itu. Program ini menghimpunkan 15 seniman tanah air untuk beradu suara dalam satu pentas setiap minggu dimana bakat mereka akan digilap oleh penerbit muzik yang terkenal seperti Dato' M. Nasir, Aubrey Suwito dan Ahmad Dhani. Alyah telah dipilih oleh Aubrey Suwito melalui empayar biru. Malangnya perjalanan beliau dalam program ini terhenti apabila beliau telah tersingkir pada konsert kelapan (suku akhir) berikutan undian SMS yang tidak menyebelahi beliau ketika itu. Berikut adalah persembahan beliau dalam Mania!:
Anugerah Juara Lagu
Remove ads
Kehidupan peribadi
Alyah mula bertudung pada 2012.[14]
Pada 18 Mac 2013 beliau berkahwin dengan maestro muzik Dato' Ramli M.S. di Indonesia tetapi merahsiakan perkahwinan selama setahun lima bulan sebelum dihidu media.[15][16] Pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata.[17][18][19]
Abang sulungnya, Mohd Fadzil Abu Hasan meninggal dunia pada 28 April 2021 pada usia 41 tahun.[20]
One in a Million
Mania!
Remove ads
Anugerah Juara Lagu
Peringkat Akhir
Peringkat Separuh Akhir
Remove ads
Diskografi
Album studio (solo)
EP
- Kisah Hati (2011)
Album studio (bersama The Fabulous Cats)
- Fantastik (2007)
Single
Single bersama The Fabulous Cats
Remove ads
Filemografi
Televisyen
Muzik video
Remove ads
Anugerah dan pencalonan
- Juara Wirawan EON (1994)
- Juara Suara Johor (1997)
- Juara Bintang Asli (1998)
- Juara Bintang Sensasi Johor (1998)
- Naib Johan Asia Bagus (1998)
- Juara Bintang MPPJ (1999)
- Juara Bintang HMI (2000)
- Top 12 8TV’s OIAM (2006)
- Top 5 Anugerah Industri Muzik Ke-16(2009) - Album Pop Terbaik
- Finalis Anugerah Juara Lagu 24 (2010) - lagu Tak Mungkin Kerna Sayang
- Persembahan Terbaik GAH1 Akhir RTM (2010)
- Lagu Terbaik GAH1 Akhir RTM (2010)
- Persembahan Terbaik Anugerah Juara Lagu 25 (2011) - lagu Kisah Hati
- Lagu Terbaik Anugerah Planet Muzik 2012 - Kisah Hati
- Lagu Pop Terbaik Anugerah Industri Muzik Ke-21(2014 ) - lagu Sesal Separuh Nyawa
- Lagu Nasyid Terbaik Anugerah Industri Muzik Ke-23(2022 ) - lagu 'Thank You Allah'
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads